Konco-konco ku

Saturday, March 19, 2016

UMNO KELANTAN MENYOKONG PENUH DS NAJIB

Hari ini berlangsung Perhimpunan Deklarasi UMNO Kelantan, di Dewan UMNO Negeri Kelantan, Jam 2.30 petang tadi.

Himpunan Deklarasi ini di hadiri sendiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, YB Datuk Sri Mustapa Mohamed merangkap Menteri Perdagangan Antara Dan Industri (MITI), YB Datuk Hj Ahmad Jazlan Yaakub, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Hj Musa, Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Ketereh, dan moderator nya ialah Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, YB Datuk Hj Md Alwi Hj Che Ahmad.

Beberapa hari yang lalu, kita melihat betapa angkuhnya gandingan pembangkang bersama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad yang menandatangani Deklarasi Selamatkan Malaysia yang mahu YAB DS Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Namun persoalan demi persoalan apabila Lim Kit Siang dan Datin Seri Wan Azizah pula tampil membuat kenyataan bahawa mereka bersama DS NAJIB jika mahu Selamatkan Malaysia. Apakah rahsia di sebalik semua ini? Adakah punya agenda tersembunyi atau sememangnya takut sesuatu yang telah dirancang tidak menjadi? Terpulang kepada rakyat dan masyarakat memikirkan perkara itu.

Perhimpunan Deklarasi UMNO Kelantan ini bertujuan untuk membuktikan bahawa UMNO KELANTAN masih setia bersama Perdana Menteri Malaysia DS NAJIB merangkap Presiden parti keramat iaitu UMNO.

Ini membuktikan bahawa Presiden masih mempunyai penyokong setia di peringkat akar umbi apatah lagi di Negeri Kelantan khasnya. Walaupun kita sering terbaca di media sosial, cacian demi cacian, hinaan demi hinaan dan pelbagai lagi kutukan dan posting bergambar yang mengutuk perdana menteri di viral. Namun ia tidak mematahkan semangat Perjuangan ABATA di dalam diri selagi masih bernyawa demi anak cucu di masa hadapan.

Semoga deklarasi ini membuka mata dan telinga akarumbi dari negeri lain agar bersabar dan bersama dalam mengharungi cabaran besar yang sedang kita tempuhi.


No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...