Konco-konco ku

Wednesday, October 21, 2015

PEGAWAI, PENGUATKUASA PBT SELANGOR TERIMA RASUAH RM60 RIBU DARI RUMAH URUT!!!

INI yang dinamakan 'harapkan pegar, pegar makan padi'. Berselindung disebalik baju penguatkuasa yang kononnya menjalankan tugas menghapuskan rumah urut sekitar Selangor, padahal sendiri terima suapan tinggi untuk meluluskan lesen rumah urut.

Wang dapat mengaburi mata manusia.

Lepas ni boleh lah Nik Nazmi buat kenyataan lagi bahawa Penguatkuasa PBT Selangor tak cukup duit kerana GST hingga sanggup terima RASUAH rumah urut.

__________________________________________________

PUTRAJAYA: Seramai 11 individu termasuk seorang pegawai bahagian pelesenan, direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan projek rumah urut di sekitar Selangor. 

Baki yang lain adalah sembilan pembantu penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seorang awam. 

Difahamkan, anggota PBT itu ditahan di pejabat mereka pada jam 9 pagi semalam manakala orang awam berkenaan di Selayang. 

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman menetapkan tempoh tahanan reman berkenaan ke atas semua individu terbabit. 

Mereka ditahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. - Berita Harian

2 comments:

  1. biasa ah tu,tokey dadah payung polis,pelacuran,menda besepah dpn mata..mustahil tak nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada info boleh relay info lu kat SPRM. Siapa, balai dareah mana, atau siapa tokan dan alamat pusat pelacuran mereka berurusan.

      Delete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...