Konco-konco ku

Thursday, July 21, 2011

DI MANA NASIB MELAYU JIKA POLITIK TIDAK LAGI DIPIMPIN OLEH ORANG MELAYU...

 Assalamualaikum. Rasanya agak lama juga Yong tak menulis blog. Agak sibuk dengan urusan keluarga dan masyarakat setempat. Dalam pada sibuk dengan urusan, tidak keterlaluan jika Yong katakan sambil menyelami dasar kehidupan kampung yang penuh rukun dan damai tanpa berpaksikan pada parti politik Yong terfikir di manakah letaknya orang Melayu jika negara Malaysia ini tidak ditadbir oleh orang Melayu sendiri. Yong bukan hendak bercakap pasal perkauman, tetapi memang Yong agak racist bila mana timbul isu-isu yang berkaitan dengan kesusahan dan kepayahan orang Melayu zaman sekarang.

Singapura dan Indonesia iaitu negara jiran kita telah ditadbir oleh orang bukan Melayu Islam. Jika dahulunya Temasik dan Indonesia (lupa nama lama) ditadbir dan diperintah oleh orang Melayu yang hebat-hebat dari politik, pendidikan hingga ekonominya kini bangsa Melayu hanya menjadi golongan kelas bawahan yang tidak langsung mempunyai hak untuk bersuara mempertahankan bangsanya malah agama Islamnya. Jika dahulunya Nusantara ini dikatakan milik orang Melayu, namun sekarang hanya tinggal sejarah yang semakin dilupakan oleh generasi zaman sekarang. Alhamdulillah, Malaysia dan Brunei berjaya mempertahankan kuasa Raja-raja Melayu dan dapat mentadbir negara walau berbekalkan kuasa politik dan pendidikan sedangkan ekonominya khususnya di Malaysia telah dikuasai oleh kaum lain iaitu Cina.

Yong tidak hairan bagaimana ini semua boleh terjadi pada masa kini. Jika ahli politiknya tidak kiralah Melayu UMNO, PAS mahupun PKR tidak mahu bersatu dibawah satu bumbung walau sama bangsa dan sama agama. Akibat sikap hendak rebutkan kuasa dengan pembawaan ideologi berbeda, tidak mustahil suatu hari nanti bangsa Melayu akan merempat di bumi sendiri. DAP, MCA dan GERAKAN pula hanya menunggu peluang untuk merampas negara dengan strategi-strategi halus setelah ekonomi mereka pegang dan sedang memjalankan gerakan-gerakan untuk merampas tampuk pemerintahan Malaysia melalui kuasa politik. Musuh dalam selimut yang selama ini digelar kaum yang tersepit, MIC, PPP, HINDRAF dan beberapa badan NGO kaum tersepit India pula telah berani bersuara lantang dengan berbekalkan kebebasan bersuara. Jangan terkejut jika kita bangsa Melayu tidak bersatu, semua parti-parti politik bangsa lain akan mengambil kesempatan yang mudah dari kita. Ini bukan lagi rahsia kerajaan atau rahsia parti. Yong rasa anda semua sebagai pembaca yang budiman dan boleh berfikir dengan akal yang waras dapat memikirkan apa implikasi yang akan Melayu perolehi jika Malaysia jatuh ketangan bukan Melayu dan Islam.

Selagi Melayu masih berkata mengharapkan subsidi, mengdambakan bantuan, meminta peruntukan dan biasiswa selagi itulah UMNO masih relevan di Malaysia bagi menjaga hak-hak kaum Bumiputera. Setelah 54tahun merdeka, Yong akui memang kerajaan dibawah pimpinan UMNO tidak begitu sempurna kerana masih ada yang hidup miskin. Tetapi percayalah, UMNO telah dan akan buat sehabis baik untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Jika UMNO tidak berkuasa dan pimpinan Malaysia di kuasai oleh DAP yang cukup racist dan begitu menjaga kaumnya sahaja, maka Melayu di Malaysia akan terus tenggelam dan tidak mungkin akan timbul lagi walaupun Melayu masih dalam majoriti di Malaysia. Bersatulah Melayu demi ibu pertiwi. Bersatulah Melayu untuk kelangsungan hidup anak cucu kita. 

