Konco-konco ku

Friday, January 29, 2016

HUSAM PEROSAK DALAM PAS - PENGARAH PUSAT PENYELIDIKAN PAS

HUSAM Musa didakwa merupakan agen yang diserap masuk dalam PAS untuk mengkucar-kacirkan PAS dari dalam. Dakwaan ini diceritakan oleh Dr. Fadhil Ghani, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat malam tadi dalam sesi ceramah tertutup Liqa' Fikri bersama 20 orang ahli PAS Kawasan Subang.

Menurut Fadhli Ghani, Husam adalah keluaran Aerio Indonesia Club (AIC) tahun 80-an yang dilatih untuk berpura-pura di dalam PAS dan seterusnya menghancurkan PAS dari dalam.

Namun Husam bijak menggunakan peluang dan tidak keluar PAS sedangkan ramai rakan-rakan PAS yang sealiran dengannya keluar parti dan menubuhkan PAN.

Fadhli menasihatkan seluruh ahli PAS yang hadir pada malam tadi agar berhati-hati dengan gerakan yang mungkin akan terjadi lebih hebat daripada petualang-petualang yang keluar parti.

Golongan AIC dan PAN inilah sebenarnya yang hendak meruntuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS sendiri. Mereka sudah merancang beribu strategi untuk menumbangkan PAS kerana parti itu adalah parti yang terkuat akar umbinya selepas UMNO.

Thursday, January 28, 2016

PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016 #BAJET2016 #BAJETUNTUKRAKYAT

11 langkah penstukturan dan pengubahsuaian

1 - Kerajaan setuju untyk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016-Dis 2017. W/bagaimanapun, caruman majikan kekal #Bajet2016

2 - Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai sebyk RM2k kepada pmbayar cukai individu berpendapatan RM8k/bln ke bwh utk tahun taksiran 2015 #Bajet2016
- W/pun Kerajan akan hilang hasil sebyk RM350j namun ianya dpt beri penjimatan byrn cukai individu sehingga RM475, manfaatkan 2j pembayar cukai

3) Bg kurangkn kos kperluan harian,Krjn akn,antaranya,liberalisasikn AP bg prod prtanian trpilih trmasuk biji kopi mentah,daging #Bajet2016
- FAMA akn buka pasar belian trus hasil pertanian MyFarm Outlet yg jual brg makanan pd hrga jualan 5-20% lbh rendah dr hrga pasaran #Bajet2016
- KPDNKK akn knalpasti lbh byk kedai2 jualan harga berpatutn spt hypermarket. Jmlh Kedai Harga Patut akn ditingkatkn drp 640 kpd 1k . 
- KPDNKK akn tingkatkn pnguatkuasaan & ambil tindakan ke atas peniaga tdk beretika yg ambil kesempatan kaut keuntungan brlipat gnda
- Utk terus bela pesawah, Krjn sediakan tambahan tunai RM50 bg setiap 1 tan metrik padi bersih sbg insentif input pengeluaran padi
- Prog MyBeras diperkenal. Stiap keluarga miskin tegar yg brdaftar akn dibekal dgn 20kg beras stiap bln utk kurangkn bebanan hidup

4 - Berkuat kuasa serta merta ke atas projek baru, smua penjualan rumah bharga hingga RM300k terhad kpd pembeli rumah prtama shj
-Bg Proj Prumahan Rkyt brharga RM35k, Krjn menerusi BSN & Bank Rkyt tawar pakej pmbiayaan pd kdr 4% mnfaatkan lbh 10k pmilik rumah

5- Sumbangan 30% drp levi HRDF akn disediakn utk tingkatkn kompetensi & kemahiran pekerja, termasuk pekerja yg tlh diberhentikn

6 - Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders

7 - Krjn terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kpd 2 kategori, tdk trmasuk pmbantu rumah asing
-Krjn laksana Prog Penggajian & Penempatan Semula PATI, beri peluang kpd PATI yg bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah

8 - Krjn akn lebih berhemah dlm perbelanjaan terutamanya bekalan & perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran

9 - Prbelanjaan pmbangunan akn fokus kpd projek & prog mndahulukan rkyt, mmpunyai kesan pengganda tinggi & kndungan import rendah

10- Institusi kwgn pmbangunan & dana modal teroka milik Krjn akn tmbh dana RM6b dlm sediakn pembiayaan kpd PKS & sykt permulaan

11- Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bg kurangkan jurang pndptn pengurusan atasan & golongan pekerja, akn dipantau EPU

GURU CEMERLANG UGUT BOM DAN POTONG KAKI NAJIB RAZAK!!

