Konco-konco ku

Thursday, February 26, 2015

PAS SUNGAI BESAR, TANJONG KARANG SETUJU TOLAK HADI AWANG SEBAGAI PRESIDEN

ANGIN perpecahan dalam Pas semakin runcing semenjak Pasma ditubuhkan. Mungkin ini salah satu strategi Mat Sabu untuk meletakkan dirinya sebagai Presiden Pas yang baru menggantikan Hadi Awang yang dilihat lebih selesa bekerjasama dengan Umno berbanding DAP.

Baru-baru ini Mat Sabu telah datang menemui Pas Sungai Besar dan Tanjong Karang dalam usaha untuk mendapat sokongan daripada perwakilan Pas kawasan tersebut untuk menang pemilihan Presiden yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam rakaman suara tersebut Mat Sabu secara terang mengarahkan Pas Sungai Besar dan Tanjong Karang untuk memburuk-burukkan Presiden Hadi Awang supaya beliau tidak akan terpilih lagi pada pemilihan akan datang.

Malah arahan Mat Sabu untuk menolak 50 orang pemimpin Pas yang dilihat lebih cederung kepada Hadi Awang supaya dirosakkan kredibiliti dan jangan ada publisiti untuk mereka.

Adakah Mat Sabu bakal menguasai Pas pada pemilihan akan datang???

Jom kita dengar rakaman suara apa yang diucapkan oleh Mat Sabu....



Monday, February 23, 2015

MAPUS PASMA MENIPU TAK SUDAH!! SIAPA YANG MAPUS TELEFON??

LAWAK antarabangsa apabila siang tadi, Mapus yang juga Ketua Penerangan PAS memperbodohkan diri sendiri di hadapan puluhan wartawan daripada pelbagai media ingin membuat pendedahan tentang kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan Najib Razak.

Yang menjadi lawak apabila Mapus masih ketinggalan zaman apabila menggunakan tele-conference cara lama sedangkan teknologi terkini Skype dan beberapa aplikasi lain boleh digunakan.

Tak ada LINE?? Tak angkat CALL??

Atau Sirul sedang bersenang lenang di Australia sebagai TAHANAN??

Menjadi kemusykilan apabila selepas semua wartawan media pulang, tiba-tiba Mapus dapat pulak call Sirul dengan bersaksikan wartawan MalaysiaKini yang masih belum pulang.

Pelik! Kenapa hanya MalaysiaKini yang dapat rakaman perbualan antara Mapus dengan Sirul sedangkan puluhan wartawan yang menunggu sejak dari mula, pulang hampa.

Dasar penipu punya Mapus!!

Tak cukup dengan itu, ditunjukkannya pula sms daripada yang dikatakan Sirul.

Cuma persoalan yang timbul.

Betulkah yang bercakap dengan Mapus itu SIRUL?

Betulkah yang menghantar pesanan ringkas itu SIRUL?

Sedangkan VIDEO Anwar dengan Stopa Ali pun PAS tak percaya inikan pula sms...

Wakakakakakaka.....

PASMA KELUARKAN 50 NAMA TEAM HADI AWANG UNTUK DISINGKIRKAN MUKTAMAR DEPAN

PASMA telah mengeluarkan senarai 50 penceramah/ustaz yang dituduh sebagai berselindung disebalik jubah dan serban ulamak tetapi suka sangat memecahbelahkan parti dan anti Pakatan Rakyat. Mereka ini diminta singkirkan dalam Muktmar akan datang.

Dalam arahan sulit, mereka yang tersenarai tidak akan diberikan publisiti dan mana-mana kawasan yang didominasi oleh PASMA agar mereka tidak diundang. Manakala imej mereka ini diburukkan dalam media sosial agar kredibiti mereka dipersoalkan.

