Konco-konco ku

Thursday, March 17, 2016

DIPECAT - PRESIDEN NADI RAKYAT MALAYSIA AKUR

Presiden NADI RAKYAT MALAYSIA, Saudara Mohd Rafi Awang Kechik bersetuju dan menerima keputusan Presiden PERKASA MALAYSIA. 

Beliau yang selama ini memegang jawatan sebagai Pengerusi PERKASA Wangsa Maju merangkap Ketua Penerangan PERKASA Wilayah Persekutuan akur tidak lagi menyandang kedua-dua jawatan tersebut.

Sikap tangan terbuka tanpa dendam membuktikan Presiden NADI RAKYAT MALAYSIA ini punya semangat jati diri dan menghormati keputusan sesebuah badan pertubuhan apabila kita tidak lagi seiring dalam sesuatu keputusan. 

"Terima kasih kepada presiden dan YDP Wilayah Persekutuan Y.Bhg. Dato' Yusoff Hamid kerana memberikan kepercayaan kepada beliau selama ini, walau bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya selama ini saya gagal menyumbang", katanya lagi. 

Hasrat beliau selama ini hanya membawa Nadi Rakyat Malaysia dengan Wadah Perjuangan ABATA bersama ahli-ahli pertubuhannya dan mahu mendidik Anak Bangsa mengenali dan pelajari asas perjuangan orang-orang tua terdahulu. 

Dalam apa jua keadaan, tidak mudah melatah, semangat setia kawan dan mahu semaikan sikap, "Jika kita berkawan ikut resmi sebatang jarum segulung benang, Jangan kita bersahabat ikut resmi sebilah gunting setumpul pisau". 

"Semoga Allah SWT berikan dan permudahkan segala urusan dan gerak kerja PERKASA, itu doa saya kepada mereka", di akhir bicara. - Nadi Rakyat Malaysia. 

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...