Konco-konco ku

Sunday, April 27, 2014

SIAPA PAS JAWI? SIAPA PAS RUMI? - BUDIMAN ZOHDI

KELAKAR apabila melihat sebilangan Adun Selangor daripada PAS meloncat apabila Adun Sungai Panjang, YB Budiman Zohdi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Pas Jawi dan Pas Rumi. Ini berikutan usul daripada Adun DAP yang ingin membenarkan orang Islam dan bukan Islam bersekedudukan bersama di Selangor.

Apabila usul yang dibawa Adun DAP dibahaskan, tiada seorang pun wakil daripada PAS untuk membantah. Seumpamanya mereka membenarkan khalwat antara orang Islam dan bukan Islam.

Kadang-kadang kreatif jugak idea Adun Sungai Panjang ini apabila berbahas dalam dewan. Tidak pernah terfikir dek akal beliau akan mengeluarkan pertanyaan yang nampak ringan tetapi amat tajam menusuk kalbu.

Siapa PAS Jawi?

Siapa PAS Rumi?

Betullah kata YB Budiman, di Sungai Panjang masih lagi ramai PAS Jawi berbanding di kawasan bandar, sudah menjadi PAS Rumi.

Pas Jawi adalah ahli Pas yang masih lagi kuat pegangan agamanya. Tanpa memikirkan parti, di Sungai Panjang ahli Pas dan Umno masih lagi boleh duduk semeja berbincang soal agama, bangsa dan negara. Masih lagi boleh dibawa bergurau. Ambil contoh, Ustaz Fadzlin Taslimin, YDP PAS Sungai Besar yang merupakan calon 3 kali berturut-turut Dun Sungai Panjang, namun tidak pernah menang. Ustaz Fadzlin masih lagi boleh berunding dan bermuzakarah bersama pemimpin UMNO. Tiada masalah dalam permuafakatan umat Islam. Inilah salah seorang ahli Pas Jawi.

YB Budiman bersama jentera kempen PAS Sungai Besar
Pas Rumi pula seperti sedia maklum, ramainya daripada golongan bandar. Yang tidak boleh ditegur, yang tidak boleh dibawa berbincang. Penuh dengan sikap benci dan dengki dengan pemimpin UMNO sedia ada walaupun mempunyai persamaan dari segi matlamat demi agama, bangsa dan negara. Tidak perlulah dihuraikan dengan lebih mendalam.

Jadi senang je nak tau yang mana satu Pas Jawi, yang mana satu Pas Rumi.

Pas Rumi hanya bersetuju dengan DAP walaupun melibatkan agama Islam yang kian dicemar, namun masih lagi menjadi balaci dalam pakatan.

Pas Jawi pula yang mendesak supaya tidak terlalu ikut perangai DAP. Masih ada lagi persefahaman antara pemimpin Pas dan UMNO.



3 comments:


  1. HAMPas rumi rata-rata kepala tak pakai kopiah, tak tau pakai jubah, cakap-cakap tak reti sebut ayat alquran dan hadis, malah keluarga masing-masing ramai yg tak pakai tudung malah lebih grand jika berseluar jean mereka rata-rata berlindung dengan tuk guru fanatik jer, yg konon bolih dapat surga dengan sokong pas, dapat habuk adalah.
    mereka berlakon alim semata-mata riak dan takabur kerana lebih utama politik dunia dan kekayaan yang diperjuangkan.

    HAMPas jawi dilihat sikit totok, berserban jubah sikap dan watak lebihkurang taliban, perangai sedia mati syahid kerana taksub dan ramai berpendidikan rendah dan bermental rendah juga, perjuangan belum tentu dapat ganjaran dunia ahirat kerana hati perut hijau, semua orang salah kerana tak sokong partinya serupa idolanya mursidul sampah.

    ReplyDelete

comment please.....