ORANG tua-tua cakap, kalau nak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tapi kalau yang si tukang lentur bersikap biadap dan berfikiran ekstremis umpama IS adakah ini yang dinamakan pendidik anak bangsa?

Zaman sekarang kita boleh lihat perangai dan sifat anak zaman akan datang apabila seorang guru yang juga penjawat awam kerajaan persekutuan Malaysia boleh mengeluarkan kata-kata ugutan kepada pemimpin nombor satu Malaysia.

Jika seorang guru yang diberikan anugerah cemerlang atas kerjanya namun cara bertindak dan berfikir umpama seorang penyokong DAP adakah layak diiktiraf sedemikian rupa?

Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

Wednesday, January 6, 2016

SUBSIDI PADI 20%: BUDIMAN AKAN KETUAI PENYERAHAN NOTA BANTAHAN KEPADA BERNAS!!

BERGEGAR di kampung-kampung khususnya di kawasan Sungai Besar, Sekinchan dan Tanjong Karang yang mana rata-rata petani / pesawah di kawasan ini tidak berpuas hati dengan pemotongan yang dilakukan oleh BERNAS.

Pemotongan gred 20% amat tidak masuk akal kerana padi yang dihasilkan oleh petani di kawasan ini adalah antara padi terbaik di Malaysia. Pada bajet yang lepas Perdana Menteri telah mengumumkan tentang penambahan subsidi padi daripada RM248.10/tan kepada RM300.00/tan dengan pelarasan gred daripada 17% kepada 20%.

Untuk lebih memahami boleh rujuk gambar di bawah:


Dalam pada itu, ADUN Kawasan Sungai Panjang, YB Budiman Mohd Zohdi dalam Facebooknya meminta agar BERNAS serta Kementerian Pertanian turun ke bawah dan dengar sendiri luahan hati daripada para petani yang terasa teraniaya.

Kenyataan Rasmi YB Budiman;

1. Saya menerima banyak aduan berkaitan isu gred 20% yang telah mengurangkan pendapatan para petani di Sungai Panjang.
2. Saya telah berhubung secara lisan dengan Kementerian Pertanian menerusi pegawai khas menteri. Saya telah menyampaikan kegusaran para petani dan mendesak tindakan susulan berkaitan perkara ini.
3. Gerak kerja seterusnya dari masa ke masa setelah meneliti input-input yang diperolehi.
4. Saya akan mengetuai menghantar Nota Bantahan kepada Kementerian Pertanian terhadap isu ini bersama-sama wakil pesawah dari kawasan.
5. Surat tersebut akan dialamatkan kepada KSU Kementerian Pertanian.
6. Nota Bantahan tersebut akan dihantar pada 7 Januari 2016, Khamis, 2.30 petang, Lobi Kementerian Pertanian Putrajaya.
7. Sidang Media akan diadakan selepas itu.



Friday, December 18, 2015

RM1.34 JUTA DUIT RAKYAT SELANGOR HASIL JUAL PASIR LESAP!!!

LANUN2 SUCI ......

KSSB ..... penyalagunaan kuasa dan penyelewengan industri pasir Selangor oleh Lanun2 atau Dajjal2 yang dianggap 'Suci' oleh kelasi2 @ macai2nya.

Duit yang dijanjikan dan sepatutnya disalurkan kepada JKKK lesap di tengah lautan kejahatan.

Bukan 10 % yang lesap

Bukan 30 % yang lesap

Bukan juga 50 % yang lesap

1.34 juta duit untuk JKKK lesap.

Dahsyat...dashyat.....

........ Ingatkan yang belayar dalam bahtera Barisan Nasional yang melesapkan harta dunia.

........ Ingatkan mereka suci dari melakukan dosa sebagaimana yang mereka kata UMNO/BN kaki songlap.

Mereka-mereka ini kalau nak merompak bukan sikit-sikit wahai adik kakak sekalian. Ini baru lanun kecil-kecilan.

Juta-jutaan sekali rompak. Tu baru satu projek dan peringkat negeri je .....

Sumber: Raja Jawa

FITNAH UNIT AMAL!! UMNO KAPAR DEDAH CERITA SEBENAR!!

Intipati sidang Media di SMK Meru pd 17.12.2015 jam 5.30 petang daripada Dato Hj. Faizal Abdullah Ketua UMNO Bahagian Kapar yang disampaikan oleh Ybhg Datuk Saroni Masjudi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kapar.

