Konco-konco ku

Monday, June 9, 2014

GEMPAR!! KHALID AKAN TERUSKAN LEBUHRAYA KINRARA-DAMANSARA!! #S14 #PenipuRakyat

DALAM manifesto PR untuk PRU-13 selepas sepenggal memerintah negeri Selangor, PR menjanjikan yang semua plaza tol lebuhraya dalam Selangor akan dimansuhkan demi untuk meringankan beban rakyat yang semakin terbeban dengan ekonomi tidak menentu negara.

Namun, baru setahun PR memerintah negeri Selangor kembali, Khalid Gagap, Menteri Besar Selangor telah pun mengumumkan akan meneruskan projek Lebuhraya bertol KIDEX (Kinrara-Damansara Expressway).

Ternyatalah yang pembinaan lebuhraya ini adalah salah satu sumbangan negeri Selangor kepada rakyat Selangor yang mengharapkan kerajaan negeri tidak membebankan rakyat.

Janji tinggal janji.

Walaupun perkara ini mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, namun Khalid Gagap dalam sidang media nya baru-baru ini akan tetap meneruskan projek KIDEX. Katanya ini adalah untuk kesenangan rakyat Selangor yang pergi dan pulang dari kerja terpaksa melalui kesesakan lalulintas setiap hari.

Untuk makluman, pembinaan KIDEX ini adalah sepanjang 14.9 km dengan membabitkan perbelanjaan RM2,200 million bersamaan RM148 million bagi setiap kilometer. Bermakna, KIDEX lebih tinggi kos pembinaannya berbanding AKLEH dan DUKE.

Siapa pula yang mendapat projek mega ini? Pendedahan akan dibuat tidak lama lagi kerana kami semua telah menerima satu maklumat yang amat serius. 

Rupanya ada perjanjian SYAITAN dibelakang pembinaan KIDEX ini.

Dan yang lebih mengejutkan, bukan sahaja Khalid mendapat habuannya malah orang kanan di dalam Pejabat Menteri Besar juga mendapat bahagian masing-masing.

3 comments:

  1. tahniah rakyat selangor kerana mengekalkan pr..dengan slogan "janji tak semestinya di tepati"..asal dapat perintah sudah cukup..

    ReplyDelete
  2. Hahahahahaha..........padan muka aku!!!!

    ReplyDelete
  3. Elok sesangat la.klu tak janji takpa,dah janji kena la patuhi.

    ReplyDelete

comment please.....