Mereka ialah:-

1. Ustaz Nor Azli Musa (Perak)
2. Ust Fadhli Ibrahim (Phg)
3. Us Tuan Ibrahim Tuan Man (Phg)
4. Ust Nik Abduh (Kelantan)
5. Dr Khairudin Takiri (Trg)
6. Ust Nasarudin Tantawi (Phg)
7. Ust Idris Ahmad (Perak)
8. Dato Dr Mahfuz Mohamad (Jhr)
9. Ustaz Zaharudin Mohamad (Trg)
10. Ustaz Ahmad Yahya (Kedah)
11. Ustaz Hanafi (Trg)
12. Dr Azhar Yaakob (Wilayah)
13. Ust Mohd Nor Hamzah (Trg)
14. Ust Zulkifli Ismail (Melaka)
15. Ust Mokhtar Senik (Phg)
16. Dr Riduan Mohd Nor (Wilayah)
17. Kamaruzaman Mohd (Wilayah)
18. Hj Razman Zakaria (Perak)
19. Ust Fauzi  (Kedah)
20. Ust Hafez Sobri (Perak)
21. Ust Kamarudin sidek (Melaka)
22. Ust Hazmi Dibok (Pahang)
23. Ust Rosli Jabar (Pahang)
24. Ust Aris Hazlan (Pahang)
25. Ust Yusaini (Perlis)
26. Ust Ahmad Dasuki (Selangor)
27. Ust Sallehin Mokhyi (Selangor)
28. Ust Kamal Saari (Selangor)
29. Dr Daeng Sanusi (Johor)
30. Ustazah Wan Hasrina (Sel)
31. Ustazah Nuridah (Wilayah)
32. Hj Mohd Nor (Wilayah)
33. Hj Khairil (Wilayah)
34. Ust Khairul Azmi (Pahang)
35. Ust Shahril Azman (Pahang)
36. Ust Zamri Mantop (Selangor)
37. Ust Fadhli Saari (Kelantan)
38. Ust Afnan Taib Azamudin (Png)
39. Ust Yusuf Embong (Pahang)
40. Ust Nik Zawawi (Trg)
41. Dato Nik Amar (Kelantan)
42. Dato Ahmad Yaakob (Kelantan)
43. Ust Hashim Jasin (Perlis)
44. Ust Azman Syafawi (Trg)
45. Ust Syarhan (Selangor)
46. Ust Asri Daud (Kelantan)
47. Ust Kamaruzaman (Trg)
48. Ust Syed Abdul Kader (Sel)
49. Ust Najmi Karim (Selangor)
50. Dr Zuhdi Marzuki (Selangor)

Selain daripada itu mereka yang tersenarai telah arahkan supaya mereka jangan dicalonkan sebaga AJK PAS Pusat. 

Kerja yang dibuat oleh PASMA sangat buruk dan ini sangat bahaya untuk Jamaah PAS kerana mereka telah memberikan imej buruk terhadap PAS sehingga PAS menjadi tidak lagi dominan dalam Pakatan Rakyat. 

Monday, February 9, 2015

PAS SEMAKIN RAPUH!! PENYOKONG PAS MAKI PEMIMPIN PASMA!!

KU sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Itulah antara perumpamaan yang sewajarnya diberikan kepada Pas yang kini sedang hebat dilanda perpecahan antara ahlinya.

Semenjak kemunculan Pasma yang mahu menggantikan Pas dalam pakatan, penyokong golongan liberal dalam Pas mula menggerakkan jentera mereka untuk menyingkirkan Presiden, Hadi Awang daripada Pas kerana dianggap sudah tidak relevan dalam situasi sekarang.

Perbincangan antara Hatta Ramli dan beberapa ahli Pasma dalam satu group Whatsapp didedahkan sehingga satu ugutan untuk membunuh Hadi Awang terkeluar.

Namun itu semua tidak mustahil apabila melihatkan situasi yang berlaku sekarang yang mana Pas tidak sebulu dengan Dap yang mahu melaksanakan pilihanraya PBT.

Malah, Dap juga tidak senang dengan cadangan Pas untuk membentangkan hukum hudud di parlimen akan datang.

Oleh kerana percakaran dalam pakatan, tahaluf siyasi yang dicanang sebelum ini nampaknya semakin berat untuk diteruskan.

Apa-apa pun kita bakal menyaksikan Pas bakal keluar daripada pakatan.

Sunday, February 8, 2015

PAK SAMAD MINTA HADI & PAS KELUAR DARIPADA PAKATAN!!

PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus berkeras enggan hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan pakatan Rakyat (MPPR) esok.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata, jika Hadi sudah tidak mahu memberi komitmen pada gabungan itu, PAS wajar 'angkat kaki' dan membiarkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), menggantikan parti itu dalam pakatan. 

Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua.

“Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat,” katanya kepada sebuah portal berita.

PasMa sebelum ini berkali-kali memberitahu NGO tidak bercadang untuk menjadi sebuah parti politik. Namun sokongan demi sokongan terhadapnya akhir-akhir ini tidak menjamin PasMa kekal sebagai NGO.

PAS terus melancar perang kepada DAP dan terbaru Hadi bertindak membidas Guan Eng sebagai 'tidak berhak memaksa beliau hadir ke mesyuarat Pakatan Rakyat, pada Ahad.

"Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

“Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” katanya.

Tindakan Hadi itu mengundang kritikan daripada A. Samad.

“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,” katanya.

“Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.

“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab.” - IsuTerkini

ZALIM!! SURAU DIROBOHKAN OLEH KERAJAAN SELANGOR!!

BIAR gambar berbicara...

Terbuktilah yang Selangor ini memang sudah hilang pertimbangan untuk mempertahankan agama Islam.

Selangor dibawah pentadbiran Azmin membuatkan agama Islam bagaikan permainan.

Jika sebelum ini kuil dirobohkan, kini surau pula dirobohkan.

Hanya dengan alasan dibina di tanah milik kerajaan negeri Selangor. Tetapi kenapa semasa zaman Khalid semua ini tidak terjadi? Kenapa semasa zaman UMNO memerintah Selangor, surau dibenarkan dibina di atas tanah kerajaan? Fikirkan....

Ini bukan RASIS tetapi HAK kebebasan bersuara dan beragama.

Saturday, February 7, 2015

#LIWAT2 : PAS BOIKOT HIMPUNAN SOKONG ANWAR!!

PANAS!! Mustafa Ali dalam ucapannya kepada sidang media mengesahkan yang Pas tidak akan menyertai himpunan atau demonstrasi yang dianjurkan oleh PKR untuk menyokong Anwar berikutan keputusan kes LIWAT nya pada 10 Februari depan.

Pas juga menggesa semua ahli-ahli dan penyokong Pas supaya tidak hadir bagi memberi sokongan kepada Anwar dan biarlah mahkamah memutuskan sama ada Anwar meliwat atau tidak.

Jika benar apa yang bakal terjadi pada Selasa ini, maka rakyat juga sudah boleh nampak bahawa perpecahan dalam pakatan semakin teruk dan hampir berkecai.

Sebelum ini DAP membantah pembentangan hukum hudud di Parlimen oleh Pas. Selepas itu Pas pula tidak bersetuju dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihanraya PBT di kawasan-kawasan bandar.

Baru-baru ini pula, Hadi Awang terus dihina oleh DAP kerana ketidakhadirannya dalam Mesyuarat Pakatan Haram yang didakwa kerap ponteng dan tidak memberikan komitmen kepada politik bersama.

Perpecahan demi perpecahan semakin ketara apabila masing-masing mahu menjadi ketua dan semua perlu mengikut kata mereka.

Namun hakikatnya sehingga sekarang, Pas masih lagi menjadi kuda tunggangan DAP.

Wednesday, February 4, 2015

SIAK MASJID KANTOI TENGOK CERITA PORNO DALAM MASJID DILANTIK JADI AHLI MAJLIS??

BOLEH kena sakit jantung apabila mendapat perkhabaran yang bekas siak masjid Makmuriah, Sungai Besar yang dipecat kerana kantoi dengan cerita porno hingga keluar pada skrin besar dalam masjid dilantik menjadi Ahli Majlis.

Tertanya-tanya, apa sudah tiada orang lain ke nak dilantik menjadi pemimpin?

Tapi memang sudah dasar pakatan haram di Malaysia ni memang perangai sama je semua. Sedangkan Ketua Umumnya peliwat pun masih dilantik menjadi Ketua Pembangkang, inikan pula anak buah atau ikan bilis di kampung.

Mendapat perkhabaran seperti itulah oleh salah seorang rakan dalam Majlis Daerah Sabak Bernam sendiri. Dikatanya tidak selesa dengan salah seorang ahli majlis sorang ni...

Kerja satu apa pun tak buat tapi melalak, melolong kata ini semua sepatutnya kerajaan pusat yang buat.

