Konco-konco ku

Wednesday, April 9, 2014

KUOTA BUMIPUTERA 7% PEMBELIAN RUMAH DIHAPUSKAN KERAJAAN SELANGOR!! #S14

AGAK tidak masuk akal dengan harga rumah di Selangor apabila melihat trend semasa yang mana rumah teres satu tingkat boleh mencecah hingga RM500,000.00 dan rumah pangsapuri yang boleh dikategorikan sebagai rumah kos rendah boleh mencecah hingga RM250,000.00 se-unit.

Dimanakah relevannya harga rumah dengan keadaan semasa sekarang?

Kedengaran dalam manifesto PR Selangor 2008 dahulu, mereka berjanji mahu membantu rakyat dengan menyediakan keperluan asasi untuk kepentingan rakyat. Sebagai contoh rumah.

Adakah masih ada lagi anak muda Melayu yang mampu memiliki rumah dengan harga sedemikian rupa? Atau adakah memang kerajaan PR Selangor mahu menghalau anak Melayu dari bandar dan duduk di pinggir-pinggir bandar secara berterabur supaya undi mereka terpecah?

Bijak taktik halus yang digunakan DAP demi mempertahankan kerajaan bonekanya.

Melayu PAS dan PKR masih lagi belum sedar.

Dalam sidang DUN baru-baru ini, kerajaan negeri Selangor gagal menjawab kenapa kuota bumiputera 7% dalam pembelian rumah dihapuskan?

Iskandar Samad menjawab sampai bila orang Melayu nak bergantung pada subsidi????

Haaaaaa.... Pandai pun jawab macam tu....

Kalau macam tu, pemimpin PR pun haruslah menerima pengurangan subsidi gula dan tepung. 

SAMPAI BILA MELAYU NAK BERGANTUNG PADA SUBSIDI!!!!

Kenapa apabila kerajaan pusat merasionalisasikan subsidi, puak PR melalak tak tentu pasal?

Kenapa bila kerajaan pusat mengenakan GST semua bertempik macam monyet?

Tetapi, bila kerajaan negeri Selangor terus menghapuskan kuota bumiputera dalam pemilikan rumah kenapa tidak ada seorang pun wakil rakyat PR yang melenting???

Dimana relevannya? 


4 comments:

  1. SELALU KITA HANYA NAMPAK YG TERSURAT TETAPI KITA TAK NAMPAK APA YANG TERSIRAT.

    TERIMALAH SAJA KEPUTUSAN KERAJAAN SELANGOR DENGAN LAPANG DADA,SEBAB RAKYAT SELANGOR YG MAU PERUBAHAN.

    ReplyDelete
  2. perubahan yg lebih baik memang boleh terima, ini perubahan yang lebih hina dan teruk daripada BN.

    Puii, apa la bodo orng melayu pkr/pas ni kat selangor. orang ambik hak dia pun buat tak kisah.

    ReplyDelete
  3. What is a bumiputra property?

    Before we even go into the definition of bumiputra property, let us see the definition of ‘bumiputra’ itself. The word ‘bumiputra’ comes from a Sanskrit word meaning ‚Sons of the Soil‘. There is no specific clause defining the word ‘bumiputra’ in the Federal Constitution of Malaysia, unlike the word ‘Malay’ which is defined in Article 160(2) of the Constitution as someone who professes to be a Muslim, speaks the Malay language, adheres to Malay customs and is domiciled in Malaysia. In Article 153 of the Federal Constitution, there is a quota set for Malays and natives of any states of Sabah and Sarawak in certain matters. This has been used to define the word bumiputra and relates to bumiputra lots in housing developments.

    The quota for bumiputra property is imposed on housing developers but is rarely written on the individual title of the property. The housing developer will control any sale to the general public and make sure the quota imposed is met. Usually, a quota of 30 per cent of the total houses sold in the housing development is imposed on the housing developer to be sold only to bumiputra buyers.

    ReplyDelete
  4. Nampak gaya orang Melayu akan merempat dinegara sendiri. Heran betul mana pergi kuasa raja2 dan sultan dijajahan negeri masing2 yang ada di Malaysia ni. sekarang ni Ketua 2 Menteri lebih memerintah drp Sultan2 sendiri . Baru betul kata2 orang2 tua dahulu. Beraja dimata bersultan dihati. kebanyakan kuasa2 dalam Negara sekarang, diperintah oleh Ketua2 Menteri, Ketua2 Jabatan dan semua yang dinamakan ketua2. Sebab tu huru-hara jadinya apabila semua orang salah guna kuasa. ada yang gila kuasa dan takda kuasa pun berlagak macam ada kuasa. Kasihan sungguh Negara ini. Bertambah lagi apabila sebahagian negeri2 diperintah oleh Ketua2 Menteri pembangkang, lagi hancus......Dah macam rojak. kalau rojak takpa lagi sedap dimakan. Perintah sesebuah negeri ni bukan boleh dicuba2 dan ditukar ganti.. Nanti jadi anai2 tak Nampak, sedar2 hancur dan tak berguna lagi. Yang hancur bangsa Melayu sendiri. yang kaya-raya dan berdiri kukuh bangsa2 tulah sinaga. Fikir2kanlah bangsaku orang Melayu. Kenapa mudah benar mendengar hasutan, sedangkan hasutan tu nak membaham diri dan bangsa kita sendiri. Temgoklah apa yang mereka buat, sedikit demi sedikit menghalau kita secara taktik halus samada kita sedar atau tidak. Bersatu hatilah wahai anak bangsaku. Sampai masakini kita masih lagi bernasib baik kerana Allah swt masih lagi melindungi kita dan Negara kita. Terima kasih kepada PM kita yang sekarang ini banyak orang2 yang nak menjatuhkannya.. Semoga Allah memberinya ilham untuk menangani segala tohmahan dan provokasi2 yang melampau. Dan terima kasih juga kepada PM yang memberi laluan luas kepada pendakwah2 agama Islam bebas berceramah dan melakukan aktiviti keislaman diseluruh Malaysia. Salah satunya majlis Selawat keatas Rasullullah saw. . Bebas berceramah di media2 elektronik, TV dan radio. Tetapi ada juga ustadz2 propembangkang yang sanggup mengutuk kerajaan. Sepatutnya sebagai pendakwah agama Islam, kita berceramah untuk mengajar mereka2 yang kurang arif dalam agama, tapi diselitkan juga dengan mulut celupar menghentam pemerintah yang tak disukainya kerana terpengaruh dengan hasutan dari para penghasut. sedangkan orang yang kita mengata itu kita tak kenal dan mendekati mereka.. Fikir2kanlah.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...