Konco-konco ku

Monday, July 30, 2018

ULTRA KIASU TIDAK LAYAK MEMIMPIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Tersangat sedih mendengar apabila pemimpin ultra kiasu yang bertanggungjawab dalam menentukan masa depan pendidikan negara berkata minggu lalu bahawa, syarat lulus mata pelajaran sejarah tidak akan dimasukkan dalam pengiktirafan UEC selaras dengan manifesto PH yang mewajibkan hanya mata pelajaran Bahasa Melayu perlu mendapat kredit (kepujian). Mana lebih penting antara manifesto PH dengan pembinaan negara bangsa? Naif sungguh apabila ada pemimpin lebih mementingkan manifesto daripada masa depan negara.

Lebih naif lagi jika keluar dalam kalangan mereka dilantik menjaga Kementerian Pendidikan. Subjek sejarah yang amat besar ertinya kepada rakyat Malaysia, mahu dilupakan begitu sahaja hanya kerana mahukan pengiktirafan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang lebih bersifat minoriti. Jika sejarah negara sudah dilupakan, apa lagi yang tinggal? Cuba tanya ultra kiasu terdiri, sejarah diri dia dan sejarah parti dia, penting atau tidak? Bila dilahirkan, di mana, masa bila dan macam-macam lagi.

Berulang kali PM telah katakan, manifestonya bukan kitab suci. Tidak semestinya dipatuhi. Ketika dirangka dahulu, tidak terjangkau atau tidak terfikir akan rasionalnya, kerana emosi menguasai. Justeru, jangan terlalu obsess. Banyak isu yang lebih besar lagi yang perlu difikirkan. Kenapa Menteri dan timbalan Menteri serta pemimpin NGO Cina, dalam kepala otak mereka hanya ada Cina, Cina dan Cina. Mereka selalu berkata, kita semua ini adalah Malaysian. Maka, berfikirlah secara Malaysian. Jika tidak, jangan salahkan orang Melayu jika mereka terlebih obsess pasal, Melayu, Melayu dan Melayu termasuk ketuanan Melayu. Sejarah membuktikan Melayu adalah tuan (penduduk asal) bumi bertuah ini. Justeru, saya tidak hairan, orang Melayu terlebih Melayu. Yang menjadi kebimbangan apabila orang Cina terlebih Cina dalam sebuah negara berasaskan sistem kenegaraan Melayu.

Apakah kita sengaja lupa bahawa negara ini asalnya  bernama Tanah Melayu, terletak di Kepulauan Melayu atau Malay Archipelago? Sejarah asal usul Melayu sudah termaktub dalam sejarah dunia sebagaimana sejarah Tanah Besar China dan India. Justeru, jangan diungkit lagi. Kejahilan ini berlaku disebabkan oleh buta sejarah. Sebab itu, suka atau tidak, mahu tidak mahu, subjek sejarah mesti diwajibkan dan wajib lulus (kredit) dalam semua sekolah beroperasi di negara ini, agar yang buta tidak terus buta. Jika tidak mahu patuh, sila cari sekolah di negara lain, yang mengecualikan subjek sejarah ini.

Berbalik kepada desakan ultra kiasu mahukan SPMC mahu setanding dengan sekolah arus perdana dan dikecualikan subjek sejarah, sejarawan negara Khoo Kay Kim berkata, subjek tersebut perlu ada dalam setiap peperiksaan ataupun sijil bagi memastikan rakyat tidak lupa sejarah penting yang pernah berlaku di negara ini. Pakar sejarah tersebut turut mengirim soalan sejarah untuk dijawab oleh timbalan Menteri ultra kiasu tersebut yang saya yakin beliau tidak akan dapat menjawabnya.  Soalan berkaitan kenapa gelaran Raja Selangor tidak digunakan sebaliknya Sultan Selangor. Melopong. Ultra kiasu tidak tahu semua ini. Mereka hanya hadam sejarah partinya sahaja yang bersifat ultra kiasu.

