Konco-konco ku

Tuesday, April 26, 2016

PKR BERMASALAH BESAR DIBAWAH KEPIMPINAN LEMAH WAN AZIZAH



KEJAYAAN BN menang percuma di 2 kerusi DUN dalam pilihanraya negeri Sarawak, membuktikan bahawa PKR ini adalah parti yang kelam kabut. Sejak Anwar masuk jail ni, PKR nampaknya bergantung kepada persepsi semata-mata nak menunjukkan kononnya dia kuat, hakikatnya, PKR lemah, kelam kabut dan tak terurus.

Ketika kecoh PKR berebut 5 kerusi dengan DAP, 2 kerusi yang sepatutnya mereka bertanding iaitu di Bukit Kota dan Bukit Sari, calon PKR tak muncul seterusnya memberikan kemenangan percuma kepada BN.

Dalam hal berebut kerusi dengan DAP, akhirnya DAP bertindak balas, semua kerusi yang PKR bergaduh dengan DAP, DAP letak calon, salah satunya Bukit Kitang dimana satu-satunya calon Melayu DAP bertanding. Siapa pun dalam PKR sekarang tak mampu nak selesaikan masalah itu.

Berkomponen apakah namanya tu? Dari awal lagi boleh dikatakan bahawa di Sarawak, Pakatan Harapan macam tidak wujud, masing-masing fikir pasal diri masing-masing sahaja.

Dalam masa yang sama, nampak sangat PKR terlalu bergantung kepada Anwar. Pada tahun 2011, ketika Anwar masih diluar, pilihanraya negeri Sarawak menyaksikan pertandingan di semua 71 kawasan DUN ketika itu, takde peluang BN nak menang percuma, berbeza dengan kali yang ini.

Semua ini bagaimanapun menunjukkan kelemahan PKR dan mengesahkan apa yang penulis kata sebelum ini PKR ni hanya gah pada persepsi sahaja, realitinya lemah, macam yang kita lihat sekaranglah.

Agaknyalah siapa yang nak dipersalahkan, adakah Azizah (langsung tak muncul, berbunyi dalam kempen kali ini), Azmin atau Baru Bian selaku Pengerusi PKR Negeri? Sejak bekerjasama dengan bekas PM Tun Mahathir Mohamad, nampak kemerosotan oleh PKR. Jelas isteri Anwar, Wan Azizah tidak dapat uruskan parti suami PKR dgn baik.

Sumber: WhatsApp

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...