Setakat kalau nak salahkan orang lain walau dah diberi jawatan baik buang je jawatan tu. Pergi melalak.

Isu longkang tersumbat, parit tidak dibersihkan, rumput tidak dipotong hingga menjadi habitat binatang berbisa. Apa kerja ahli majlis sebenarnya?

Adakah hanya dengan menerima elaun setiap bulan dan mendapat projek mega setiap tahun sudah cukup tugas sebagai ahli majlis?

Jahanam Selangor kalau orang macam ni masih lagi disimpan.....

Monday, February 2, 2015

NIK NAZMI SEPENDAPAT DENGAN PAS. TOLAK PILIHANRAYA PBT CIPTAAN DAP!!

WALAUPUN mendapat asakan dan tentangan hebat daripada Pas terutama daripada Presiden Pas, Hadi Awang, namun DAP masih mahu meneruskan pilihanraya PBT kerana mereka merasakan sudah tiba masanya rakyat di peringkat akar umbi memilih sendiri siapa yang mereka mahukan sebagai pemimpin setempat.

Pilihanraya PBT ini adalah untuk memilih siapa yang rakyat suka sebagai Ahli Majlis PBT khususnya di kawasan bandar.

DAP begitu yakin bahawa pemimpin dari kaum Cina pasti akan menang di semua PBT kawasan bandar kerana mereka telah berjaya menguasai kawasan bandar dan pasca bandar.

Sebelum ini Pas menolak pilihanraya PBT kerana dikatakan tidak adil kepada kaum Melayu yang menjadi minoriti dalam kawasan bandar.

Saranan Hadi Awang bukanlah pendapat peribadi malah keputusan parti Pas untuk menolak pilihanraya PBT apabila Nik Abduh juga menolak pilihanraya berat sebelah ini.

Beberapa hari lepas pula, Nik Nazmi yang juga Ketua AMK Pusat menolak pilihanraya PBT cadangan DAP ini.

Keputusan Nik Nazmi senada dengan Pas yang mahukan DAP menilai semula cadangan tersebut yang ternyata lebih memihak kepada DAP semata-mata dan bakal meminggirkan pemimpin Melayu di dalam Pas dan PKR yang berada dalam kawasan terbabit.

Nik Nazmi juga mengutarakan cadangan supaya DAP perlu bersikap lebih patriotik dan memikirkan kehadiran bangsa lain dalam satu-satu kawasan kerana Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dan demokrasi.

Friday, January 30, 2015

SENARAI PESAWAT YANG DILAPOR HILANG SELURUH DUNIA! #MH370DOADANINGATAN #S14

KUALA LUMPUR: Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 tanpa sebarang kesan atau isyarat kecemasan pada 8 Mac tahun lepas telah mengejutkan dunia.

Dengan peralatan canggih penerbangan pada abad ke-21 dan sistem pemantauan satelit, kehilangan MH370 membingungkan saintis dan pakar bagaimana pesawat moden sepanjang 63.7 meter itu boleh lenyap.

Satu-satunya data yang pihak berkuasa gunakan dalam pencarian pesawat itu ialah tujuh komunikasi automatik 'handshakes' antara pesawat dan stesen bumi yang membawa mereka ke kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, iaitu kedudukan penerbangan terakhir pesawat itu dipercayai berakhir.

Boeing 777-200 itu yang hilang ketika dalam penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal, bukanlah kapalterbang pertama yang hilang dalam sejarah pengangkutan udara kerana terdapat beberapa pesawat dilaporkan hilang di seluruh dunia.

Berikut beberapa kes kehilangan pesawat:

(sumber: Time Magazine, Forbes Magazine dan Wikipedia)

* 1937 - juruterbang wanita Amerika Syarikat yang pertama, Amelia Mary Earhart hilang dalam misi penerbangan solo merentasi Lautan Atlantik menggunakan pesawat enjin berkembar Electra. Tiada kesan pesawatnya ditemui sehingga sekarang.

* 2 Ogos, 1947 - Pesawat British South American Airways (BSAA) Star Dust yang membawa lima anak kapal dan enam penumpang merempuh Gunung Tupungato, terletak di banjaran Andes, Argentina semasa dalam penerbangan dari Buenos Aires ke Santiago, Chile.

