Konco-konco ku

Wednesday, April 20, 2016

PENIAGA MELAYU JUAL PISANG GORENG DISERBU MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM!

MAKIN menjadi-jadi pulak sikap rakus pemimpin kerajaan negeri Selangor yang saban hari menganiaya rakyat Selangor yang mencari rezeki halal.

Atas desakan ekonomi yang mencabar hari ini, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh rakyat untuk mencari pendapat sampingan. Namun dek kerana kesombongan kerajaan negeri PKR ini, rakyat terus disalahkan dan dirampas harta benda.

Pakcik goreng pisang ini telah lama berniaga di Seksyen 7, Shah Alam. Namun oleh kerana ada tangan ghaib di atas yang mengarahkan penguatkuasa MBSA merampas barang perniagaan beliau, maka peniaga Melayu ini menjadi mangsa.

Sedangkan dikawasan ini merupakan kediaman Exco Kerajaan Selangor yang juga ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari.

Nampaknya Melayu makin disekat ekonominya. Melayu dihalau dari bandar-bandar besar di Selangor.

Tahniah yang mengundi PKR.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...