Konco-konco ku

Tuesday, October 27, 2015

PENIAGA BAZAR DEEPAVALI KLANG DIHALAU KERANA GANGGU LALULINTAS!!

Semenjak 15 tahun lalu sepanjang jalan Tengku Kelana, Klang menjadi tumpuan masyarakat India mendapatkan keperluan untuk menyambut pesta cahaya Deepavali.

Namun, perpindahan tapak perniagaan sementara itu dari Jalan Tengku Kelana ke Jalan Tingkat - selang satu lorong di belakangnya - mungkin menjadikan kemeriahannya sedikit muram.

Ini kerana peniaga di blok kedai Jalan Tingkat tidak senang dengan susun atur khemah peniaga bazar di situ.

Peniaga di blok itu mendakwa pembinaan tiga baris lorong bazar di depan kedai mereka mengganggu lalu lintas, sekali gus menjejaskan perniagaan.

"Tiga khemah bazar dipasang sepanjang laluan di sini sehingga kereta tidak boleh keluar masuk.

“Dan disebabkan perkara ini saya mengalami kerugian yang banyak," kata peruncit Samy Nantharajan.

Bazar Jalan Tingkat dijadual mula beroperasi hari ini sehingga 9 November antara 5 petang hingga jam 1 pagi.

Perayaan Deepavali disambut pada 10 November.

KERAJAAN NEGERI SELANGOR ROBOH GERAI MELAYU LAGI!!!

SEDIH? Sudah menjadi fenomena biasa di Selangor apabila ada orang Melayu berniaga pasti ada yang mengarahkan bahagian penguatkuasa PBT agar meroboh serta merampas barang perniagaan mereka.

ARAHAN? Ya! Arahan daripada mata-mata lalat yang tidak senang dengan transformasi baru orang Melayu yang hendak berjinak-jinak dengan perniagaan.

Gerai yang didirikan oleh penduduk sekitar kawasan Kampung Sungai Tangkas, Bangi ini dirobohkan oleh MPKj semalam kerana mendapat aduan daripada Ahli Majlis katanya mengganggu lalulintas.

Alasan mengganggu lalulintas memang dasar tak masuk akal. Kalau betul nak berlaku adil apa kata MPKj robohkan dan rampas sekali gerai-gerai milik Cina yang berada di sekitar kawasan Sungai Chua? Ada berani??

Opsss... mengikut arahan Ahli Majlis DAP, gerai orang Melayu WAJIB diroboh dan dirampas barangannya. Manakala gerai milik Indon dan Cina WAJIB dibiarkan walau sudah menggunakan suku jalan utama.

KEBAJIKAN?? Penghapusan etnik berlaku di Selangor.

Sampai bila kita nak tunggu dan lihat sahaja situasi ini?

Masih tak sedarkah lagi orang Melayu di Selangor???

PAS SEDIA BEKERJASAMA DENGAN BN - HADI AWANG

PAS melakukan kejutan dengan sedia bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara-perkara yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara tersebut adalah pendekatan terbaru yang diambil oleh parti Islam itu dengan menolak segala fahaman politik yang berbeza.

“Kita akan berjumpa dengan menteri tentang isu-isu rakyat, kita perlu berjumpa tak cukup hanya di Parlimen, apatah lagi ada menteri-menteri yang tak hadir ke Parlimen.

“Kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama dalam perkara yang tak baik, ini adalah pendekatan baru yang kita ambil,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Selasa yang disertai ahli-ahli parlimen PAS lain.

Menurutnya lagi, keputusan terbaru ini bukan satu tindakan berpatah balik (u-turn) namun lebih bersikap professional dengan semua pihak demi kepentingan rakyat.

“Kita adalah parti yang mempunyai pengalaman lebih jauh daripada parti lain, kita dah menyertai kerajaan campuran pada zaman 1970 an, 74 masuk BN, keluar balik.