- Usaha mencari tidak menemui sebarang kesan pesawat itu dan penumpang.

- Lebih 50 tahun kemudian, sepasang pendaki warga Argentina menemui bangkai enjin di Andes pada 1998 yang dikaitkan dengan pesawat itu dan kemudian ekspedisi tentera menemui rangka manusia.

* 30 Januari 1948 - Pesawat BSAA Star Tiger hilang di Lautan Atlantik di Segi Tiga Bermuda ketika dalam penerbangan ke Havana, Latin Amerika dari London.

- Ia hilang bersama enam anak kapal dan 26 penumpang.

* 17 Januari 1949 - Pesawat BSAA Star Ariel Avro Tudor IV yang dalam penerbangan dari Bermuda ke Kingston, Jamaica, membawa 20 penumpang dan anak kapal hilang tanpa dapat dikesan di Segi Tiga Bermuda.

- Kehilangan Star Tiger dan Star Ariel telah menimbulkan spekulasi tentang legenda Segi Tiga Bermuda.

* 30 Januari 1979 - Sebuah pesawat kargo Varig Brazilian Airlines, Boeing 707-323c terputus hubungan selepas setengah jam berlepas, kira-kira 200 kilometer ke timur Jepun dan membawa enam anak kapal dan kargo yang berharga.

- Pesawat dan anak kapal gagal ditemui.

-- BERNAMA

Thursday, January 29, 2015

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DI DATUM JELATEK? BERSAMA YB BUDI....

ISU Datum Jelatek belum lagi berakhir sejak setahun yang lalu apabila pembinaannya yang mendapat tentangan hebat daripada penduduk asal dan tempatan Keramat.

Bukannya isu pembangunan mega Datum Jelatek yang menjadi perbualan, tetapi kerana sikap pemaju yang meminggirkan penduduk setempat dan penduduk asal sehingga menjejaskan kehidupan sehari-hari penduduk sekitar.

Baru-baru ini penduduk Jelatek mendesak supaya pembinaan projek Datum Jelatek yang diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor dihentikan.

Untuk mengikuti kupasan lanjut apa yang bakal didedahkan oleh YB Budi dalam temubualnya dengan penduduk asal Lembah Keramat seperti Pak Salleh dan Ipin, nantikan klip temubual dalam siri terbaru Cili Pedas bersama YB Budi.....



Monday, January 26, 2015

'DAP JANGAN BUAT PAS HILANG PERCAYA PADA PAKATAN' - HADI AWANG #DAPrasis #S14

PILIHANRAYA PBT yang disyorkan oleh DAP baru-baru ini menarik minat Hadi untuk membantah kerana katanya jika pilihanraya ini akan terus diadakan, nescaya PBT diseluruh bandar akan didominasi oleh puak DAP sahaja.

PAS menerusi kenyataan Hadi turut mengarahkan supaya DAP menarik balik cadangan tersebut kerana ia tiada hubung kait dengan hukum Hudud yang akan dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan kerana tidak melibatkan kaum bukan beragama Islam.

Dalam satu kenyataan Hadi baru-baru ini mengatakan bahawa DAP akan mengulangi kesilapan 13 Mei 1969 dulu jika cadangan ini diteruskan.

Sedia maklum bahawa DAP merupakan punca kepada rusuhan antara kaum 13 Mei hingga negara diisytihar darurat.

Ini kerana sifat bongkak DAP hingga sanggup menghalau orang Melayu bandar pulang ke kampung dengan penyapu besar.

Imbau kembali sejarah. Sejarah tak pernah menipu. Sejarah juga mungkin boleh berulang jika tiada ketegasan dalam tindakan.

Pelik. Kenapa DAP beriya-iya mahukan pilihanraya PBT dijalankan?

Adakah sudah cukup besar populasi kaum Cina di bandar-bandar?

Saturday, January 24, 2015

KETUA AMK SELANGOR: NIK NAZMI TAK DAPAT SOKONGAN AMK CABANG!!!

DISANGKAKAN panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari... Itulah yang terjadi kepada Parti Kencing Rakyat (PKR) sehingga ke hari ini...