Di peringkat awal urusan kerja2 membantu mangsa telah berjalan dgn baik sekali di antara Agensi2 yg terlibat & pihak JKKK & JKKKP di kg yg terlibat.

Di awalnya Pusat Pemindahan tersebut telah di buka di Dewan Meru 3, tetapi memandangkan ramai di kalangan penduduk yg terjejas kali ini, di atas rundingan yg dibuat di antara Pengerusi JKKKP & Pengerusi JKKK, mereka telah bersetuju, dan dgn persetujuan Pengetua SMK Meru selepas mendapat kebenaran drpd pihak PPD Klang Pusat Pemindahan Sementara tersebut dipindahkan ke Dewan Merak di SMK Meru, walaupun sudah dimaklumkan bahwa Dewan Merak akan digunakan Untuk majlis kenduri kahwin pada hari Sabtu 19hb Disember 2015 ( Boleh rujuk pada Tuan Hj Thaipor dan Tuan Hji Khairil Anwar)

Keterlibatan UNIT Amal PAS drpd Kapar, Gombak & Klang di dalam membantu mangsa2 amat2 dipuji di dalam penyediaan makanan & khemah2 di peringkat awal sebelum hal2 yg berkaitan diambil alih oleh pihak Agensi Kerajaan.

Suasana selama 2 hari berturut-turut di Pusat Pemindahan, kerjasama erat dapat dilihat apabila Muslimat PAS dengan pertandingan mewarna, dan ubat ubatan, Unit Amal dengan program2 kerohanian , IM4U dengan permainan kanak kanak, Pemuda dengan lojistik peralatan , Puteri dengan penyediaan keperluan ibu muda, Wanita penyediaan makan kepada petugas dan lain2 keperluan.

Kekecohan sedikit berlaku apabila lokasi Penempatan tersebut terpaksa dipindahkan ke blok D & E yg sepatutnya pada hari khamis, tetapi setelah dirundingkan di antara Ketua UMNO bhg Kapar bersama Adun Meru telah dicapai kesepakatan nya utk dilaksanakan pada petang Rabu itu.

Fitnah yg tersebar oleh pihak yg tidak bertanggungjawab mengatakan UNIT AMAL Pas dihalau dari pusat bencana sedangkan kerjasama semua amat diperlukan untuk memindahkan mangsa banjir dari DEWAN MERAK KE BLOK E DAN D amatlah tidak Betul sama sekali & berbaur unsur dendam politik.
Dalam perbincangan secara langsung dgn pihak2 yg terlibat seperti JKM, MKN, RELA, JKKK & JKKKP & juga Adun Meru telah mencapai kesepakatan utk terus membantu mangsa2 banjir dgn meletakkan tanggungjawab Penyelarasan utama ny di bawah JKM daerah Klang.

Kepimpinan UMNO bhg Kapar telah berunding dgn pihak Pas Kaw Kapar ( kerana tiada YDP - Ust Nornajhan) yg diwakili oleh Adun Meru YB Dr Rani Osman utk menyelesaikan perkara2 yg berkaitan & memerlukan tindakan yg segera demi untuk menyelesaikan urusan pemindahan & keperluan terhadap mangsa2 banjir tersebut, mengharapkan keputusan yg telah sama diambil tidak dipertikaikan oleh pihak UMNO mahupun PAS sendiri.

Sya mengira bahawa keterlibatan YB Dr Rani sudah wajar dgn sifat nya sbg Adun Meru & org yg duduk di kawasan terlibat banjir.

Thursday, December 17, 2015

CAT PINTU GERBANG RM9.7JUTA, HARGA YANG TAK MASUK AKAL - DATUK JAMAL

Peruntukan RM9.7 juta untuk naik taraf Gerbang Kota Darul Ehsan hanya bagi kerja-kerja mengecat tidak masuk akal.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus berkata, kerajaan Selangor melakukan pembaziran kerana memperuntukkan sebegitu besar wang rakyat untuk projek yang bukan keperluan mendesak.

Malah, kata Jamal, beliau boleh melaksanakan projek naik taraf itu hanya dengan kos kira-kira RM1.9 juta.

“Naik taraf sampai RM9.7 juta bagi saya sesuatu perkara yang tidak munasabah langsung.

“Bagi saya RM9.7 juta suatu perkara yang membazir, kalau saya boleh buat benda yang sama (projek menaiktaraf pintu gerbang Darul Ehsan) itu mungkin RM1.9 juta sahaja,” katanya kepada FMT.

