Konco-konco ku

Wednesday, April 22, 2015

#PRKROMPIN : GENG PASMA TIDAK HADIR SEMASA PENAMAAN CALON!!

MAT SABU, Hatta Ramli, Khalid Samad, Husam Musa, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof dan beberapa pemimpin Pas Pusat tidak kelihatan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin sejak pagi tadi. Mereka dikatakan memboikot calon Pas bagi PRK Rompin kerana calon yang dipilih bukan daripada calon pilihan mereka sendiri.

Calon Pas Rompin adalah salah seorang penyokong kuat Hadi Awang dan golongan Ulama' manakala calon pilihan Mat Sabu adalah salah seorang ahli PasMa Pahang namun tidak dipersetujui oleh Presiden Pas dan Dewan Ulama' Pas Pusat (DUPP).

Dikatakan Mat Sabu tidak akan menyokong calon Pas Rompin kerana kecil hati dengan tindakan Pas dari golongan Ulama' yang tidak akan turun membantu gerak kerja pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Manakala Hatta Ramli masih berdendam dengan calon Pas Rompin kerana beliau adalah suspek dalam kes bakar kereta beliau semasa krisis antara golongan Ulama' dan golongan Anwarinas dalam Pas baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Hadi Awang dan team Ulama' Pas Pusat hadir bagi memberi sokongan moral kepada calon yang bertanding dan mengharap akan dapat mengurangkan undi walaupun KALAH.

1 comment:

  1. Mesti seronok lihat keputusan prk di rompin dan permatang pauh. Rompin dgn pas pro ulama sementara di permatang pauh dgn pasma. Antara pas pro ulama dan pasma, yang mana akan mengejek yg mana akan diejek...

    ReplyDelete

comment please.....