Konco-konco ku

Thursday, July 5, 2018

PELAKON ELLIE SURIATI BAKAL DIDAKWA, CETUS KEKECOHAN DI MAHKAMAH

Pelakon dan pengarah filem terkenal, Ellie Suriati Omar yang hadir di Mahkamah Kuala Lumpur sebagai penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan keadaan di mahkamah berkenaan bertukar kecoh.

Ellie antara puluhan penyokong Najib yang melaungkan perkataan hidup Melayu dan bahasa Melayu berulang kali sebelum sidang media Peguam Negara, Tommy Thomas.

Sorakan kuat yang bergema di lobi mahkamah menyebabkan sidang akhbar Tommy terganggu dan terpaksa dipindahkan ke luar Mahkamah Tinggi Jenayah 3.

“AG nak cakap bahasa Inggeris (tapi) saya nak dengar dia cakap bahasa Melayu. Dia kan AG jadi kenalah berbahasa Malaysia. Tapi dia (nak) cakap Inggeris sebab tu lah semua jerit bahasa Melayu, bahasa Melayu.

“Jadi mungkin saya cakap kuat tapi mungkin polis tu lihat saya semangat ke, pada saya simple. AG kena berupaya berbahasa kebangsaan.

Tak buat provokasi, kekecohan

“Saya tak buat provokasi tapi AG berdiri jauh dari tempat saya berdiri, mungkinlah saya cakap kuat, macam mana nak dengar, tadi saya cakap bahasa kebangsaan, bahasa Malaysia. Bila kita desak dia, dia belah (pergi),” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang hari ini, anggota polis akhirnya berjaya memujuk kira-kira 50 penyokong Umno itu supaya meninggalkan kawasan berkenaan.

Polis dikatakan memberi amaran berhubung kejadian itu. Ellie dikatakan merupakan salah seorang yang diberikan amaran berkenaan.

Sementara itu, Ellie tidak gentar sekiranya tindakan diambil ke atasnya kerana bukan beliau yang memulakan kekecohan.

“Kenapa pula nak ambil tindakan pada saya, kan kita ramai. Bukan saya mulakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...