Konco-konco ku

Monday, September 14, 2015

KONFLIK 1MDB, KONSPIRASI POLITIK PIHAK LUAR. - NIK ABDUH

Ketua pemuda Pas YB Nik Abduh Nik Aziz tegas pertahankan Perdana Menteri Malaysia dengan menyatakan wall street journal dan 1 MDB Adalah satu konspirasi politik hendak menjatuh KAN ds najib sebagai Perdana Menteri 

“PAS kekal menjunjung prinsip kebenaran dan amanah serta menolak fitnah dan provokasi melampau”.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, atas sebab itu Pemuda PAS mengingatkan rakyat berhati-hati dengan perangkap konspirasi politik yang mungkin dilakukan pihak luar dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata beliau, jika benar tuduhan menyeleweng dana 1MDB berbilion ringgit yang dilemparkan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia satu keaiban kepada negara.

“Sebaliknya jika ia tuduhan palsu, maka negara akan terperangkap dalam suatu konspirasi politik yang melibatkan pemain luar yang pastinya mempunyai agenda dan kepentingan politik dan ekonomi.

“Ini bakal mengundang kerosakan yang lebih besar kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, Nik Mohamad Abduh menyeru penyiasatan yang telus dan menyeluruh oleh badan berwajib bagi menjawab segala persoalan yang menghantui rakyat mengenai tuduhan oleh media asing, The Wall Street Journal tersebut.

Beliau dalam pada itu meminta jentera Pemuda PAS supaya sentiasa berwaspada dengan gelombang baru politik yang bakal wujud tidak lama lagi.

Menurutnya, persediaan menghadapi gelombang baru tersebut dengan mengambil kira beberapa cabaran yang berlaku dalam beberapa parti politik hari ini termasuk PAS.

“Seluruh kepimpinan Pemuda PAS di setiap peringkat wajar bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang tidak mustahil akan berlaku,” katanya. – mynewshub.cc

2 comments:

  1. As salam sahabt....
    mohon link
    http://semutogel.blogspot.my/
    tkasih sahabt....

    ReplyDelete
  2. Tidak mustahil macam mana pihak CIA mereka cerita nk menjajah Iraq dan tuduh Saddam ada senjata pemusnah dan nak jajah Libya tuduh Gadafi diktator kejam dan zalim nak jajahAfghanistan tuduh Taliban dan Osama punya angkara bom Wtc tiada bukti semua cerita direka puak kafir dari luar dan disambut olih agen agen dan talibarutnya sama juga diMalaysia kalau kita perhatikan ada konspirasi nak menjatuhkan pemerintahan Islam dalangnya Sarawak Editor dan talibarutnya termasuk Mahathir dan Maria Chin dan Ambiga. Ini lah orang2 yang wajib diawasi gerak gerinya

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...