Jamal juga mempersoal ketelusan kerajaan negeri memberi projek tersebut kepada kontraktor dengan cara meragukan kerana didakwa dibuat tanpa melalui tander terbuka.

“Kalau saya lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh CheGuBard, proses tender tidak ada, kalau betul perkara ini berlaku ini satu penyelewengan dan salah guna kuasa dan duit rakyat. Jadi pihak terlibat termasuk Menteri Besar sekali terlibat perlu disiasat SPRM,” katanya.

Terdahulu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempertikaikan jawapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali berhubung projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.7 juta.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menjelaskan, jawapan Azmin bahawa keputusan itu diluluskan Dewan Negeri Selangor dan tidak boleh dipersoalkan sebagai tidak boleh diterima. – MS

KUIL KE-101 DIROBOHKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!

MASUK yang ini sudah 101 kuil atau rumah ibadat agama Hindu dirobohkan oleh kerajaan negeri Selangor sejak mereka memerintah pada tahun 2008.

Perobohan yang terbaru ini adalah di Telipot Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Kerajaan mengarahkan supaya Majlis Daerah Hulu Selangor merobohkan kuil tersebut kerana dikatakan dibina di atas tanah kerajaan negeri dan tidak mendapat kelulusan.

Kuil yang berusia lebih 15 tahun ini dibina untuk kemudahan penganut Hindu beribadat.

Mana janji kerajaan negeri yang hendak membela kaum India di Selangor.

Oh! Lupa. Manifesto bukannya janji.

PAP/DAP ROBOH ISTANA MELAYU LAMA DI SINGAPURA!!


Istana Kampung Gelam, Singapura telah mula dibina tahun 1840 oleh Almarhum Sultan Hussein Shah di tanah keluasan 23 hektar (57 ekar).

Istana ini telah merupakan Istana Kesultanan Melayu yang terakhir di Singapura.

Sehingga kini, tanah yang asalnya keluasan 57 ekar tersebut kini hanya tinggal 1 ekar sahaja.

Pada hari ini, Kerajaan PAP Singapura telah membuat keputusan untuk merobohkan istana ini bagi memberi laluan kepada projek-projek pembangunan.

Maka bersedihlah warga Melayu Singapura mengenangkan tanah yang suatu masa dulu dikenali sebagai Temasek (Kota Laut), milik kerajaan Melayu akhirnya dihapuskan kesan sejarahnya hanya setelah 50 tahun dikuasai oleh Kerajaan PAP Singapura.

Pulang Pinang yang diperintah oleh DAP selama 7 tahun sudah melaksanakan pelbagai polisi yang merugikan Melayu dan Islam. Apatah lagi jika mereka terus perintah untuk 50 tahun, mungkin sudah hilang terus identiti sebuah tanah yang menjadi milik orang Melayu selama ini.

‪#‎IstanaKampungGelam‬ ‪#‎IdentitiBangsa‬ ‪#‎SejarahSebagaiPengajaran‬

VIRAL PALSU: PELAKON JINS SHAMSUDIN MASIH SIHAT!!

Anak bongsu pelakon veteran Jins Shamsudin, Putera Hang Nadim, 24, kesal dengan berita kematian bapanya yang tersebar di alam maya. 

Ketika dihubungi sebentar tadi, Nadim memberitahu berita itu palsu dan ia cukup mengejutkan dirinya serta keluarga. 

"Bapa saya masih sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral. Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar. 

"Apa motif mereka buat sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu. Hal kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul," katanya. 

Kata Nadim lagi, dia serta ibu bapanya baharu sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu. 

"Petang semalam kami baru sampai ke Subang selepas balik kampung dari Pahang," katanya. -BHOnline

Wednesday, December 2, 2015

LAGI TANAH RIZAB MELAYU AKAN DITUKAR HAK MILIK DI SEKINCHAN

PAGI tadi bertempat di Bagan Sekinchan telah diadakan satu taklimat khas kepada penduduk Cina Bagan Sekinchan berkenaan hak milik tanah yang mereka duduki secara haram lebih 50 tahun.

Ng Suee Lim, Adun Sekinchan membawa bersama Pegawai Daerah Sabak Bernam dan Juruukur Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam untuk memberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan isu pendudukan secara haram oleh kaum Cina di Sekinchan.

Kehadiran lebih kurang 200 orang iaitu penghuni rumah di kawasan Bagan Sekinchan.

Mengikut rekod, pada tahun 2010, lebih 100 buah rumah yang berada di Lorong 1 hingga 5 telah ditukar hak milik Tanah Rizab Melayu kepada tanah kediaman dengan memberikan geran hak milik tanah kepada Cina yang mendiami kawasan tersebut.