Ada sahaja perkara yang tidak disenangi oleh ahli akar umbi... Betul lah orang tua-tua berpesan, apabila perjuangan tidak ikhlas nescaya pasti ada sahaja halangan yang menimpa...

Apabila pangkat dan harta yang dikejar.. Sudah pasti ikhlas sudah pudar...

Beberapa hari lepas, AMK Pusat telah memutuskan dan melantik Ketua AMK Negeri bagi setiap negeri dengan menggunakan kuasa veto yang ada dalam tangan Nik Nazmi sebagai Ketua AMK Pusat..

Senarainya seperti berikut:

Perlis: Mohd Sharun Radzi bin Salehuddin (Padang Besar)
Kedah: Mohd Ridhwan Mohd Razali (Padang Serai)
Pulau Pinang: Dr Afif Bahardin (Permatang Pauh)
Perak: Mohd Azlan Helmi (Kampar)
Selangor: Nik Nazmi Nik Ahmad (Kelana Jaya)

Wilayah Persekutuan: Hazrul Fahmi Ahmad (Lembah Pantai)
Negeri Sembilan: Mohamed Afif Anuar (Seremban)
Melaka: Farhan Ibrahim (Bukit Katil)
Johor: Mohd Faizal Mohd Yushak (Batu Pahat)
Pahang: Wong Chun Yuan (Indera Mahkota)

Terengganu: Wan Mohd Farmizi Wan Mohd Nor (Dungun)
Kelantan: Dr Mohd Hafidz Rizal Amran (Tanah Merah)
Sabah: Raymond Ahuar (Pensiangan)
Sarawak: Abdul Raafidin Majidi (Sibu)

*******************************

Bukan hendak menyanggah atau nak masuk campur dalam urusan parti mereka tetapi puak mereka ini kerap memainkan laungan telus dan bersih, tolak kroni... Tetapi tidak kepada parti mereka sendiri..

Apabila nama Nik Nazmi terus menjadi Ketua AMK Selangor tanpa meminta sokongan daripada Ketua AMK seluruh Cabang di Selangor...

Apa sudah jadi? Mana ketelusan yang diwar-warkan selama ini?

Tahun lalu, hampir semua Ketua AMK Cabang seluruh Selangor sebulat suara memilih Radzlan Jalaludin dari Cabang Subang sebagai Ketua AMK Negeri...

Ini dikatakan selaras dengan MANIFESTO Nik Nazmi dalam pemilihan lepas untuk menyerahkan kuasa melantik Ketua AMK Negeri kepada kepimpinan AMK Cabang...

Tapi tahun ini apa sudah jadi? Mana janji? Mana Manifesto?

Oooooo...lupa kejap... Manifesto bukan sekadar janji...

Kih... Kih... Kih...

Kena tipu lagi lah ahli PKR akar umbi dengan janji-janji kosong yang tak akan tertunai...

Nak kata apa lagi? Salah UMNO jugak ke ni???

1st LADY OF PENANG!! GUAN ENG BERBELANJA MEWAH GUNA DUIT RAKYAT PENANG!!

HEBAT Khalifah pujaan penyokong Pas... Khalifah Penang yang dicanang kononnya maksum dan tidak pernah melakukan kesalahan...

Khalifah yang kononnya jujur, amanah, telus, ikhlas malah hinggakan ada yang mengandaikan Guan Eng akan masuk Islam selagi terus bersama dalam jemaah Pakatan Haram yang mana Pas hanya sebagai keldai tunggangan untuk menarik sokongan orang Melayu kepada DAP.

Jika sebelum ini heboh pasal handbag BINI Guan Eng yang dikatakan berjuta-juta ringgit yang ditempah khas diluar negara...

Kini tersebar pula gambar BINI Guan Eng menaiki kereta mewah hingga dijemput didepan shopping mall sambil disaksikan oleh orang ramai...

Malah tidak keterlaluan kalau aku katakan yang BINI Guan Eng ini lebih teruk daripada isteri PM apabila turut bersama-sama hadir dan duduk semeja dengan tetamu Guan Eng semasa urusan rasmi...

Hinggakan digelar 1st Lady of Penang....

Guan Eng sudah terkena... Guan Eng sudah termakan ludahnya sendiri...

Maka mulalah menuduh ini semua kerja jahat UMNO...

