Konco-konco ku

Tuesday, August 28, 2012

GEMPAR!! RAHSIA CHEGU BARD-BEE SUDAH TERSEBAR!!


Ewah- ewah, seronok benar PM lihat penjilat pakatan menghentam majlis rumah terbuka anjuran DS Najib yang berlangsung di Pekan, Pahang semalam. Sampaikan sumbangan biskut 1 Malaysia untuk setiap hadirin yang memeriahkan majlis turut dijadikan isu. (KLIK SINI)


Sakit benar hati totok penjilat pakatan apabila melihat rakyat meraih sedikit sumbangan dari kepimpinan tertinggi negara. Sungguhpun sumbangan tersebut hanyalah sekelumit, ia terus dihentam kerana dilihat seakan barah yang berupaya untuk merebak dan berupaya meraih sokongan tambahan dari rakyat terhadap UMNO/BN untuk menolak PR pada PRU13 nanti.


Setidak- tidaknya kehadiran pengunjung yang mencecah 80,000 orang itu tidak langsung dijanjikan dengan sebarang insentif sejak dari awal jemputan dibuat. Ini membuktikan bahawa kehadiran sebegitu ramai rakyat pada majlis tersebut bukanlah atas dasar mengharapkan insentif, sebaliknya menzahirkan kepercayaan mereka terhadap pemimpin besar negara.

Benar kata pepatah orang lama, "Hanya Pelanduk Yang Melupakan Jerat, Tetapi Jerat Tidak Akan Melupakan Pelanduk".

Isu yang cuba dimainkan blogger totok penjilat tegar itu ternyata memakan diri apabila kain rentang SAMM seperti yang pernah didedahkan sahabat Anak Seberang (KLIK SINI) sendiri menawarkan sebanyak 3000 cenderahati kepada pengunjung terawal majlis anjuran mereka.


Untuk makluman blogger penjilat punggung Anwar tersebut, ingin PM nasihatkan agar belek habis- habisan dalam kain sendiri terlebih dahulu sebelum pandai- pandai nak selak kain orang lain.

Untuk makluman lagi, majlis rumah terbuka DS Najib di Pekan, Pahang langsung tidak mengiklankan sumbangan biskut 1 Malaysia untuk meraih sehingga 80,000 kehadiran.

PM nak jugak tengok nanti macamana lah pulak agaknya ye sambutan majlis anjuran SAMM Pusat ni, pengunjung awal- awal lagi cuba disogok dengan 3000 cenderahati.. Risau tak dapat sambutan agaknya ye? 

Persoalannya, mampu ke kehadiran ke majlis itu nanti menandingi majlis DS Najib? Al maklumlah kan ada 3000 cenderahati..

Oppsss... pandai- pandai je PM cabar kan.. Nanti tak pasal- pasal berduyun- duyun yang di import masuk dari luar.

Hehehe.. tapi jangan risaulah, kalau ada gambar yang keluar nanti, PM pasti dapat kenalpasti samada yang menghadiri majlis tu adalah penduduk setempat atau sebaliknya..

Adios!!!

No comments:

Post a Comment

comment please.....