Dan pada hari ini, Ng Suee Lim berjanji akan menyelesaikan baki Lorong 6 hingga 12 yang mempunyai lebih kurang 80 buah rumah Cina untuk diberikan geran hak milik kekal kepada mereka.

Apa yang Melayu dapat mengundi DAP? Ada dapat tanah macam mereka? 

Mimpi.




SEMAKIN GILA!! PAS ADALAH ISIS ASIA TENGGARA - MAT SABU PAN

SEMAKIN hebat nampaknya PAN ni. Selepas puas PAN mencari alasan terbaik untuk menidakkan PAS di Malaysia dan menarik ahli PAS agar meninggalkan parti itu seterusnya memilih PAN, Mat Sabu akhirnya membuat kenyataan panas dengan mengaitkan PAS dengan ISIS.

"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider merujuk kepada pemikiran Isis dalam PAS.

Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang “dikafirkan” halal darahnya untuk dibunuh.

Mohamad juga mengesyaki terdapat badan lain yang membawa masuk pemikiran Isis sehingga tidak disedari pemimpin PAS sendiri.

Begitu besar dosa PAS kepada Mat Sabu hinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan seperti ini. Umpamanya mengundang campur tangan negara luar untuk menyerang Malaysia dengan menjadikan PAS sebagai asbab serangan.

Mungkin Mat Sabu yang bersekongkol dengan DAP mahukan negara Malaysia hancur dengan serangan yang bakal dilakukan sepertimana Palestin dan Iraq.

Tetapi tidak mengapalah, pemimpin PAS pun masih lagi diam membisu.

Maka benarlah seperti dakwaan PAN.

Friday, November 27, 2015

BIRO TATA NEGARA WAJIB DIBUBARKAN - NIK NAZMI

Ucapan dasar Ketua AMK, Nik Nazmi dalam Perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK pagi tadi di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya menuntut agar Barisan Nasional menghentikan propaganda politik usang.

Bercakap dihadapan perwakilan AMK seluruh negara pagi tadi, Nik Nazmi menggesa supaya Biro Tata Negara (BTN) dibubarkan sebagai sebuah agensi kerana agensi kerajaan ini hanyalah untuk membantu Barisan Nasional agar terus berkuasa.

Permainan sentimen perkauman kuat digunakan oleh agensi ini untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tentang kesamarataan dan kesaksamaan dalam semua hak.

Mengulas lanjut, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) juga turut menjadi agensi Barisan Nasional dengan memainkan peranan yang seumpama dengan BTN.

Namun gerak kerja JASA lebih bahaya kerana mereka terus menyusur ke akar umbi tanpa kita (PKR) sendiri sedari. Semua ahli parti diseru agar lebih berhati-hati dengan mereka.

Mengakhiri ucapan dasar Nik Nazmi, beliau berjanji akan menghapuskan dua agensi ini iaitu BTN dan JASA jika mereka berkuasa. Malah, bagi membersihkan sisa-sisa penyokong UMNO dalam kerajaan akan datang, mungkin ramai orang UMNO yang akan ditamatkan perkhidmatannya dalam kerajaan.

KETUA AMK PKR SUNGAI BESAR LETAK JAWATAN!!!

PANAS! Berita yang baru disampaikan sebentar tadi oleh seorang sahabat di Sungai Besar. Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Sungai Besar rupanya telah letak jawatan pada awal bulan November ini.

Punca dengar ceritanya tak sebulu dengan Ketua Cabang, Fauzi Bagok yang tidak kosisten dan tiada gerak kerja untuk menawan Sungai Besar daripada UMNO. Malah mengikut cerita yang disampaikan oleh rakan AJK AMK Sungai Besar sendiri, Fauzi Bagok lebih mengutamakan projek yang diperolehi melalui Majlis Daerah Sabak Bernam berbanding menyumbang untuk parti.

Abd Mutalib turut menghilangkan diri sejak awal tahun ini kerana dikatakan tidak ada bajet untuk mengadakan program-program bersama anak muda Sungai Besar.

Terlingkup terus PKR Sungai Besar ni.


Friday, November 20, 2015

20 ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAWAH MBI RUGI 90%


Agak memeranjatkan apabila hanya 8 daripada 28 buah syarikat 'Government Link Agency (GLC)' di Selangor mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan 2014. Daripada syarikat-syarikat GLC yang mengalami kerugian berkenaan, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), yang merupakan syarikat induk utama di bawah 'Menteri Besar Incorporated (MBI)', mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM144.4 juta bagi tahun kewangan 2014.

