Konco-konco ku

Friday, April 24, 2015

#PRKROMPIN : CUKUPLAH PAS MEMFITNAH ARWAH TAN SRI JAMALUDDIN JARIJIS!!

CUKUP-cukuplah Pas memfitnah dan mengadu-domba tentang perkara yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarijis dalam ceramah politik di Rompin. Itu antara amaran yang diberikan oleh Dato' Hasan Arifin, calon BN Parlimen Rompin ketika ditemui.

Mengulas tentang satu artikel sebuah portal yang mengatakan Pas akan menggunakan pentas ceramah mereka untuk mendedahkan skandal arwah Tan Sri JJ dalam kempen mereka kali ini untuk merampas kerusi Parlimen Rompin daripada BN.

Nampaknya Pas tiada isu untuk difitnah di dalam kempen Rompin kerana beberapa isu besar atau nasional tidak terasa kehangatannya di sini.

Penduduk Rompin lebih memerlukan BN dan mengharapkan Dato' Hasan yang juga pernah menjadi Adun Bukit Ibam dan Timbalan Menteri Besar Pahang supaya dapat menyelesaikan beberapa masalah penduduk Felda dan kawasan kampung serta beberapa isu berkaitan Orang Asal.

Dato' Hasan seorang yang low profile dan gemar membantu menjadi sandaran pengundi di sini, malah Orang Asal juga amat mengenali calon BN ini kerana kerap mengunjungi dan bertanya khabar mereka walaupun bukan sebagai wakil rakyat.

InsyaAllah. Barisan Nasional akan menang dengan tambahan majoriti yang diharapkan.

1 comment:

  1. Takde faedah duniawi yg dpt diraih oleh pas jika berhasrat menabur fitnah kpd arwah jj. Org dh tak ada, dan bukan lg mp rompin. Sekarang adalah proses cari pengganti jj, knp nk fitnah jj. Percayalah, pas tidak akan menang di rompin selain membawa berbakul bekalan dosa utk dibawa ke akhirat jika teruskan kempen fitnah kotor itu.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...