“Kata kita tak akan bekerjasama dengan Barisan tu tak betul, kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama yang tak baik,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Mengulas lanjut, kerjasama yang dikatakan itu termasuklah bersama dengan parti pembangkang lain iaitu PKR, DAP dan PAS, namun menegaskan tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan.

“Kita bekerjasama dengan semua termasuk DAP, PKR dan PAS, cuma kita tak akan sertai Pakatan Harapan sebab kita tak ada harapan dengan harapan yang tak sampai destinasi, macam saya sebut tadi, nak pergi Kuantan ikut jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai,” sindirnya.

Katanya, PAS lebih selesa mengambil langkah untuk berdiri sendiri kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan sehingga parti lain menumpang pada kekuatan yang ada pada PAS.

“Bukan sahaja boleh bersendiri, malah dah lama kita bersendiri pun, banyak parti lain bergantung dengan parti kita, kita ada banyak cawangan, demo jalanan pun PAS tak sertai, ramai orang Islam tak hadir, kamu boleh saksikan, ini kekuatan yang ada pada kita.

BNBBC

#LANGKAHRAWANG : PAS MULA U-TURN, SOKONG GANTI MB SELANGOR!!


Pakatan Harapan telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh DAP, PKR dan AMANAH tanpa melibatkan PAS dalam pakatan mereka kali ini. 

Selepas perbalahan hebat yang berlaku antara PAS dan DAP serta kekalahan ketara ejen DAP dalam PAS semasa Muktamar Tahunan PAS yang lalu hingga menyebabkan tertubuhnya Gerakan Harapan Baru (GHB) dan seterusnya ditukar kepada Parti Amanah Negara (PAN). 

Dengan penolakan PAS dalam Pakatan Harapan, sepatutnya PAS Selangor mengambil langkah meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor agar tidak dianggap sebagai kambing hitam PKR. 

PAS Selangor jangan jadi HIPOKRIT sebab PAS Pusat telah pun membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP. 

Walhal dalam pentadbiran kerajaan Selangor ada melibatkan DAP dan PAS Selangor terus bekerjasama kerana takut hilang kuasa. 

Sampai bila PAS Selangor nak jadi BALACI DAP? 
Sampai bila PAS Selangor nak jadi HIPOKRIT?

TOL: AZMIN GAGAL KAWAL SYARIKAT KONSESI MILIK KERAJAAN SELANGOR!!


Kecoh pasal kadar tol yang naik. Beberapa syarikat konsesi lebuhraya di Selangor telah menaikkan kadar tol di semua kawasan sekitar negeri Selangor. 

Tanpa kita sedar yang sebenarnya pemegang saham dan Board of Director (BOD) salah satu syarikat konsesi lebuhraya adalah milik kerajaan negeri Selangor melalui Kumpulan Perangsang (KPSB) serta R. Sivarasa, Ahli Parlimen PKR Subang sebagai salah seorang pembuat keputusan. 

Kenapa kerajaan negeri Selangor tidak menggunakan wang simpanan berbillion ringgit yang disimpan oleh Azmin? Gunakanlah wang rizab itu untuk menampung kadar kenaikan harga tol. 

Jangan menuding jari kepada kerajaan persekutuan sahaja. 

Apabila Azmin juga bersetuju dengan kenaikan kadar tol yang dikatakan adil kenapa tidak ada seorang pun yang berbunyi? Kenapa jadi bisu? 

Janganlah sampi jadi 'gajah diseberang nampak, babi di sisi buat-buat tak nampak'.

Friday, October 23, 2015

#BAJET2016 BERI KEUTAMAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA #S14

Perdana Menteri mengetengahkan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi ekonomi Malaysia dalam persekitaran ekonomi global serba mencabar.

"Tahun ini, kita menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi kesejahteraan rakyat," kata Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan menjelang pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, petang Jumaat

Mengakui kejatuhan harga minyak dan gas telah menjejaskan pendapatan kerajaan, Najib yang juga Menteri Kewangan membangkitkan pelbagai langkah proaktif dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan impak berkenaan, khususnya mempelbagaikan ekonomi sejak dua tahun lepas.

