Konco-konco ku

Sunday, September 13, 2015

PECAT!! PAS KELANTAN BUAT SEMAKAN KEAHLIAN PARTI KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI!!

KERAJAAN Negeri Kelantan telah mengeluarkan surat arahan kepada seluruh jabatan di bawah pentadbiran Pejabat Menteri Besar Kelantan supaya semua Pengarah membuat semakan terhadap kakitangan kerajaan negeri yang sudah bertukar parti.

PAS sebagai pentadbir kepada kerajaan Kelantan nampaknya begitu risau dengan penghijrahan beramai-ramai ahli PAS ke dalam Parti Amanah Negara yang di pengerusikan oleh Mat Sabu.

Nampaknya PAS amat berhati-hati kali ini agar tiada lagi musang berbulu ayam yang berada dalam pentadbiran kerajaan mereka.

Dan sudah pasti mana-mana individu penjawat awam kerajaan negeri akan diberikan notis berhenti kerja atau dipecat daripada jawatan yang disandang jika Pejabat Menteri Besar Kelantan mendapat maklumat bahawa individu berkenaan sudah berpaling arah.

Tahniah Kerajaan Negeri Kelantan yang pantas bertindak membuang musang-musang yang bakal menghancurkan institusi kerajaan.

Semoga DS Najib mendapat petunjuk agar menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan penjawat awam yang tidak memihak kepada parti Barisan Nasional.....

3 comments:

  1. Arahan ini tidak perlu, kerana UNDI ITU RAHSIA...walau ahi parti, apa yg mereka undi..hanya Allah yg ketahui..dan tanggunglah sendiri diakhirat sekira mereka TELAH MEMBUAT PERJANJIAN SAMA ADA DLM TULISAN/LISAN

    ReplyDelete
  2. Memang diakui ramai puak2 pembangkang dlm agensi kerajaan dan badan berkanun..nak harapkan parti mereka maka ramailah yang akan mati kebulur..tapi mereka ni jenis orang tak ada hati perut..

    ReplyDelete
  3. Heh kalau kerajaan BN yg buat sudah pasti kena hentam sbg Zalim dan mcm2 lg....

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...