Konco-konco ku

Friday, April 29, 2016

SELANGOR KENAKAN CUKAI SAMPAN RM600 SETAHUN KEPADA NELAYAN TRADISIONAL!!!

1. Pada 20 April 2016, semua ketua pengkalan (26 pengkalan) dari Sungai Serdang hingga Telok Gong dan Pandamaran bersama Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang telah dpanggil mesyuarat di Pejabat Tanah Daerah Klang. 

2. Mesyuarat ini bersama Pegawai Daerah Tanah, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Hutan dan lain-lain agensi. 

3. Semua ketua-ketua pengkalan diminta supaya membuat permohonan tanah dan jeti-jeti di pengkalan agar tidak dikenakan TOL. 

4. Tetapi dengan syarat!!
4.1 Hanya boleh mohon atas nama Pengkalan. (nama individu tidak diterima)
4.2 Keluasan kawasan akan diputuskan oleh LUAS.
4.3 Syarat LUAS, setiap 1 pancing yang diletakkan dipersisir pantai akan dikenakan cukai RM600.00 setahun.
4.4 Nelayan yang tidak membayar akan diarahkan keluar dari kawasan operasi oleh ketua pengkalan.
4.5 Ketua pengkalan akan mengutip cukai dari nelayan dan diserahkan kepada LUAS. 

5. Sebagai contoh, jika cukai ini terlaksana, RM48,000 akan dipungut oleh Kerajaan Selangor di Pengkalan Zon Sementa yang mempunyai 80 nelayan bersampan. Jumlah ini tidak termasuk pondok tempat simpan jaring, jeti LKIM,  tandas dan lain-lain infra. 

6. Sekiranya 80 orang nelayan yang "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" ini tidak membayar cukai RM600 pada Kerajaan Negeri, mereka tidak akan dibenarkan menggunakan jeti. Jadi bagaimana mereka hendak kelaut dan mencari rezeki.

7. Adakah ini sifat sebuah kerajaan peduli rakyat yang sebenarnya sedang MEMBULI RAKYAT.

8. Walau apapun alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, tindakan mengenakan cukai ini kepada golongan nelayan merupakan tindakan ZALIM yang harus ditentang oleh RAKYAT.

RAKYAT SELANGOR SUDAH MUAK DENGAN SANDIWARA DAN LAKONAN KERAJAAN NEGERI. AYUH SAMA-SAMA TOLAK KEKEJAMAN DENGAN SHARE PERKARA INI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....