"Kita melaksanakan dua perkara untuk meningkatkan daya tahan (ekonomi) iaitu pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta usaha rasionalisasi subsidi.

"Keputusan ini adalah penyelamat kita. Kutipan GST ternyata lebih tinggi daripada jangkaan berikutan tahap pematuhan yang tinggi dan mujurlah kita juga ada sumber-sumber lain serta mengamalkan perbelanjaan secara berhemat," ujarnya

Jelas Perdana Menteri, biarpun berlaku kejatuhan harga minyak serta persekitaran pasaran global yang mencabar, asas-asas ekonomi Malaysia sebaliknya kekal kukuh dengan pertumbuhannya dijangka antara 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini, tahap inflasi antara 2-2.5 peratus dan kadar pengangguran yang stabil.

Sehubungan itu, tegas Perdana Menteri, kerajaan berada pada kedudukan yang tepat untuk terus mengutamakan rakyat.

Ini termasuk memberi bantuan, terutamanya kepada kumpulan yang memerlukan bagi menangani peningkatan kos sara hidup; menyokong sektor swasta dengan dasar properniagaan serta memastikan pertumbuhan inklusif, meningkatkan pembangunan modal insan serta melonjakkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau.

"Saya ada rancangan dan ia (ternyata) membuahkan hasil. Saya tidak akan terganggu kerana kesannya amat serius jika rancangan ini tidak dijayakan.

"Bajet 2016 akan membuktikan bagaimana rancangan ini akan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia dan meneruskan langkah seterusnya untuk mencapai Wawasan 2020 dan status sebagai sebuah negara maju.

"Masa depan dan kebajikan semua rakyat Malaysia adalah keutamaan saya," tegas Perdana Menteri.

Wednesday, October 21, 2015

PAS HANYA BOLEH BERTANDING 4 NEGERI SAHAJA - KIT SIANG, DAP

BAGAIKAN kacang melupakan kulitnya. DAP nampaknya telah mengambil sikap terus menolak PAS daripada bertanding dalam PRU akan datang.

Jika dahulu mereka ditatang bagai minyak yang penuh sehinggakan sanggup PAS mengaku 'DAP lebih ISLAM daripada UMNO', kini segalanya berubah. PAS terus dihalau dan ditunjukkan jalan keluar oleh DAP kerana mereka sudah punyai parti baru sebagai wadah orang Melayu iaitu AMANAH.

Habis madu sepah dibuang, itulah yang boleh diibaratkan kepada PAS selepas DAP menolak penglibatan PAS dalam Parti Harapan kerana didakwa bertindak RASIS kerana hanya mementingkan HUDUD dan ISLAM sahaja.

Rupanya Mustafa Ali dah lama tahu tentang dendam DAP terhadap PAS. 

Masih ada lagi sisa dendam DAP kepada PAS yang mana satu masa dahulu mereka pernah bercakaran tentang undang-undang Islam yang dibentangkan namun tidak mendapat perkenan DAP.

Selepas bertahaluf siyasi dengan DAP akhirnya PAS baru terbuka mata untuk menolak kerjasama yang selama ini mereka jalinkan dalam Pakatan Rakyat setelah dapat menghidu talibarut DAP yang bertapak dalam PAS.

Tahniah DAP kerana berjaya memecahbelahkan orang Melayu dalam PAS.

PEGAWAI, PENGUATKUASA PBT SELANGOR TERIMA RASUAH RM60 RIBU DARI RUMAH URUT!!!

INI yang dinamakan 'harapkan pegar, pegar makan padi'. Berselindung disebalik baju penguatkuasa yang kononnya menjalankan tugas menghapuskan rumah urut sekitar Selangor, padahal sendiri terima suapan tinggi untuk meluluskan lesen rumah urut.

Wang dapat mengaburi mata manusia.

Lepas ni boleh lah Nik Nazmi buat kenyataan lagi bahawa Penguatkuasa PBT Selangor tak cukup duit kerana GST hingga sanggup terima RASUAH rumah urut.

