Konco-konco ku

Friday, September 19, 2014

GAJUS SEDIA TERIMA MAAF DATO' IR. NAWAWI AHMAD

SABAK BERNAM - Gabungan Anak Jawa Utara Selangor (GAJUS) sedia menerima maaf yang dipohon secara terbuka melalui akaun Facebook peribadi Ahli Parlimen Langkawi, Dato' Ir. Nawawi Ahmad atas keterlanjuran kata-katanya.

Presiden GAJUS yang namanya dirahsiakan menganggap status yang dimuatnaik ke dalam laman sosial milik beliau adalah sikap amarah yang terlepas ketika di asak oleh tentera pembangkang sehingga terkeluar ayat yang mengguris jutaan Melayu berketurunan Jawa di Malaysia.

"Saya tidak bermaksud pada semua Melayu Jawa tapi hanya seorang yang hentam Malaysia dan Melayu. Ayah saya juga berdarah jawa. Saya pertahankan Melayu tidak boleh berpuak-puak seperti jawa, aceh, patani....kerana kita wajib bersatu," kata Nawawi.

"Selaku Presiden GAJUS, saya menyeru para sedulor, batir semua hentikanlah serangan terhadap Nawawi kerana ini semua hanyalah salah faham," kata Presiden GAJUS ketika dihubungi sebentar tadi.

Status Nawawi Ahmad menjadi viral apabila perkataan yang digunakan oleh beliau mengundang marah dan kecewa kepada Melayu berketurunan Jawa sejak dua hari lalu.

8 comments:

  1. Kalau baca apa Dato tulis tu..menyirap juga darah..tapi tak apa..kami maafkan melayu ngcret ni....Jawa Johor

    ReplyDelete
  2. Dato ni bkn melayu, kira anak jawa juga sbb ayahnye bketurunan jawa.. selama ni harmoni je, xde prob pun org bugis+jawa+minang+melayu sumatra/palembang/kampar/deli/indragiri/bangkahulu/kerinchi/acheh/patani dll duduk setempat.. semuanya muslim.. berlapang dadalah kita semua.. musuh yg nyata adalah kafir harbi yg menentang agama kita, itu yg wajib diperangi..

    ReplyDelete
  3. Maafkanlah dia, apa heran, pengamal politik memang selalu bercakap dari lubang taik

    ReplyDelete
  4. Saya keturunan Jawa. Walau pun martabat Jawa saya tinggi saya tidak pernah hina anak2 Jawa yang rendah tarafnya dan juga tidak menghina suku bangsa lain didalam komplok Melayu.

    Melayu terdiri dari suku bangsa lain seperti Bugis, Minang, Siak, Kerinci, Bawean, Palembang, Acheh dll. Arab dan mamak dimasukkan kemudian. Dato masuk ketegori mana?

    Lain kali guna akal sikit boleh tak?

    ReplyDelete
  5. Pertahankan martabat tinggi bangsa Jawa di Malaysia. Kami juga Melayu.

    ReplyDelete
  6. hahahaha...tau takut. kata nak pertahankan kenyataan 'nak muntah tengok jawa kt negara ini'? yb cenggini adalah yang bodoh, yang bebal dan yang biol. kalau hanya marah kepada 1 jawa, kenapa tonjolkan dalam fb yang boleh dibaca oleh berjuta melayu jawa dan melayu lain? bukankah ini dengan niat agar jawa-jawa lain juga terasa dan marah? bukankah niat asal yb nak bagi jawa-jawa rakyat malaysia marah sebagai membalas dendam kepada 1 jawa yang yb maksudkan? apa jenis mentaliti yb kalau begini cara bertindak. emosi, pendendam tapi bodoh. yb dipilih oleh rakyat menjadi yb bukan hanya untuk melayu-melayu sahaja, tetapi juga untuk melayu-jawa, melayu-banjar, melayu-kampar, melayu-minang serta cina, india dan lain2. kenapa mesti keluar perkataan 'meluat' dan 'nak muntah' kepada semua melayu-jawa sedangkan yb hanya marah kepada 1 jawa yang yb maksudkan. mohon yb, saya tak akan terima langsung permohonan maaf kalaupun yb cuba berkias kononnya ayah yb berdarah jawa. kalau yb berani dan bertahan 'untuk menjual', saya sendiri, tanpa mengajakpun sesiapa yang berdarah jawa malaysia untuk 'membeli barang' jualan yb. oh ya, sebelum yb menghalau balik semua jawa-jawa malaysia balik ke tanah jawa melalui pernyataan "ini tanah melayu, bukan tanah jawa" elok halau juga ayah yb balik ke tanah jawa.

    ReplyDelete
  7. Saya tak faham dengan perkara ini.

    Kalau di Britain, mengandungi bangsa England, Wales, Scotland dan Ireland. Mereka ni British. Agak-agaknya kalau di London ada orang English marah kat orang Irish, ada ke dia nak kata "go back to Ireland". Macam gitu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang Britain tak cakap macm tu. Tapi orang Irish yang kata 'we want our own country back'

      Delete

comment please.....