Konco-konco ku

Tuesday, April 14, 2015

WALAU DAH SEMBUR RIDSECT DALAM BAS, SELANGOR NO.1 KES DENGGI DI MALAYSIA!!!

SATU masa dulu, Menteri Besar Selangor Azmin Ali bersama Exco Kesihatan Selangor, Dr. Daroyah pernah menyembur racun serangga di dalam bas dengan harapan supaya kes denggi di Selangor akan menurun. Namun hakikatnya bukanlah seperti yang digembar-gemburkan.

Dalam statistik terbaru (1 Januari 2015 - 11 April 2015) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor baru-baru ini, kesan ke atas semburan Ridsect dalam bas yang dilakukan oleh MB Selangor tidak membawa kepada penurunan kes denggi di Selangor.

Malah lebih malang Selangor menduduki ranking tertinggi antara negeri-negeri di Malaysia dengan jumlah kes 20,986 kes dan 58 kematian seluruh negeri Selangor.

Daerah Petaling yang merupakan pusat pentadbiran negeri Selangor merangkul tempat pertama dalam kes denggi ini dengan 9,917 kes bersama 23 kematian sepanjang tahun 2015 ini.

Tahniah kepada kerajaan negeri Selangor. 

Sedang ranking pelaburan jatuh kepada ranking ke-4 di Malaysia. Rakyat Selangor harus berbangga kerana Selangor masih lagi menjuarai ke Denggi dalam Malaysia.

Ini namanya pemimpin yang rakus. Demi keuntungan hingga lupa tentang kesihatan dan keselamatan rakyat negeri Selangor.

Masih sokong pakatan di Selangor? Tunggu ada ahli keluarga anda mati kerana denggi....


5 comments:

  1. Orang putih kata 'prevention is better than cure' tahap maintainance kawasan sejak 6bulan lalu memang elek.

    Rumput tak potong, jalan2 belakang tak sapu dan longkang tak pernah korek.. kawasan saya saja bulan feb/ogos lebih 10 kena jangkitan aedes termasuk keluarga saya 3org!!

    Sapu kawasan sekadar bahagian depan saja bersih. Dengar rungutan, dulu 2org dn sorang supervisor ditugaskan menjaga satu kawasan. Sekarang satu orang yg sama terpaksa menjaga 3 kawasan!

    Contractor tak dibayar ke?

    ReplyDelete
  2. Saya tinggal di kawasan flat di Jalan Ampang. Lapur pada MPAJ dan Ahli Majlis berkenaan dengan sampah tak diurus sempurna telah mendapat tindak balas yang sungguh mengecewakan. Tanya ketua JKK rupa-rupanya kontraktor pengurusan sampah DIARAHKAN TIDAK MENGAMBIL SAMPAH YANG TIDAK DIBUANG DALAM TONG. SEDANGKAN TONG BARU DILETAKAN PADA pertengahan Mac 2015 dan sampah yang terbiar sengaja tidak dikutip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin MB Selangor terpaksa turun padang utk mengutip sampah yg diluar tong sampah itu. Ini semua untuk memberitahu kepada kontraktor yang terlibat bahawa yang di luar tong itu pun spesis sampah jugak. Tak mungkin yang diluar tong itu hiasan taman yang tidak bolih dikutip untuk di buang.

      Delete
  3. Syarikat yang mengeluarkan Ridsect patut rasa beruntung sebab mendapat publisiti percuma. Tetapi mereka semua patut bersyukur sebab dgn adanya nyamuk aedes barulah rakyat nampak bahawa MB Selangor dan kuncu-kuncu terpaksa turun padang untuk "berperang" dgn nyamuk didalam bas sekolah.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...