Konco-konco ku

Thursday, January 26, 2012

GEMPAR!! KHALID GAP AKAN BERSAJAK DI MASJID IJOK ESOK.


Apa??? Menteri Besar Selangor nak 'bersajak' atas mimbar masjid esok? hahahaha. Tengahari tadi sumber Selangor Daily memberitahu yang si Khalid GAP akan membaca khutbah Jumaat dan seterusnya mengimamkan Solat Jumaat di Masjid Nurul Iman Batu 8 Ijok esok.

Perkara disebut dirancang oleh kumpulan pemikir Tan Sri Khalid yang diketuai oleh Supol beliau, Faekah Husin. Dengan tujuan untuk menutup mulut pengkritik-pengkritik yang mengkritik kemampuan Khalid menerajui portfolio hal ehwal agama islam yang diambil dari PAS minggu lepas.

Dikhabarkan Faekah tidak mahu perkara tersebut diketahui media dan meminta kakitangan-kakitangan pejabat MB supaya merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan media.

Ini kerana beliau bimbang sekiranya ada perkara-perkara yang tidak betul atau kesilapan yang dilakukan oleh bosnya sepanjang membaca khutbah dan menjadi imam boleh dieksplotasi oleh pihak lawan.

Faekah telah ‘memasang’ seorang jurukamera untuk merakam gambar-gambar dan video sepanjang Khalid membaca khutbah.

Selesai solat semua gambar dan video diminta untuk diserahkan kepada Faekah untuk tujuan penyuntingan dan seterusnya akan disiar melalui TV Selangor, laman web Selangor Kini dan juga melalui blog-blog pro pakatan. Ini bermakna mereka akan sunting dan akan ambil part-part yang menunjukkan ‘kehebatan’ Khalid Ibrahim sahaja.

Perancangan Faekah kini bukan rahsia lagi, semuanya telah bocor. Mana-mana rakyat Selangor yang teringin hendak mendengar MB mereka membaca khutbah jumaat, silakan ke Masjid Nurul Iman esok.

Sumber: House PK

No comments:

Post a Comment

comment please.....