Konco-konco ku

Thursday, July 26, 2018

#PRKSGKANDIS : MASA UNTUK BERI ISYARAT JANJI 100 HARI

BARU berkesempatan untuk menulis. PRK Sungai Kandis hampir menuju ke penghujung untuk berkempen. Berbaki seminggu lagi untuk terus menabur janji dan harapan kepada pengundi di dalam DUN Sungai Kandis terutama dari pihak kerajaan PH dan pembangkang BN.

Calon PKR yang merupakan anak tempatan dilihat menjadi kekuatan utama dalam memenangi pertandingan 3 penjuru ini berbanding calon BN yang menampilkan orang luar iaitu Lokman Adam.

Menarik, Lokman Adam juga merupakan hasil didikan PKR zaman reformasi dan memulakan tapaknya di Shah Alam. Seorang yang lantang dan nescaya mempunyai sedikit kelebihan di kalangan orang Melayu di sana.

Namun semua itu hanyalah pertandingan memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor. 

Dengan hanya 5 orang pembangkang (4 BN, 1 PAS) di Dewan Undangan Negeri Selangor dilihat kerajaan Selangor mempunyai kelebihan yang amat besar dalam mengawal negeri mereka.

Saranan supaya ahli PAS menyokong calon BN amat bersesuaian apabila Selangor perlukan pembangkang yang kuat demi untuk menegur kerajaan Selangor yang mungkin akan tergelincir dari matlamat asal untuk memakmurkan ekonomi rakyat Selangor.

Selamat berkempen dan selamat berjuang.

3 comments:

  1. Benci orang PAS kepada UMNO melebihi kepentingan ISLAM.
    Mereka tidak akan mengundi UMNO selagi mereka tidak melepaskan EGO mereka.

    ReplyDelete
  2. Kenapa Bila dikaitkan dgn UMNO , PAS cpt2 melenting??? . Buang ego. Dulu PUNYA cerita lain. Skrg lain. Dgn DAP , dulu boleh kamcing. Ekeke.

    ReplyDelete
  3. PRK sg kandis bukan sahaja sebagai isyarat terhadap janji 100 hari.. tetapi yg utamanya ialah isyarat agar pakartoon hanceng jangan cuba-cuba nak gugat Islam dan Melayu.

    ReplyDelete

comment please.....