~WaKd0b~

9 comments:

  1. syabas JAWA BER6.. harap ini boleh menyedarkan ramai pihak kerana sebarang kesilapan boleh menyebabkan perpecahan satu lg kerajaan melayu terunggul yg masih bertahan dirantau ini..

    ReplyDelete
  2. takdenya baca puak puak pas dan pkr kat blog ni depa tu cuma baca harakah dgn malaysiakini saja sebab tu la kebenaran mereka tak nampak.

    ReplyDelete
  3. terima kasih pada yang sudi membaca. walaupun Yong tak tahu siapa yang baca blog Yong yang tak glamour ini, tapi Yong yakin masih ada golongan yang cintakan keamanan dan penyatuan bangsa yang sudi membaca karangan Yong ini.

    ReplyDelete
  4. macan pernah dgr jer ayat yg last tu....hahahaha...apapun tahniah kerana masih ada lg org2 muda yg bersemangat pejuang....

    ReplyDelete
  5. hahahaha...pinjam ayat-ayat semangat..buat modal...

    ReplyDelete
  6. Sekarang inipun walaupun diperintah oleh Melayu, orang2 Melayu masih banyak yang miskin dan papa kedana - Ekonomi dikuasai kaum Cina - buktinya hanya 2 atau 3 orang saja Melayu yang menjadi bilionair di Malaysia. Malahan kaum India lebih banyak daripada Melayu menjadi bilionair yang menguasai perniagaan,telekomunikasi, media dan penerbangan. Orang2 Melayu menjadi jutawan hanya kerana sokongan kuat pemimpin UMNO/lobi, kronisma dan proksi tanpa kemahiran berniaga, asyik berlagak serta bergaya mewah dan apabila perniagaan mereka bermasalah - kerajaan sekali lagi memeberikan pertolongan dengan menyuntik dana/ wang rakyat habis dikikis. Ini tidak adil bagakan membantu anjing tersepit....Sedangkan Melayu2 yang lain tengok saja duit masuk kocek kroni......

    ReplyDelete
  7. Betul2.....Memang cerdik kau berhujah....
    Buktinya kita lihat syarikat kroni yang mencetak buku teks untuk sekolah-sekolah....Lihat lah...
    Syarikat - DAWAMA SDN. BHD.
    Nak bengkrap lah tu, selama ini CEO dan pengarah dok joli dan melabur entah kemana duit, sedangkan dah beratus juta kerajaan BN bayar duit bayaran tender kepada DAWAMA - kerajaan tak berhutangpun! Mana pergi duit kalau tak berjoli sampai nak bayar gaji pekerja pun sangkut dalam bulan2 puasa ni. Kesian nasib pekerja2 nya yang seramai 380 orang tu...
    Itupun tak boleh rolling duit..bangang betul otak CEO dan pengarah2 dia!

    ReplyDelete
  8. Betul, betul, betul 1000 kali betul......

    Inilah akibat keburukan penswstaan - baru terasa kesannya kepada kita semua. Apa nak buat - Mahathir yang buat idea ini pun dah cabut turun tahta...Selamat lah Mahathir, teruklah Najib PM kesayangan kita tu.
    Lihatlah dan fikirkan tentang kemelut :-

    POS MALAYSIA, PUSPAKOM, INDAH WATER, TENAGA NASIONAL, MAS dan lain2 lagi. Bila terasa rugi atau untung tak sampai RM300 juta - diorang senang2 saja naikkan 'charge' kepada kaum2 marhaen dan orang2 miskin macam kita.
    CEO diorang gaji beratus ribu sebulan tak ada idea langsung nak kurangkan kos tadbir urus tapi bebankan kebodohan mereka kepada si miskin

    ReplyDelete
  9. kesilapan dan kelemahan pengurusan yg menyebabkab kerugian.
    jika kerajaan x back up ,bagaimana nasib pekerja2 nya.
    jgn salahkan krjaan,hentam pengurusan csyarikat,dah diberi amanah x laksanakan....

    ReplyDelete

comment please.....