Konco-konco ku

Tuesday, September 29, 2015

MENANTI HARI ESOK, SEMOGA DR. KHIR TOYO TABAH!!!

PUTRAJAYA –  Adakah bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo akan lepaskan dan diperintahkan supaya menjalani program khidmat masyarakat sebagai menggantikan hukuman penjara?

Persoalan ini akan terjawab esok apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman ke atas Dr Mohamad Khir, 50.

Mahkamah dijangka membuat keputusan itu pada 1.30 tengah hari.

Pada 22 Sept, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengekalkan sabitan terhadap Dr Mohamad Khir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman kepada 29 Sept.

Dr Mohamad Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.

Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Dis 2004.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selasa lepas, semasa merayu agar hukuman diringankan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Mohamad Khir, memohon mahkamah supaya tidak menjatuhi hukuman penjara terhadap anak guamnya, sebaliknya mengenakan denda atau memerintahkannya supaya melaksanakan program khidmat masyarakat.

Muhammad Shafee memperjelaskan bahawa anak guamnya memberi jaminan bahawa beliau bersedia untuk melaksanakan khidmat masyarakat bagi tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah dengan memberi perkhidmatan pergigian percuma kepada penduduk miskin.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar pula berkata program khidmat masyarakat tidak sesuai bagi kesalahan seperti itu.

Ini kali pertama program khidmat masyarakat dicadangkan sebagai menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan seperti itu.

— BERNAMA

2 comments:

  1. Berita Utusan Malaysia menyiarkan seorang pengarah syarikat warganegara bangladesh dihukum denda RM30,000 kerana menggajikan PATI dan pula peguam pembela akan membuat rayuan.
    Sepatutnya pihak pendakwa bukan sahaj mohon denda yang tinggi terhadap kesalahan menggajikan pekerj asing tanpa permit malah mohon pengarah tersebut dibatalkan permit visa nya sebagai penggajaran kepada semua warga asing yang mahu berniaga supaya mematuhi unda-undang imigresen malaysia.

    Tahniah .

    ReplyDelete
  2. Nanti ada pula pelachur chantek umur 25 tahun didakwa di mahkamah dikenakan denda komuniti service...kes dgn Khir Toyo sama2 pakar bidang masing2....adoi doi..

    ReplyDelete

comment please.....