Konco-konco ku

Monday, September 14, 2015

'TRANSKRIP PROSIDING' AUDIT NEGARA KEPADA PAC DIJUAL KEPADA MEDIA

Saya mempersoalkan bagaimana Wall Street Journal (WSJ) boleh menyiarkan sebuah 'Transkrip Prosiding' daripada Jawatankuasa Parlimen yang menyiasat 1MDB

Justeru saya yakin 100% bahawa ini bukan kes pembocoran maklumat tetapi ini 100% kes penjualan maklumat. 100% penjualan maklumat bermakna ada si penjual dan ada si pembeli. Bila ada si penjual dan ada si pembeli maka ini sudah pasti melibatkan wang ringgit. Oleh itu, saya mendesak agar pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat akaun semua ahli Jawatankuasa Kira-kira Parlimen (PAC) dan jika terdapat jumlah meragukan maka perlu disiasat dari mana sumber transaksi wang tersebut.

Mengikut peraturan mesyuarat (standing order) Parlimen Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa keterangan yang diambil di hadapan sebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa ahli jawatankuasa atau oleh sesiapa jua. Maka tindakan WSJ itu dan mereka menjual maklumat adalah salah.

Jangan ada double standard. Ini bukan kali pertama WSJ menyiarkan maklumat dalaman. Saya bimbang ada sindiket yang mendapat maklumat rahsia negara melalui modus operandi pembelian maklumat dan ini perlu di banteras segera demi mengelak ancaman kepada keselamatan negara.

SIDANG MEDIA

DATUK DR. PUAD ZARKASHI
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

1 comment:

  1. Nur Jazlan ke yang jual? Tony
    Pua-ka ka yang jual? ĶJ@Kamaruddin Jafar ke yang jual? Atau semua ahli PAC yang jual? Atau tea-leady PAC ka yg jual? Atau Mamat tukang bersih Bilik Mesyuarat ka yg jual?....hmm. .....penat Bro KPN kena siasat kali ini...

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...