Konco-konco ku

Tuesday, October 27, 2015

PENIAGA BAZAR DEEPAVALI KLANG DIHALAU KERANA GANGGU LALULINTAS!!

Semenjak 15 tahun lalu sepanjang jalan Tengku Kelana, Klang menjadi tumpuan masyarakat India mendapatkan keperluan untuk menyambut pesta cahaya Deepavali.

Namun, perpindahan tapak perniagaan sementara itu dari Jalan Tengku Kelana ke Jalan Tingkat - selang satu lorong di belakangnya - mungkin menjadikan kemeriahannya sedikit muram.

Ini kerana peniaga di blok kedai Jalan Tingkat tidak senang dengan susun atur khemah peniaga bazar di situ.

Peniaga di blok itu mendakwa pembinaan tiga baris lorong bazar di depan kedai mereka mengganggu lalu lintas, sekali gus menjejaskan perniagaan.

"Tiga khemah bazar dipasang sepanjang laluan di sini sehingga kereta tidak boleh keluar masuk.

“Dan disebabkan perkara ini saya mengalami kerugian yang banyak," kata peruncit Samy Nantharajan.

Bazar Jalan Tingkat dijadual mula beroperasi hari ini sehingga 9 November antara 5 petang hingga jam 1 pagi.

Perayaan Deepavali disambut pada 10 November.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...