Konco-konco ku

Wednesday, November 11, 2009

FAHAMAN WAHABI



USTAZ DR. ASRI
BEKAS MUFTI PERLIS

Bace kisah Ustaz Asri ni aku teringat time zaman aku sekolah dulu. Jangan terkejut aku ni dulu budak sekolah agama SMKA Simpang Lima, Sungai Besar. Ramai ustaz dilahirkan dari tempat aku. Salah seorang yang tengah hangat di pasaran sekarang Ustaz Abu Hafiz. Aku respect kt dia ni sebab dia boleh hafal Quran 30juzuk. Dia junior aku tapi dia kuat la pegangan agama dari aku.

Time kat sekolah dulu dia ni la salah sorang dari pengamal fahaman wahabi. fahaman ni dah lama dah juz sekarang je baru diwar-warkan. Tapi seingat aku idok la terpesong jauh beno dari akidah islam juz lain mazhab je. Fahaman ni dari Mekah kot sebab super senior aku pernah invite seorang sheikh ni bagi ceramah agama kat musolla asrama. Memang best la ceramah sheikh ni walau time 2 phm bahasa arab sikit2 jek. Bukan nya ajaran sesat pun. Yang aku ingat la fahaman ni menolak bacaan yassin setiap malam jumaat dan solat hajat.

Btol gak 2 kalo di ikut kan. Bangsa Melayu yang menganut agama Islam ni dah jadikan bacaan yassin ngan solat hajat ni cam adat je. Memang tak ade dalam rukun Islam suruh baca yassin ngan solat hajat tapi 2 la orang melayu lebih kepada adat orang dulu-dulu. Tak bertentangan pun ngan akidah kita kan?

Yang pasal bg ceramah tak ada permit. Hairan kejap perlu ke permit tu sebenarnya? Takut penceramah bawa ajaran sesat? cuba fikirkan dalam-dalam, kalau penceramah yang ada permit tu yang bagi ceramah ajaran sesat JAIS tau ke? Diorang nak tangkap orang diorang sendiri ke? Idok la pandai bebeno dalam agama ni tapi pelik je sebab agama Islam sekarang dah bercampur aduk ngan Politik orang Melayu (UMNO,PAS,PKR).Kome pikio la.

No comments:

Post a Comment

comment please.....