Walau macam mana pusing pun masih juga nak salah kan UMNO...

Begitu cetek pemikiran Guan Eng yang terus menuding jari... 

You got it Guan Eng....

Thursday, January 22, 2015

MELAMPAU!! ZAMANI SLAM DIBULI POLIS DALAM LOKAP!!!

Rakaman video berdurasi 1 minit 23 saat memaparkan bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani mendendangkan lagu berjudul Gerimis Mengundang kini tersebar meluas dilaman sosial.

Tinjauan aku dilaman sosial mendapati rata-ratanya pengguna membantah penyebaran rakaman tersebut kerana ia dikatakan mengaibkan penyanyi tersebut.

Pada 21 Januari 2015, Zamani Slam dan rakan wanitanya ditahan oleh pihak polis kerana ‘disyaki’ memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat.

Ketika serbuan pada jam 12.30 awal pagi itu, pasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang, turut menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Hasil ujian awal air kencing mendapati Zamani positif dadah morfin, manakala rakan wanitanya yang berusia 32 tahun positif dadah amphetamine

*Tapi memang tak patut anggota polis ni rakam ketika Zamani masih bergari...

Walau dia bersalah, Zamani Slam masih ada maruah.. Tak patut diperlakukan sedemikian rupa...


LAUNGAN AZAN SUBUH DI PULAU PINANG DILARANG!!!

TERKEJUT beruk apabila membaca surat yang disampaikan oleh Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang ini kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Dalam kesibukan kita dengan isu ekonomi yang dikatakan pembankang tidak stabil.

Dalam kesibukan kita dengan krisis banjir dan kehilangan pesawat.

Rupanya ada lagi yang lebih sadis daripada semua ini.

Rupanya pihak masjid di Pulau Pinang tunduk dengan tekanan Lim Guan Eng supaya laungan azan subuh di masjid-masjid sekitar Pulau Pinang tidak boleh lagi menggunakan corong-corong pembesar suara.

Kata Guan Eng, laungan azan mengganggu masa rehat orang bukan Islam untuk tidur.

Kata Guan Eng, laungan azan membingitkan telinga orang bukan Islam waktu pagi.

Adakah ini benar?

Adakah ini yang dikatakan kerjaaan Khalifah di Pulau Pinang?

Adakah ini bukan RASIS kepada Guan Eng?

Monday, January 12, 2015

MANA YANG DIKATAKAN KHUTBAH JUMAAT PROMOTING EXTREMISM WAHAI PEGUAM ANWAR!!

DASAR perosak negara... Inilah antara muka-muka yang merosakkan keharmonian negara Malaysia. Mungkin sudah hilang idea atau sudah malap tahap glamor.. 

Eric Paulsen, yang juga Peguam kes bicara Anwar Berahim dan juga peguam PKR menuduh dan memfitnah JAKIM sekaligus terhadap umat Islam tentang khutbah Jumaat yang mengajak umat Islam ke arah extremist.

Pihak PAS hingga sekarang masih berdiam diri...

Pihak PAS terus membisu...

Atau telah dibisukan dengan KUASA dan WANG???

Friday, January 9, 2015

PANAS!! SEPANG JADI KANDANG BABI TERBESAR DI DUNIA!!!

TAHNIAH dan syabas lah kepada rakyat Selangor yang telah memilih sebuah kerajaan yang lebih mengutamakan BABI daripada rakyat Selangor sendiri.

Ini bukan gambar cilok daripada internet ataupun gambar daripada luar negara. Ini adalah gambar original daripada SEPANG yang kini telah dinaik taraf menjadi hub penternakan BABI terbesar bukan sahaja di Selangor, bukan sahaja di Malaysia, bukan sahaja di Asia... malah ladang BABI terbesar di DUNIA....

Tak percaya? Boleh lah buat lawatan sambil belajar ke Tanjung Sepat, Sepang, Selangor...

Dimaklumkan, Setiap Petak Ada 6 ekor. Setiap pengusaha ada 100 Petak. Keseluruhan pengusaha ada 68 orang itu di Tembuk sahaja.. Berapa jumlah BABI Di Tembuk? Sapa boleh Jawap?

Ya! Jumlahnya... 40,800 ekor BABI....

