Konco-konco ku

Monday, January 8, 2018

Zuraida Sedih, Kecewa Tun M Jadi Calon PM

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengakui beliau sedih dan kecewa dengan pengumuman yang dibuat Pakatan Harapan (PH) menamakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Jelas beliau, selepas 20 tahun pakatan pembangkang berjuang bersama – sama, kini, gabungan tersebut kelihatan seolah - olah tidak mampu untuk menamakan calon perdana menteri yang lain selain dari Tun Dr Mahathir.

“Sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika itu,” katanya dipetik sebuah portal berita tempatan.

Untuk rekod, Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah semalam mengesahkan Tun Dr Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri, jika gabungan empat parti pembangkang itu memenangi PRU14, manakala Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalan perdana menteri.

Dalam pada itu, jelas Zuraida, pengumuman PH itu tidak akan menghentikannya untuk bekerja lebih kuat bagi memenangi pilihan raya dan beliau turut mendoakan terdapat perkara baik akan berlaku.

“Kerana apa sahaja akan berlaku kini dan PRU14… dengan izin Allah,” katanya.

Menurut  Parlimen Ampang itu beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan pengerusi PH itu namun lebih suka sekiranya Tun Dr Mahathir menjadi menteri kanan sekiranya PH memenangi PRU14, dan beliau turut mengulangi pendirian tersebut beberapa kali.

Sementara itu, bekas pengerusi Otai Reformis Saari Sungib yang mengulas isu yang sama berkata beliau bersetuju sekiranya Tun Dr Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri.

“Saya bersetuju kerana itu adalah keputusan parti saya dan keputusan parti saya dibuat bersama-sama dengan Pakatan Harapan,” katanya sambil mengakui pengumuman itu merupakan satu perkara yang baharu dalam perjuangan beliau walaupun seringkali menentang Dr Mahathir semasa pemerintahannya.

Jelasnya, beliau turut melihat pengerusi PPBM itu sebagai seorang yang rasional dan berobjektif dalam cita-cita menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Apa-apa dia buat itu bagi saya mudah. Dia telah melakukan sesuatu dan menyumbang sesuatu untuk melemahkan rejim Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dengan itu dia membantu kita untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya. - KLXpress

1 comment:

  1. Hahahahaha.... jelas Tun hanya menjadi kuda tonggengan aja...
    Makasud saya kuda tunggangan ajer.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...