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) mengalami kerugian besar sebanyak RM235 juta selepas cukai walapun memperolehi hasil pendapatan sebanyak RM31.5 juta. Lima daripada tujuh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) adalah syarikat yang tidak aktif (dormant) yang tidak mendaftar satu sen pun pendapatan dalam tahun kewangan 2014 telah mencatatkan kerugian selepas cukai daripada RM4,000 bagi PNSB Construction hinggalah kepada RM16.8 juta untuk PNSB Development.

Manakala kesemua aset 'leisure and hospitality' milik MBI mengalami kerugian selepas cukai di antara RM294,000 bagi Bukit Beruntung Golf & Country Resort hinggalah kepada RM1.95 juta bagi Brisdale International Hotels dan kepada RM7.01 juta bagi Perangsang Hotel and Properties. 

Hebat betul pengurusan GLC di bawah Kerajaan PKR dan DAP Selangor. Itupun Dato Menteri Besar Selangor ada hati lagi untuk membiarkan syarikat GLC di bawah MBI ditadbir urus di bawah syarikat RM2 yang dikendalikan oleh 2 orang pemegang saham yang dikenali sebagai Darul Ehsan Investment Group (DEIG)!

FAHAMILAH : mereka mengaut keuntungan dan menggunakan wang dari selangor sebagai modal untuk kegiatan politik bagi merampas MALAYSIA dari BN. Tidak merasa berdosakah pemimpin UMNO SELANGOR membiarkan ini berterusan dan tidak mampu mengambil alih selangor dari DAP DAN PKR?

PENGUKUHAN PARTI UMNO TANGGUNGJAWAB BERSAMA – PENDIRIAN PEMUDA UMNO SEPANG


1. Pemuda UMNO Sepang ingin menegaskan bahawa UMNO sekarang berada pada peringkat pengukuhan yang memerlukan komitmen kepimpinan semua peringkat dan seluruh ahli UMNO. Langkah ini penting bagi membolehkan UMNO melaksanakan langkah seterusnya bagi mengembalikan keyakinan rakyat menerima UMNO sebagai sebuah parti yang wajib diberikan mandat untuk menunjangi pemerintahan dan pentadbiran negara.

2. Kini, masa yang berbaki hanya tidak lebih daripada 30 bulan sebelum menjelangnya PRU 14, maka segala gerak kerja mestilah ditumpukan kepada memenangi hati dan jiwa rakyat supaya mereka terus memberikan kepercayaan kepada UMNO dan BN untuk terus menerajui pemerintahan negara demi perpaduan, kestabilan dan kemakmuran bumi bertuah Malaysia ini.

3. Oleh yang demikian, untuk mencapai matlamat ini, adalah menjadi tanggungjawab ahli UMNO semua peringkat untuk bersolidariti dan memberikan sokongan kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan barisan kepemimpinannya dalam usaha menangani dan memulihkan keadaan politik demi keutuhan UMNO dan BN.

4. Pemuda UMNO Bahagian Sepang juga mengalu-alukan dan meraikan perbezaan pendapat namun biarlah melalui saluran yang disediakan di dalam parti agar gelora di dalam cawan tidak tumpah ke meja.

5. Justeru itu, Pemuda UMNO Sepang ingin menyeru semua ahli UMNO khususnya ahli UMNO Sepang agar terus bersatu hati dan kekal setia berjuang untuk mempertahankan maruah dan kredibiliti UMNO daripada dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Noorazli Said
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang 

19 November 2015

Thursday, November 19, 2015

DAP MARAH PAS TAK SOKONG USUL, JKKK AHLI PAS PULAU PINANG JADI MANGSA

SELEPAS beberapa Ahli Parlimen PAS yang tidak menyokong usul bantahan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri minggu lalu, JKKK dari PAS di Pulau Pinang menjadi mangsa penindasan seterusnya oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

SEMUA JKKK PAS telah dipecat daripada memegang jawatan tersebut kerana alasan PAS bukan lagi bersama DAP dan tidak LAYAK memikul jawatan tersebut.

Nampaknya DAP sudah berani untuk memecat pengerusi JKKK PAS yang pernah dilantiknya dahulu.

Bayangkan jika DAP memerintah Malaysia apa yang akan terjadi?

Adakah penjawat awam Melayu akan dipecat secara besar-besaran?

Fikir dan bertindak.

