Konco-konco ku

Saturday, March 5, 2011

ARTIKEL UNTUK DS NAJIB: warga INDIA dan CHINA jadi warganegara beramai-ramai??


Salam 1 Ummah... Mesti ada yang terkejut dan akan tidak percaya apa yang Yong hendak sampaikan kepada para pembaca blog Yong hari ini. Cerita Yong ini bukan cerita rekaan atau dongengan semata memandangkan kes ini sudah agak serius serta membimbangkan Yong sebagai bangsa Melayu yang tinggal di Malaysia.  Nampaknya, tidak lama lagi Malaysia akan menjadi realiti mengikut jejak Singapura jika perkara yang akan Yong dedahkan ini tidak di ambil serius oleh semua pihak khususnya Perdana Menteri Malaysia.

Bukanlah niat Yong hendak memburukkan Kerajaan tetapi ini adalah kebenaran yang perlu dirungkai oleh semua pihak. Supaya kita selalu beringat dan tidak mudah lupa akan sejarah-sejarah silam yang melanda negara Malaysia.

Mengikut kata salah seorang sahabat saya yang menjadi penjawat awam dan berada di Jabatan Pendaftaran Negara di salah satu daerah di Perak, sejak 2 ke 3 bulan kebelakangan ini ramai warga asing khususnya dari negara India juga China yang memegang kad pengenalan warna merah berpusu-pusu ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara cawangan untuk menukar kad pengenalan kepada warna biru yakni sebagai warganegara Malaysia. Yong tahu ini adalah salah satu strategi politik Pak Menteri semua tetapi perlu ke nak bawa masuk warga asing ke Malaysia? Kenapa tidak tukar kartu Indonesia yang sudah lama mencari rezeki di Malaysia kepada warga negara. Mereka juga Melayu. Jangan lupa bahawa Indonesia juga merupakan rumpun Melayu yang patut kita bela jika hendak di bandingkan dengan India dan Cina.

Fikirlah secara rasional dan bertindak lah dengan segera kerana Melayu mungkin hilang majoriti di Malaysia jika keadaan ini akan berterusan. Perlu di ingat bahawa warga India atau Cina ini tidak akan mengundi UMNO atau PAS. Jika majoriti Melayu pun sudah berkubur maka ada apa lagi di Malaysia ini untuk orang Melayu? Setelah ekonomi di kuasai oleh orang Cina, Melayu akan hilang kuasa di bumi sendiri jika keadaan ini tidak dibendung dengan segera. Harap mendapat perhatian Ahli Politik Melayu yang ada kuasa untuk mengubah.

P/s: Harap para rakan blogger akan panjangkan ke blog-blog yang lain. Ini adalah kes berat, lebih berat dari kes Liwat Al-Juburi.....salam...

~WaKd0b~

No comments:

Post a Comment

comment please.....