Konco-konco ku

Friday, January 26, 2018

#SKANDALTEROWONGDAP : Kewujudan Syarikat Fesyen bukti ada penipuan berlaku #tolakph #kn

Isu projek mega pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama kini sedang hangat diperkatakan oleh rakyat.

Projek terowong dasar laut yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu kini menjadi tumpuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan berhubung proses tender dan pelantikan syarikat-syarikat untuk menjalankan kajian ke atas kelayakan projek berkenaan.

Terbaru, hangat pula diperkatakan apabila wujud sebuah syarikat yang mahir dan terkenal dalam bidang fesyen dikatakan turut terbabit dalam projek berkenaan dan menjadi pakar pembinaan terowong dasar laut. Jenama Voir bukanlah satu jenama asing lagi dikalangan rakyat Malaysia terutamanya kepada peminat fesyen.

Sebelum ini, Pengerusi Vior Holdings Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli (yang juga orang kuat Konsortium Zenith BUCG) dalam satu kenyataan ada menyatakan bahawa syarikat fesyen berkenaan akan menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan dan logistik.

Namun persoalannya sekarang, sejauh manakah pengalaman syarikat fesyen terkenal tersebut dalam bidang pembinaan? Baru sahaja mengumumkan mahu menjalankan perniagaan pembinaan, terus dapat projek mega bernilai RM6.34 bilion? Ini menimbulkan keraguan dan pelik.

Untuk makluman, syarikat fesyen ini memiliki 13.21% pegangan saham di dalam konsortium Special Purpose Vehicle (SPV) untuk membina terowong dasar laut yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah, Timbalan Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam , Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong yang mahir dalam bidang kejuruteraan juga turut berasa hairan, bagaimana syarikat fesyen boleh terlibat dalam bidang pembinaan.

Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah mendakwa dua syarikat pembinaan dari China akan menjadi pemegang saham dalam SPV. Namun selepas MCA membuat semakan, syarikat fesyen pula yang memegang saham sebanyak 39%. Selebihnya atas penama lain. Bahkan, dua syarikat dari China yang dikatakan sebelum ini tiada dalam senarai.

Kesimpulannya, kewujudan syarikat fesyen dalam projek ini membuktikan ada penipuan berlaku. –Utaranews.com

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...