Konco-konco ku

Monday, July 23, 2012

TERIMA KASIH PM!! DAPAT BONUS LAGI RAYA NI...


SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemberian imbuhan sempena Aidilfitri bergantung kemampuan kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, bonus itu cara kerajaanmenghargai kerja keras penjawat awam.

"Malah bonus ini dianggap sebagai tradisi kerana dua tahun lalu, penjawat awam mendapat sagu hati RM1,000 menjelang Aidilfitri iaitu RM500 sebelum dan selepas perayaan itu.

"Pemberian bonus raya perlu diberikan mengikut gred masing-masing dari sebulan hingga tiga bulan gaji," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas maklum balas Najib mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam, kelmarin.

Menurutnya, pemberian bonus itu bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi penjawat awam dan pesara juga dapat menikmati kemeriahan Aidilfitri nanti.

“Kami berharap bonus raya dapat menceriakan sambutan hari raya dengan lebih bermakna memandangkan perbelanjaan mereka akan meningkat untuk persediaan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan.-SinarHarian

4 comments:

  1. adalah dicadangkan, kali ini bukan bonus hariraya, tetapi duit raya. sebabnya kalau bonus hariraya, ia akan ditolak pulak dari bonus yg biasanya diumumkan semasa pembentangan bajet. cadangan je la, kalau kerajaan mampu. kalau tak mampu, bonuspun bonus la. asal dapat sudah.

    ReplyDelete
  2. pekerja kerajaan macam2 nk,buat keje macam taik,lembab,cube bg kpd mereka yg xde keje ke,golongan2 susah,kn lg berkebajikan

    ReplyDelete
  3. Cakap jgn sebarang ckap bro..cakap siang pandang2. Kat malaysia ni bukan x der kerja tpi ramai yg memilih kerja,sbb tu x der kerja. Kerajaan dah sediakn pluang pkerjaan yg banyak, salah sendiri la. Jangan ada hasad dengki. Terima kasih Dato seri najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masuk kerja pertengahan bulan jun, dapat x bonus raya?

      Delete

comment please.....