Sedangkan pengundi di DUN Tanjung Sepat hanya sekitar 23,308 orang sahaja. Jadi, mana lagi yang RAMAI????

Ini baru satu ladang besar yang berlokasi di Kampung Tembuk, belum lagi bongkar ladang BABI di Kampung Layang-layang dan kampung-kampung lain.

Maklumat yang diperolehi di kawasan Tanjung Sepat sahaja kini sudah ada 500 ribu ekor BABI...

Lebih banyak BABI daripada orang... Dahsyat....

Cuma nak tanya... Tak ada ke orang Pas di Tanjung Sepat? Senyap jeeee....

Apa citer Hanipa Maidin (MP Sepang)???



Lihatlah kesannya kepada sistem perparitan di sekitar kawasan penternakan... Ini baru tengok gambar dah rasa macam nak termuntah...

Belum lagi korang pergi sendiri tempat penternakan niiii... Mesti baru HARUUUUMMMMM....

Thursday, January 8, 2015

HARGA MINYAK: APA LAGI RAFIZI MAHU!!??

DULU time minyak nak harga RM2.10 semua nak melalak! Semua menyalahkan kerajaan kononnya kerajaan BN ni tak pandai matematik, tak pandai ekonomi. Walhal harga minyak di Malaysia mengikut harga minyak dunia.

Jadi, semua menyanjunglah Rafizi yang kononnya jadi hero minyak kepada rakyat Malaysia.

Sekarang, minyak dah turun jadi RM1.91 mengikut harga minyak dunia. Tapi Rafizi Pondan ni masih lagi melalak tak habis-habis.

Konon nak bela pulak nasib pengusaha stesen minyak. Katanya kesian kat pengusaha pam minyak RUGI!!

Jika nak dibandingkan ribuan pengusaha stesen minyak dengan jutaan rakyat Malaysia, mana yang Rafizi prihatin sebenarnya?

Tapi memang tak hairan sedikit pun. Sebab memang kerja pembangkang macam tu....

Naik harga nak BANGKANG!

Turun harga nak BANGKANG!

Apa sebenarnya yang Rafizi nak lagi????

Wednesday, January 7, 2015

PASMA TAK SETUJU PAS KELANTAN, BN PUSAT BEKERJASAMA BANGUNKAN KELANTAN!!

SEPERTI biasa, ada sahaja halangan daripada puak pakatan yang tidak senang apabila ada usaha murni yang ingin dijalinkan antara UMNO dan PAS. Pasti ada pihak yang tidak setuju langsung dengan perpaduan antara dua parti Melayu terbesar ini.

Walaupun Menteri Besar Kelantan dari PAS dan Perdana Menteri Malaysia dari BN telah sebulat suara dan bersetuju untuk membangunkan negeri Kelantan selepas banjir besar ini, ada juga suara-suara daripada golongan kiri PAS iaitu Pasma yang menolak pertolongan daripada BN.

Walaupun DAP telah menyatakan hasratnya untuk tidak menolong kerajaan Pas Kelantan jika Hudud akan tetap diteruskan, dan mengugut Kelantan tidak akan membantu mereka ketika mereka dalam bencana, masih ada juga golongan kiri Pas yang menyokong.

Mula dipersalahkan Pas Kelantan sudah dibeli oleh BN. Dikatakan yang Pas Kelantan sudah murtad dan lari daripada siasah sebenar perjuangan Pas.

Cuma nak tanya apa sebenar matlamat perjuangan Pas?

Adakah matlamat Pas hanyalah ingin menjatuhkan UMNO semata-mata?

Adakah matlamat Pas hanya mahukan mereka memerintah Malaysia tanpa memikirkan nasib rakyat?

Persoalan demi persoalan mula timbul selepas bencana besar di Kelantan.

Mungkinkah selepas ini dua parti agung Melayu & Islam di Malaysia akan kembali bergabung atas nama MELAYU & ISLAM?

Segalanya tidak mustahil apabila semakin lama semakin menjadi-jadi sikap kiasu DAP yag turut juga terpalit sama kepada PKR.

Sama-samalah kita berdoa dan berserah kepada Allah semoga perpaduan antara parti atas nama Melayu dan Islam ini menjadi kenyataan. Amin.