__________________________________________________

PUTRAJAYA: Seramai 11 individu termasuk seorang pegawai bahagian pelesenan, direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan projek rumah urut di sekitar Selangor. 

Baki yang lain adalah sembilan pembantu penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seorang awam. 

Difahamkan, anggota PBT itu ditahan di pejabat mereka pada jam 9 pagi semalam manakala orang awam berkenaan di Selayang. 

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman menetapkan tempoh tahanan reman berkenaan ke atas semua individu terbabit. 

Mereka ditahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. - Berita Harian

Monday, October 19, 2015

SEMAKIN JELAS! MENTERI BESAR SELANGOR BAKAL BERTUKAR LAGI & LAGI!

RAWANG MOVE @ LANGKAH RAWANG ?

DUN Rawang Bakal Dikosongkan , Azmin Ali disingkirkan dari Kerusi MENTERI BESAR dan Dato Saifuddin Abdullah Bakal MENTERI BESAR Selangor yg Baru ??

Desas Desus semakin kencang bertiup dikalangan pemain politik PKR, malah ramai yg menyatakan ianya bukan khabar angin lagi,masakan pokok bergoyang jika tiada angin.

Ramai berkata Azmin Ali akan disingkirkan drpd kerusi Menteri Besar Selangor dan dikhabarkan usaha kearah itu semakin giat dirancang dan digerakkan

Mungkin kali ini PKR akan adakan Langkah Rawang atau Rawang Move,dipercayai ADUN Rawang akan mengosongkan kerusi itu bagi membolehkan diadakan semula PRK DUN Rawang utk memberi laluan kepada Dato Saifuddin Abdullah selaku Ayam Sabung PKR yg diperkatakan ramai bakal MB baru utk menyingkirkan Azmin Ali yg semakin ditolak ramai oleh pimpinan mahupun ahli PKR.

Jika benarlah desas desus tersebut,maka sekali lagi nasib rakyat diperjudikan akibat kerakusan politik PKR dan DAP sebagaimana mereka memperjudikan Kajang dulu.

Itulah politik yg sgt Kotor dan jijik yg diamalkan oleh Pakatan Cacar Marba,Semoga rakyat Selangor dpt membuat keputusan yg waras dan sudah tiba masanya utk kita hukum Pakatan Cacar Marba supaya tidak berbenih lg dibumi Selangor.

#HimpunanSelamatkanSelangor

Dato Markiman Kamsan
Pemerhati Politik & Pakar Motivasi

Thursday, October 15, 2015

DRAMA AZMIN!! BANTAH NAIK TOL, KERAJAAN SELANGOR BINA 5 TOL LAGI!! #STOPEKVE

DALAM rakyat Malaysia disibukkan dengan kenaikan kadar tol di seluruh negeri Selangor, Azmin sudah pun hampir siap projek lebuhraya East Klang Valley Expressway (EKVE) yang turut mengorbankan Hutan Simpan Negeri Selangor (rujuk sini: WWF Malaysia).

Kenapa tiada bantahan?? Oooo.. Sebab yang buat lebuhraya Azmin PKR, DAP jadi walau 10 toll yang dibuat masih dikatakan kebajikan untuk rakyat Selangor.

Azmin bakal membina 5 tol sepanjang lebuhraya EKVE yang merentasi Sungai Long, Hulu Langat, Ampang, Hulu Kelang dan berakhir di UIAM, Gombak.

Kenapa tiada bantahan? Kenapa tiada demo jalanan?

Ooooo... Azmin penegak hak rakyat! Tol yang bakal dibina adalah untuk kepentingan rakyat.

Ooooo... Hutan yang ditarah untuk bina lebuhraya yang mana projek tersebut diperolehi oleh kroni terbesarnya adalah untuk kesenangan rakyat. Bila hutan dah digondolkan, senanglah kroni DAP pulak dapat tanah buat perumahan yang harganya bermula RM500k dan ke atas.