Wednesday, November 11, 2015

KERAJAAN DAP SELANGOR HARUS HENTIKAN PENINDASAN TERHADAP MAAHAD HAMIDIAH KAJANG!

Sekolah Maahad Hamidiah Kajang telah wujud sejak 1963 dan merupakan sekolah kluster kecemerlangan yg telah byk melahirkan para cendiakawan, professional dan agamawan.

Projek "The Louvre" iaitu projek bangunan komersial 'service apartment' 36 tingkat yg akan dibina di atas tanah 3.25 ekar di hadapan Sekolah mengandungi 30 unit kedai & 498 unit apartment oleh Tetuan Paris Dynasty Land Sdn Bhd.

Apa yang didapati apabila meneliti segala dokumen pembangunan iaitu:

1. Pelan Infrastruktur yg diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) amat berbeza dgn kelulusan pelan jalan keluar masuk oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan YB Menteri Kerja Raya.. Kelulusan LLM mensyaratkan pembinaan flyover dan viaduct TETAPI kelulusan MPKJ adalah penyambungan terus (T-Junction).

Garis panduan Permohonan Pembangunan di tepi Lebuhraya dan Seksyen 11(3)(b) Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 menetapkan LLM adalah pihak paling berkuasa dan berotoriti bagi kelulusan berkaitan jalan keluar masuk dari pembangunan ke lebuhraya..

Kelulusan MPKJ adalah bercanggah dgn kelulusan LLM dan ini menjadikan kelulusan pelan infratruktur, kebenaran merancang dan apa jua kelulusan yg berkaitan adalah tidak sah dan terbatal.

2. Wujudnya percanggahan yang sangat ketara antara Pelan Pembangunan yang diluluskan MPKJ dengan Rancangan Tempatan (RT) yang telah diwartakan. RT menunjukkan cadangan pembangunan adalah pembangunan komersial rumah kedai dan bukannya bangunan service apartment 36 tingkat.

3. Persiaran Hamidiah adalah Jalan Mati/Buntu (Cul De Sac). Berdasarkan garispanduan Perancangan Kawasan Perdagangan, Jab Perancang Bandar dan Desa (2011) pembangunan komersial tidak boleh dibina di jalan mati.

4. Terdapat beberapa lagi pelanggaran dan percanggahan undang-undang yang dikenalpasti.
Asas-asas lain bantahan projek tersebut:

i. Projek tersebut sekiranya diteruskan ianya akan menyebabkan kesesakan yang sangat teruk di lebuhraya silk dan jalan menuju bdr baru bangi selepas tol kajang. Sudah semestinya tempat letak kereta bagi bangunan 36 tingkat tidak mencukupi. Penghuni atau pelawat pasti akan meletakkan kenderaan di tepi lebuhraya dan dihadapan sekolah. Kesesakan lebuhraya silk dan jalanraya di hadapan sekolah dan sekitar tol kajang pasti menyusahkan penduduk2 kajang dan bandar baru bangi.

ii. Tapak sekolah adalah seluas 30ekar dan berada di dalam kawasan pembangunan yang sangat strategik.. Ketika inipun sudah ada ura2 sekolah ini perlu dipindahkan. Projek 36 tingkat jika diteruskan akan menjadi sebab kepada usaha golongan kapitalis ini mendapatkan tapak sekolah ini utk kepentingan mereka..

iii. SMKA Maahad Hamidiah adalah cukup simbolik dan iconic kepada penduduk Kajang dan Bandar Baru Bangi.. Maka kita wajib menghalang sebarang usaha atau perkara2 yang boleh membawa kepada pemindahan sekolah tersebut ke kawasan lain.

iv. Projek ini juga tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada penduduk Kajang dan Bandar Baru Bangi baik dari aspek sosio-ekonomi kerana harga unit di projek tersebut sgt tinggi dan turut dilancarkan di Singapura utk menarik pembeli2 daripada Singapura membeli unit2 di Projek tersebut..

Kami menyeru semua rakan2 dan penduduk sekitar Kajang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya dan Seluruh Selangor utk sama2 menyokong usaha bantahan projek ini dan like page fb "Selamatkan Maahad Hamidiah Kajang"..

Sumber fb: Adnan Seman

Jom berikan sokongan dengan tandatangan petisyen bantahan di http://missurvey.com/pibg/petisyen.php

Friday, November 6, 2015

BAGAN NAKHODA OMAR : STRATEGI DAP MENGKUCAR-KACIRKAN KAWASAN UMNO

BAGAN Nakhoda Omar kepada Bagan Nakhoda Chong?