Sejak dulu lagi menjadi kebimbangan kepada saya apabila ultra kiasu memerintah. Mereka tidak mahu atau tidak pentingkan sejarah. Lebih malang lagi, jika mereka terdiri dalam kalangan ahli parlimen dan berjawatan Menteri atau timbalan. Ingin juga saya kirimkan soalan seperti Khoo Kay Kim, ultra kiasu itu tahu atau tidak sejarah parlimen dan sejarah di pilihan raya di Malaysia? Saya yakin, ultra kiasu ini tidak dapat menjawabnya kerana mereka hanya obsess sejarah China sahaja.

Saya fikir, mereka tidak layak bergelar ahli parlimen atau bergelar menteri jika mengatakan bahawa sejarah itu tidak penting, dan tidak perlu diwajibkan kepada sekolah, terutama SPMC. Setelah saya membuat sedikit kajian mengenai silibus sibjek sejarah di SPMC, ternyata dan terbukti, bahawa subjek sejarah di SPMC begitu menekankan sejarah negara China daripada negara Malaysia sendiri, tempat lahirnya nenek moyang mereka. Jika begitulah keadaan, saya cadangkan mereka ini baliklah ke negara China, untuk belajar sejarah China dan sejarah kenapa dan mengapa sistem beraja China pupus dan digantikan dengan sistem komunis. Lepas itu, bila dah hadam, baliklah semula di negara bertuah ini, untuk mengetahui betapa bertuahnya kita hidup di negara tercinta ini.

Menteri Pendidikan benar apabila berkata pada 26 Julai lalu, bahawa KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional. Saya sangat sanjung tinggi jawapan ini. Selaras dengan perlembagaan.

Malangnya, beberapa jam selepas itu, ultra kiasu bersatu hati, mengecam dan menyeroyok Menteri Pendidikan atas kenyataannya itu. Mereka turut menyarankan kepada PM agar menukar Menteri Pendidikan kerana sudah melencong daripada Manifesto PH yang mengiktiraf UEC (SPMC). 

Tidak lama selepas itu, Menteri Pendidikan serta merta menarik balik kenyataan dan terus berkata KPM akan membiayai SMPC seperti sekolah arus perdana yang lain. Ingin saya tegaskan, tidak ada dalam mana-mana peruntukan dan undang-undang negara ini mengatakan kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membiayai sekolah persendirian (swasta).

Dalam kenyataan sama, ultra kiasu yang merupakan ADUN Bercham, berkata ramai ibu bapa daripada kaum Melayu dan India menghantar anak-anak mereka ke SMPC, manakala UEC diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa. Saya cabar ultra kiasu ini, tunjukkan statistik kepada saya berapa ramai orang Melayu di SPMC? Seperti yang saya sebut minggu lalu, bilangan orang Melayu di SPMC teramat kecil. Mungkin dalam lingkungan 10 orang. SPMC tidak boleh disamakan sama sekali dengan SJKC. Hampir mustahil untuk pelajar Melayu di SJKC melanjutkan pelajaran ke SMPC. Jika adapun, mereka lebih memilih SMJKC. Tidak usahlah menipu wahai ultra kiasu.

Tanpa bantuan kerajaan selama ini, SPMC tetap gah dan mewah. Jutawan-jutawan Cina pakat-pakat membantu sekolah ini, sama seperti mereka membantu SJKC meskipun SJKC dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya. Pergilah melihat prasana di SJKC dan SMJKC, bandingkan dengan sekolah aliran arus perdana.

Saya beri satu contoh yang sangat jelas betapa ketinggalannya sekolah aliran kebangsaan dengan  sekolah Cina. Misalnya, SJKC Pei Yu, sekolah bantuan penuh kerajaan. SJKC ini terletak sekitar kawasan Bertam, berhampiran Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas.