Biarlah PKR yang buat salah, ASAL BUKAN UMNO.

Al-maklumlah pemimpin dalam Pakatan Harapan termasuk Kit Siang, Guan Eng semua maksum dari melakukan dosa. 

Mat Sabu peluk amoi pun dapat pahala.

Fikirkan.

Wednesday, October 14, 2015

DAP PANAS!! PAS, PERKASA SETUJU BEKERJASAMA UNTUK JATUHKAN DAP RASIS!!

AKHIRNYA PAS terbuka hati untuk menerima pelawaan daripada PERKASA untuk memperkasakan lagi ukhwah sesama muslim di Malaysia.

Secara sukarela PERKASA menerusi Presidennya Datuk Ibrahim Ali akan bertindak sebagai jambatan ukhwah untuk semua parti politik serta NGO Islam di Malaysia.

Ini termasuklah PAS dan juga UMNO.

Dalam waktu yang sama, DAP dan PAN dilihat sudah semakin menjauhi PAS kerana sanggup bekerjasama dengan PERKASA yang DAP gelar sebagai MELAYU RASIS satu masa dulu.

Jika perkara ini diteruskan sudah pasti DAP akan terkulat-kulat untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dalam PRU14 akan datang.

Seperti biasa, PAN menjadi kambing hitam DAP untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Hadi Awang yang dilihat DAP sebagai batu penghalang Pakatan Harapan merampas Malaysia.

InsyaAllah, hubungan ukhwah sesama Islam dan Melayu akan terjalin tidak lama lagi.

Sama-sama kita berdoa...

Tuesday, October 13, 2015

TERDESAK!! PARTI AMANAH GUNA NAMA ORANG UMNO/PAS SEBAGAI AHLI PENAJA!!

Parti AMANAH terdesak!!

Parti Amanah Negara - Sungai Besar terpaksa menggunakan nama ahli UMNO dan PAS yang tidak pernah dipersetujui untuk dimasukkan sebagai ahli dalam parti baru itu.

Seorang ahli UMNO yang juga AJK Puteri UMNO Bahagian Sungai Besar juga menjadi mangsa penipuan Parti Amanah apabila nama beliau digunakan dan diletakkan sebagai AJK Penaja Parti Amanah Negara Cabang Sungai Besar.

Ketika dihubungi, ternyata beliau terperangkap dengan permainan saudara beliau sendiri.

Rupanya, semasa mesyuarat penaja AMANAH buat pertama kali, mereka diberitahu bahawa parti serpihan PAS ini ingin mengadakan mesyuarat penubuhan koperasi namun hakikatnya adalah penubuhan parti AMANAH cabang Sungai Besar.

Maka tidak semena-mena semua hadirin yang tertipu telah dimasukkan sebagai ahli AMANAH.

Punyalah terdesak sampai macam tu sekali.... 

‪#‎AMANAHtakAMANAH‬

Wednesday, October 7, 2015

TAMPAR ORANG CINA!! SAYA TAKKAN MINTA MAAF!! - TAJUDDIN RAHMAN

BARU kena cuit sikit punya bising Cina-Cina Malaysia tentang kenyataan SPIN daripada MalaysiaKini beberapa hari lepas ketika menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan portal tersebut.

Ketika menjawap soalan yang dilemparkan oleh wartawan berkenaan dengan kaum Cina Malaysia yang meminta perlindungan daripada Kedutaan China, Tajuddin telah menafikan yang beliau ada mengeluarkan kenyataan LEMPANG atau TAMPAR semasa sesi soal jawab.

Namun seperti biasa, dasar MALAYSIAKINI punya perangai adu domba dan batu api. Habis dicanangnya satu dunia tentang kenyataan FITNAH daripada Timbalan Menteri Pertanian ini.

Maka, terlompat-lompatlah pemimpin Cina terutama daripada DAP dan MCA yang cuba untuk menjadi HERO mempertahankan kaum masing-masing.

