Konco-konco ku

Monday, May 11, 2015

PAS SABAK BERNAM SARAN PIMPINAN NEGERI BERI KERUSI MENTERI BESAR SELANGOR KEPADA PAS!!

MUKTAMAR Dewan Pemuda Pas Selangor yang berlangsung pada Ahad lepas menyaksikan beberapa saranan dan luahan perasaan beberapa perwakilan daripada 22 kawasan di Selangor tentang gelodak dalam PR yang semakin meresahkan ahli Pas akar umbi.

Pemuda Pas Sabak Bernam menyarankan kepada kepimpinan Pas Pusat supaya lebih berani dan tidak takut dengan kecaman DAP agar Islam boleh diterima oleh rakan sekutu mereka.

Mereka juga menggesa agar kepimpinan Pas negeri harus bersuara supaya pada PRU akan datang Menteri Besar daripada Pas harus dipilih. Ini kerana Pas merupakan penyumbang terbesar kemenangan PR di Selangor berdasarkan kerusi Dun yang ditandingi pada PRU13.

Nampaknya Pas benar-benar yakin yang mereka akan menang lagi pada penggal akan datang hingga berani untuk berebut kerusi Menteri Besar dengan PKR.

Namun inilah hakikat Pas yang rakyat perlu lihat. Sesama mereka juga berebut kuasa apabila sudah berkuasa. Tak ada lagi erti kata syukur dan berserah kepada Allah.

2 comments:

  1. Presiden PAS IQ ZERO. Sultan Selangor minta senarai calon MB dia hantar nama orang PKR. Sekarang nak minta buat apa lagi. PKR yang sah anti hudud.

    ReplyDelete
  2. dalam pas, yang agak cerdik duduk bawah. yang atas2 semua muka sembab, sel otak tidak berhubung. akar umbi nak pas tunjuk kekuatan dgn sokongan yang ada, yang atas2 main telur. ikut sahaja apa yang pkr dan dap aturkan. itulah pasal pas antara pelopor terbaik sebagai pakar 'koner @ u-turn'.

    ReplyDelete

comment please.....