Berdekatan SJKC Pei Yu, paling kurang terdapat tujuh buah sekolah iaitu, SK Hashim Awang, SMK Dato Haji Abdul Kadir, SJKT Palaniandy, SMK Dato Hj Ahmad Badawi, SK Sheikh Abdullah Fahim, SMK Bertam Perdana, dan SMK Bertam Indah. Kesemua sekolah ini tidak ada dewan yang begitu canggih dengan segala kelengkapan seperti dewan SJKC Pei Yu. SJKC ini mendapat peruntukan khas membina dewan tertutup serba canggih bernilai lebih RM3 juta. SJKC ini jauh lebih gah daripada sekolah bantuan penuh kerajaan di sekelilingnya, meskipun kawasan tersebut di bawah bekas PM sebelum ini, Pak Lah.  Hanya kerana ada nama SJKC, menjadikan ia sangat istimewa.

Sekolah lain bersebelahan yang  ingin menggunakan dewan tersebut akan dikenakan sewa. Begitulah hebatnya ultra kiasu bersatu hati dalam pembangunan pendidikan anak bangsanya. Bayangkan jika kerajaan terus menyalurkan dana dan memberikan bantuan sepenuhnya. Sudah tentu sekolah-sekolah Cina ini akan menjadi sekolah mewah, penuh segala kelengkapan, meninggalkan sekolah aliran kebangsaan, termasuk sekolah berasrama penuh.  Jangan ada yang membandingkan dengan sekolah agama. Pasti akan mengalir air mata.

Umum mengetahui bahawa ekonomi negara ini dikuasai oleh orang Cina. Kekayaan yang dimiliki turut memperkayakan NGO-NGO mereka. Jika tidak masakan NGO-NGO mereka boleh membina dan memiliki bangunan sendiri. Jika tidak pergilah menejeling akaun-akaun persatuan PIBG SJKC, SMJKC, SMPC, Hua Zong, Dong Zong, Dong Jiao Zong dan lain-lain.  

Jangan pergi jauh, cuba lihat bangunan Persatuan Cina, Hua Zong, Serdang, tepi lebuh raya Utara Selatan, 20 tingkat. Di situ juga menempatkan Kolej Persendirian Cina. Ini tidak termasuk Sekolah Persendirian Cina di bangunan Minlon terletak berdekatan. Sebelum PRU14, bekas PM, Najib Razak telah meluluskan hampir dua ekar tanah kepada SMPC Choong Hwa, Sentul bagi tujuan membina Kompleks Sukan sekolah tersebut. Tidak lama lagi kompleks sukan tersebut akan berdiri megah. Dari manakah mereka mendapat sumber kewangan yang begitu banyak untuk membina kompleks sukan tersebut? Sila baca artikel saya sebelum ini di sini,   https://www.ismaweb.net/2018/04/23/bagilah-lagi-apa-yang-cina-mahu/

Saya cadangkan Menteri Pendidikan, memberikan saya dana untuk membuat penyelidikan khusus mengenai sekolah Cina di Malaysia, terutama SPMC dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Saya juga memohon dana untuk membuat kajian ke atas lima buah Sekolah Wawasan yang telah dibina di Pekan Baru, Parit Buntar, Taman Aman, Alor Setar, Tasik Permai, Pulau Pinang, USJ 15, Subang Jaya dan Pundut, Sri Manjung. Kenapa dan mengapa idea sekolah yang sangat baik konsep yang dibina ketika zaman PM Tun Mahathir, tidak menarik perhatian orang Cina. Kenapa orang Cina mahu menjadi secina-cinanya, langsung tidak boleh dicairkan walaupun sedikit.

Ingatlah kata-kata Pakar Perlembagaan, Prof Dr. Saleem Shad Faruqi, perlembagaan hanya membenarkan HAK BELAJAR BAHASA IBUNDA, BUKANNYA HAK BELAJAR DALAM BAHASA IBUNDA. Masih tidak faham? Rakyat Malaysia berhak menyaman kerajaan jika kerajaan bertindak di luar batasan undang-undang, termasuk menyalurkan wang rakyat untuk membantu Sekolah Persendirian yang tidak termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan. Saya tidak hanya merujuk kepada kerajaan hari ini, malahan kepada kerajaan sebelum ini yang sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat di luar rangka perlembagaan dan undang-undang.  

2 comments:

comment please.....