Konco-konco ku

Friday, October 17, 2014

BOCOR!! SAARI SUNGIB MINTA TAMBAHAN PERUNTUKAN BUAT JALAN

TIDAK terkejut apabila sorang yang digelar PENGKHIANAT oleh Pas sudah pun mula kerjanya untuk meminta peruntuk lebih buat jalan sekitar Selangor.

Saari Sungib, Adun Hulu Kelang yang juga BARUA dalam Pas telah mula meminta supaya dibalas budi dengan menyokong PKR dalam perebutan Menteri Besar sebelum ini dengan meminta tambahan peruntukan Marris sebanyak 8-10 juta bagi setiap Dun di Selangor.

Menjadi lebih pelik apabila Saari Sungib yang tida mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri Selangor meminta peruntukan sebanyak itu.

Kenapa baru sekarang peruntukan tambahan itu diminta? Saari bagaikan sedang mencari peluang menambah kekayaan untuk dirinya sendiri dengan membaham duit peruntukan Marris bagi tahun 2015.

Persoalan yang timbul adalah; benarkah duit yang bakal diterima oleh Saari kononnya untuk kerja-kerja penurapan jalan dan membaiki longkang-longkang di kawasan ADUN untuk kesejahteraan rakyat?

Adakah Adun BN juga memperoleh peruntukan yang sama seperti mana yang diterima oleh Adun PKR, DAP, dan PAS?

Kenapa begitu tinggi kos hanya untuk penyelenggaraan jalan dan longkang sehingga mencecah 8 hingga 10 juta untuk seluruh Dun di Selangor?

Sedia maklum duit peruntukan MARRIS adalah hasil terkumpul dari dana Persekutuan yang disalurkan kepada negeri-negeri.

Jadi minta Saari jawab soalan-soalan seperti di atas.

Hanya bertanya.... Nak elakkan ketirisan semakin parah memandangkan Azmin ada rekod buruk dalam pengurusan PKNS sehingga dibuang oleh Khalid Ibrahim sebelum ini.

Itu pun kalau Saari si Pengkhianat Pas nak jawab lah......

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...