Konco-konco ku

Friday, April 22, 2016

PRN SARAWAK: DAP RAMPAS 10 KERUSI DUN PKR

SEBELUM ini kita dikejutkan dengan perletakan semua jawatan yang disandang oleh Naib Pengerusi PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek akibat tidak dipilih sebagai calon dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 11 ini kerana didakwa PKR Pusat terlalu tunduk dengan DAP yang ingin meletakkan hampir kesemua calon DAP dalam pilihanraya kali ini.

Sehingga ke hari ini tiada kata putus untuk pengagihan kerusi Pakatan bagi pilihanraya Sarawak. DAP masih lagi mahu menuntut lebih kerusi daripada PKR Sarawak dengan alasan PKR tidak boleh menang di kawasan-kawasan yang mereka tandingi.

Sehingga semalam jumlah kerusi DAP adalah 29 kerusi yang mana 10 kerusi telah dirampas daripada PKR. PKR berkurang kepada 48 kerusi yang mana sepatutnya kerusi DUN yang baru ditubuhkan diberikan kepada PKR. Namun oleh kerana ketamakan DAP mahu merampas Sarawak daripada BN, mereka mengugut tidak akan membantu PKR untuk menang kerusi mereka di kawasan majoriti pengundi Cina.

PAN pula akan diberikan kerusi-kerusi DUN yang DAP kalah semasa PRN Sarawak ke-10 yang lalu sebagai pembakar semangat kerana sanggup bersama DAP.

Manakala PAS hanya akan bertanding 11 kerusi DUN dan bakal berlaku pertandingan 3 penjuru sama ada dengan DAP atau PAN di Sarawak.

No comments:

Post a Comment

comment please.....