Walau telah dinafikan banyak kali oleh Tajuddin, mereka terus-terusan menyerang tanpa berhenti hingga mendesak Tajuddin memohon maaf, WALAU bukannya perkataan tersebut keluar daripada beliau sendiri.

Inilah perangai kaum-kaum ini. Kita dapat lihat dan dapat nilai. 

Adakah dengan ayat TAMPAR mereka tergugat sebagai warganegara Malaysia?

Atau dah tak sabar nak pindah ke negara China?

Fikir dan nilai...

Monday, October 5, 2015

SUHAIZAN KAYAT 'PAN' CADANG PAS TIDAK BERTANDING PRU-14 KERANA LEMAH!!

WAH! Sudah berani ini Suhaizan yang dibuang dari Dewan Pemuda PAS menghalang supaya PAS tidak bertanding dalam PRU14 kerana PAS dijangka akan kalah kerana tiada kekuatan daripada DAP.

Berdasarkan status FB yang dimuatnaik oleh SU Organisasi Amanah ini, PAS risau dengan pertandingan 3 penjuru antara PAS, PAN, dan BN.

Lalu, Suhaizan mencadangkan agar parti yang berpotensi untuk menang kerana ada sokongan semua kaum (PAN) akan menang manakal jika PAS masuk bertanding maka PAS sebenarnya parti yang memberi kemenangan kepada BN.

Jadi, apa tindakan PAS?

Adakah masih lagi mahu bertanding? hehehehe

Parti Amanah Nasional Tanah Air Tercinta

Friday, October 2, 2015

SELEPAS DILARANG GUNA SPEAKER MASJID, PAS TERUS JADI MANGSA DAP!! #ONLYINPENANG

SELEPAS Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh kafir harbi DAP yang melarang segala aktiviti keagamaan di dalam masjid dan surau menggunakan pembesar suara, DAP terus berubah menjadi kerajaan negeri pertama yang zalim terhadap agama Islam dengan menghentikan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat milik ahli PAS.

Ini berikutan PAS yang enggan menyertai Parti Harapan yang turut dianggotai oleh parti serpihan PAS, AMANAH.

Punya licik permainan DAP. Apabila belum dapat kuasa habis semua dipujuknya untuk menyokong mereka. Apabila sudah mendapat kuasa, habis semua ditendang keluar.

Menangislah Melayu Melayu Penang yang menharapkan konon pentadbiran lebih baik daripada Barisan Nasional sebelum ini.

Rupanya lebih teruk dan dahsyat suntikan jarum Yahudi oleh DAP sejak memerintah.

Menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi hanya menhitung hari menunggu masa untuk pilihanraya umum ke 14 akan datang.

Apa yang penting desakan demi desakan terus dibuat samada daripada DAP dan PKR yang mahukan jawatan yang dipegang oleh pemimpin PAS diperingkat pusat dan negeri dilepaskan dengan terhormat.

Bak kata pepataha Melayu.

"HABIS MADU SEPAH DIBUANG"

Wednesday, September 30, 2015

HARGA RUNCIT PETROL DAN DIESEL NAIK 10 SEN OKTOBER 2015

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel bagi Oktober 2015 masing-masing naik 10 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Ini menjadikan harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter manakala diesel RM1.90 seliter.

Sumber: Pengusaha stesen minyak

#DEIG SAMAN FAEKAH ATAS PERSOALAN YANG GAGAL DIJAWAB AZMIN

Mantan CEO MBI yang juga bekas Setiausaha Politik kepada mantan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kini bertugas sebagai Penyelaras parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang Cik Puan Faekah Husin telah menerima surat notis bertarikh 25hb September 2015 dari Tetuan Abu Bakar & Yong peguam dikatakan mewakili Menteri Besar Selangor (MBI), Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan COO DEIG Soffan Affendi Aminuddin mengenai suatu artikel yang disiarkan oleh NST bertajuk " WHY NO STATE OFFICIALS IN DEIG" pada pandangan anak guam mereka sebagai kenyataan fitnah yang merosakkan reputasi dan nama baik yang terlibat.

