Konco-konco ku

Tuesday, July 23, 2013

GEMPAR!! EMPAT NGO MELAYU SOKONG PAS MENANG DI KUALA BESUT!! #PRKKUALABESUT

ADAKAH benar yang 4 NGO Melayu ini (PERKASA, GPMS, MBM, PEKIDA) mengharapkan kemenangan calon PAS Kuala Besut iaitu Che Long dalam PRK kali ini? Atas nama semangat Melayu bersatu yang digembar-gemburkan, dan atas nama penyatuan Melayu yang dijaja oleh sebelingan pemimpin Melayu memungkinkan 4 NGO Melayu ini berbuat sedemikian.

Tidak mahu dicop sebagai 'lebih sudu dari kuah', 'lebih lajak dari laju' kita sama-sama menantikan jawapan rasmi dari Presiden NGO masing-masing berkenaan penyebaran risalah ini. Risalah ini telah disebarkan secara meluas semasa program futsal anjuran Puteri UMNO Kuala Besut di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.

Kalaupun ada sebilangan seperti GPMS, MBM, malah PEKIDA yang menafikan tentang hal ini namun jika PERKASA mengatakan yang memang mereka mahukan gabungan parti Melayu di Terengganu memang tidak dapat disangkal lagi. Baru-baru ini juga menerusi Presiden PERKASA, Dato' Ibrahim Ali menegaskan yang mereka tidak akan memberi sokongan lagi kepada kepimpinan UMNO jika hak bangsa Melayu yang lama mereka perjuangkan tidak pernah di layan oleh barisan menteri kabinet malah Perdan Menteri sendiri.

Tetapi apa-apa pun kita masih menunggu jawapan rasmi dari presiden masing-masing berkenaan pengedaran risalah ini yang diyakini dapat memberi imej yang negatif kepada persatuan yang terbabit.

Pada masa yang sama, pihak PAS menerusi jentera pilihanrayanya yang berkampung di Kuala Besut dilihat kian meninggalkan Kuala Besut sejak semalam lagi. Tinggal hari ini sahaja masa untuk mereka berkempen membantu Che Long, Kontraktor Kelas A. Malah, sedikit demi sedikit kisah silam Che Long dibongkarkan oleh jentera BN yang mahir tentang risikan dan serangan.

Kita terus mendoakan kemenangan kerusi DUN N01 Kuala Besut berpihak kepada Tengku Zaihan, calon Barisan Nasional. 

2 comments:

  1. Anda Dahlah tak datang kat kuala besut...Surat layang pun anda percaya..takusahlah sebar Surat palsu tu bro...anda menang blogger upahan yang liar. Jgn tulis dulu sebelum periksa...anda blogger yang tersasar..kesian ke jawa ni...

    ReplyDelete

comment please.....