Konco-konco ku

Friday, March 4, 2016

TUN M BERJUANG DEMI RAKYAT ATAU DEMI DIRI SENDIRI?

Belum habis lagi terkejut pengunduran Tun Mahathir daripada UMNO, hari ini kita disajikan pula dengan sidang media khas mendesak Perdana Menteri, DS Najib Razak meletak jawatan.

Sejak dari kecil saya didendangkan dengan semangat Melayu. Dinyanyikan dengan Wawasan 2020. Dikhabarkan dengan 'Malaysia Boleh', 'Hidup Melayu'.

Namun hari ini saya agak kecewa dengan tindakan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato' Seri Mukhriz yang turut bersama DAP untuk menjatuhkan pemimpin Melayu yang saya pertahankan sejak dulu.

Hari ini terbuka diminda dan hati saya untuk mempersoalkan dimana semangat Melayu yang Tun Mahathir tanam dalam diri setiap anak kecil ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Hari ini nyatalah bahawa jalan politik Tun Mahathir sudah terpesong apabila sanggup bersekongkol dengan parti yang beliau katakan RASIS satu masa dulu.

Musnahlah kepercayaan saya terhadap Tun Mahathir atas KETUANAN MELAYU yang kerap beliau laungkan semasa dalam ucapan Perhimpunan Agong UMNO.

Ternyatalah yang Tun Mahathir dan parasit-parasit dalam UMNO memang benar-benar mengejar kuasa lebih daripada membela nasib anak bangsa.

Dan oleh kerana asbab inilah juga saya akan terus menyokong kepimpinan DS Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Saya percaya masih ada cahaya dihujung terowong untuk mencerahkan apa yang berlaku sekarang ini.

Semoga DS Najib Razak terus tabah dan kuat dalam mengharungi politik zaman edan ini.

#RespectMyPM

Mohd Khairulna'im Abu Samah
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Sungai Besar


No comments:

Post a Comment

comment please.....