Antara lain Faekah dituduh mencemarkan nama DEIG mengamalkan rasuah dan tidak amanah ... DEIG dituduh akan menyalahgunakan aset Kerajaan Negeri Selangor .. DEIG dituduh terlibat dalam urus niaga dan transaksi yang meragui ... COO Soffan Affendi Aminuddin  sebagai tidak amanah, jujur dan mengamalkan rasuah dan akan gunakan kedudukkannya untuk menyalah guna aset Kerajaan Negeri Selangor dengan amalan transaksi mencurigai dan amalan rasuah .....

Apakah benar sepertimana yang diperkatakan oleh peguam DEIG tersebut? ... Bukankah Faekah Husin hanya meminta Azmin dan DEIG memberikan jawapan dari pelbagai soalan yang di bangkitkan pada hemat beliau amat perlu diberikan penjelasan agar rakyat mendapatkan pencerahan demi kebenaran.





PAS PERTIMBANG KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR

PANAS! PAS menerusi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr. Hj. Mahfodz Mohamed akan membawa usul untuk PAS keluar daripada kerajaan Selangor pimpinan Azmin (PKR) ke dalam mesyuarat jawatankuasa politik PAS tidak lama lagi.

Ini berikutan penubuhan Pakatan Harapan yang tiada PAS di dalam jawatankuasa tersebut. Memetik laporan daripada KLXPress (rujuk SINI) mendakwa PKR terus mengenepikan PAS dalam segala hal dan PAS tidak akan bertahaluf siyasi lagi dengan DAP dan AMANAH kerana didakwa mengkhianati perjuangan PR sebelum ini.

Sementara ini Mesyuarat Agong Tahunan Cabang Sungai Besar (rujuk SINI) pada Ahad lepas menggesa usul supaya PAS berundur daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor memandangkan PAS tidak mahu melibatkan diri dalam Pakatan Harapan yang turut disertai oleh DAP dan AMANAH.

MAKA, secara tidak langsung PAS akan terus mendesak agar PAS Selangor menuruti keputusan yang bakal dikemukakan dalam mesyuarat politik PAS pusat akan datang.

Oleh itu, kita dapat lihat bagaimana PKR bergerak tanpa bantuan PAS.


Tuesday, September 29, 2015

CATATAN DARI BELAKANG TIRAI BESI - DR. KHIR TOYO

Catatan Di Belakang Tirai Besi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup?

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya.

The Sun

16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor.

26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.

Dr Mohamad Khir Toyo

MENANTI HARI ESOK, SEMOGA DR. KHIR TOYO TABAH!!!

PUTRAJAYA –  Adakah bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo akan lepaskan dan diperintahkan supaya menjalani program khidmat masyarakat sebagai menggantikan hukuman penjara?

Persoalan ini akan terjawab esok apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman ke atas Dr Mohamad Khir, 50.

Mahkamah dijangka membuat keputusan itu pada 1.30 tengah hari.

Pada 22 Sept, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengekalkan sabitan terhadap Dr Mohamad Khir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman kepada 29 Sept.

Dr Mohamad Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.

Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Dis 2004.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selasa lepas, semasa merayu agar hukuman diringankan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Mohamad Khir, memohon mahkamah supaya tidak menjatuhi hukuman penjara terhadap anak guamnya, sebaliknya mengenakan denda atau memerintahkannya supaya melaksanakan program khidmat masyarakat.

Muhammad Shafee memperjelaskan bahawa anak guamnya memberi jaminan bahawa beliau bersedia untuk melaksanakan khidmat masyarakat bagi tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah dengan memberi perkhidmatan pergigian percuma kepada penduduk miskin.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar pula berkata program khidmat masyarakat tidak sesuai bagi kesalahan seperti itu.

Ini kali pertama program khidmat masyarakat dicadangkan sebagai menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan seperti itu.

— BERNAMA