Sekali lagi DAP menggunakan ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim sebagai modal untuk bersikap RASIS. Strategi DAP ini nampaknya berjaya apabila ramai orang Melayu khususnya yang berasal daripada kawasan ini termakan dengan cadangan tersebut.

DAP tahu, kalau perkara ini dibangkitkan sudah pasti orang Melayu akan bangkit dan menentang mereka dan seterusnya akan terus bermusuh dengan kaum Cina di BNO.

Sabar dan teliti perancangan mereka.

DAP tidak mungkin meletakkan calonnya di DUN Sungai Air Tawar yang di dalamnya ada kawasan Bagan Nakhoda Omar. Kerana majoriti penduduk DUN ini adalah Melayu.

Kenapa Ng Suee Lim memainkan isu perkauman di sini?

Kerana kawasan ini adalah antara kawasan selamat kepada BN. Majoriti undi yang tinggi antara DUN yang dimenangi oleh BN di Selangor. Boleh lah dikatakan 'kubu kuat UMNO'.

Penduduk kaum Cina yang berada dalam PDM Kg. Bagan Nakhoda Omar hanyalah 30%. Selebihnya adalah kaum Melayu. Malah, hanya di kawasan persisiran laut sahaja kawasan penempatan kaum Cina bukanlah di kampung-kampung tradisi.

Lebih memilukan ialah kawasan yang didiami oleh kaum Cina ini adalah kawasan TANAH RIZAB MELAYU yang diberikan kelulusan menduduki semasa zaman pemerintahan BN.

Betul, TANAH RIZAB MELAYU! Pemimpin UMNO kawasan tersebut terutamanya YB Kamarul Zaki (ADUN Sungai Air Tawar) dan YB Dato' Fasiah Fakeh (Ahli Parlimen Sabak Bernam) bermurah hati untuk tidak mengganggu kaum Cina yang tinggal menumpang di kawasan ini sejak sekian lama.

Jadi apa motif Ng Suee Lim yang tidak tahu selok belok di Bagan Nakhoda Omar ingin menukar nama kepada Bagan Nakhoda Chong? Tiada MOTIF.

Nakhoda Omar adalah orang yang mula-mula membuka kawasan tersebut. Bukanlah seperti yang dinyatakan ada kena mengena dengan Dato' Seri Noh Omar (Ahli Parlimen Tanjong Karang).

Adalah lebih baik jika Ng Suee Lim mengusulkan di Dewan Undangan Negeri supaya SEKINCHAN ditukar kepada nama lain kerana Sekinchan tidak melambangkan kaum Cina.

Untuk mengetahui asal usul nama SEKINCHAN boleh rujuk SINI.

FITNAH SEORANG PENYAMBUNG NYAWA SEMAKIN DAHSYAT!!

Semua orang tahu lobi kepada PM sebelum itu telah minit kepda Tan Sri KPPA dua tahun lalu. Tetapi surat sambung kontrak yang dikeluarkan oleh KPPA / JPA hanya setahun sehingga 31 Disember 2015. Bermakna surat dan minit demikian telah tamat selepas surat pelantikan JPA itu keluar untuk setahun sahaja. 

Kini semasa hendak melobi sambung semula, surat yang lama diminitkan itu dihantar semula kepada KPPA untuk merayu kepada Tan Sri KPPA untuk penyambungan kontrak dan mengatakan dia masih ada setahun lagi menuntut baki itu. Soalnya bagaimana surat rayuan boleh sampai ke pejabat KPPA sedangkan tuan punya badan berada di Luar negara ketika itu? seseorang telah menyiapkannnya? Mengapa tidak diambil minit sokongan YAB PM baru sahaja?

Sedangkan dalam masa sama surat terbaru Menteri yang sedang berkuasa kepada agensi telah memperakukan dan YAB PM telah meminitkan bersetuju kepada KSN/ KPPA untuk pelantikan KP yang baru. Ini bermakna surat yang terbaru lebih valid dan sah berbanding surat tahun lalu. 

Kenapa tidak ditemui sahaja menteri yang berkuasa itu. Lobi dan minta bantu dengannya. Itu prosesnya. Menyebar video rakaman dalam satu pertemuan bersama Menteri atas contoh kononnya Menteri berkenaan menghina penjawat awam bukan satu cara yang baik. Itu Character Assasination yang tidak Cekap! kerana meninggalkan jejak siapa yang berkuasa pada bahagian yang menjaganya yang akses kepada video itu. 

Tidak begitu? .kikihkih