Konco-konco ku

Monday, February 27, 2012

PANAS!! DAP BENCI PAS! PAS-UMNO AKAN WUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN

Mengambil sedikit petikan dari MalaysiaKini yang mengikut kata dari DAP Kedah, "Dua punca utama menyebabkan keputusan itu dibuat ialah tindakan merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dan 50 peratus kuota perumahan bumiputera di negeri itu".

DAP dilihat sudah mengambil langkah berjaga-jaga sejak awal lagi dengan mewujudkan gerakan atau gabungan dari parti GERAKAN dan PKR sendiri. Mereka telah mula memasang strategi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara DAP-GERAKAN-PKR di Kedah memandangkan kerajaan perpaduan PAS-UMNO dilihat mendapat tentangan dahsyat dari Mursyidal Am-nya sendiri.

Sedia maklum yang parti GERAKAN dan DAP adalah kawan baik sejak penubuhannya dan dua parti besar ini adalah pencetus kepada peristiwa 13Mei. Dan tidak mustahil jika benar mereka akan menggerakkan jentera mereka untuk merampas Kedah dari PAS dan seterusnya bergabung dengan keldai pakatan iaitu PKR. 

Sikap rasis yang wujud dalam diri DAP dan GERAKAN dilihat menjadi punca kerajaan pimpinan Ustaz Azizan (PAS) kelihatan pincang kerana tiada persefahaman yang dicapai. DAP khususnya dilihat agak mementingkan diri dan lupa akan asal-usul mereka. Majoriti rakyat Kedah adalah Melayu dan sudah tentu MB Kedah meruntuhkan tempat penyembelihan celeng dan memang semestinya orang Melayu mendapat hak 50% kuota perumahan di negeri itu.

JawaBernam berharap kerajaan PAS Kedah dapat menjalinkan semula usaha sama antara PAS Kedah dan UMNO Kedah walaupun mendapat tentangan dari Presidennya sendiri kerana ini semua bukan kerana harta tapi kerana kesatuan ummah yang digalakkan dalam Islam. Sedarlah apabila Melayu bersatu tiada satu bangsa pun yang dapat meruntuhkan kesatuan itu. 

PAS bukan Parti Islam, UMNO bukan Parti Islam. Tetapi PAS dan UMNO mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menyatukan Melayu dan Islam dalam satu kesatuan ummah yang dituntut dalam Islam. Bersatulah umat Islam sebelum kita dipijak dan diinjak-injak oleh bangsa lain. Fikirkan.

1 comment:

  1. Mmg majoriti umat islam
    mengharapkan umno dan pas boleh bersatu..tapi mana mungkin selagi nik aziz berada dipuncak dendam kesumat melangkaui mana yg hak mana yg bathil..

    ReplyDelete

comment please.....