Konco-konco ku

Saturday, May 12, 2018

TAHNIAH PAKATAN HARAPAN! SEMOGA TERUS MEMBANGUNKAN MALAYSIA #MalaysiaBaru

PERTAMA-tamanya syukur ke hadrat Ilahi peperangan sengit PRU14 telah pun tamat. Maklum sudah tahu akan pemenangnya. YAB Tun Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan barisan kabinetnya telah pun diumumkan.

Maka, hanya tinggal 2 buah negeri sahaja yang Barisan Nasional perintah (Pahang, Perlis). Kita dapat lihat Barisan Nasional terus dibelasah oleh Pakatan Harapan dengan hampir kebanyakan bekas Menteri Kabinet DS Najib Tun Razak tersungkur layu di tangan pesaing dari Pakatan Harapan.

Ternyata Tun Mahathir masih mempunyai auranya yang tersendiri. 

Selepas dua hari mendiamkan diri, kini kembali hanya untuk ucapan TAHNIAH!

Tahniah juga kepada YAB DS Dr. Wan Azizah (Timb. Perdana Menteri), YB TS Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), YB Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan) dan YB Lim Guan Eng (Menteri Kewangan).

InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kita bertempur lagi dalam kempen PRU15 akan datang.

Jadinya, sebagai pengendali laman blog Jawa Bernam yang telah diwujudkan semenjak sebelum PRU13 lagi, saya perlu juga meneruskan kehidupan dan teruskan mencari rezeki untuk keluarga.

Politik matang. Saya terima kekalahan ini dengan maruah, saya menerima kalian sebagai sebuah kerajaan Malaysia yang bakal membawa negara tercinta ini terus ke persada dunia.

Selamat Maju Jaya!

10 comments:

  1. Akur tidak akur... segalanya sudah menjadi ketentuanNya... apapun jauh disudut hati sudah terdetik rasa sangsi... pertama Tun sudah memulakan langkah kuku beai... bezanya kali ni dilunakan dengan Counsil of Elders a.k.a Counsil of leaders... (ikut sifir pengikut PH) . Keduanya... sudah nampak bibit ketidak saksamanya gabungan ini... mudah kata tidak seiya dan tidak sekata... dan ketiga... seawal2 pendekatan... kelihatan PH agak caca marba... hatta dalam bab perlantikan anggota kabinet... boleh ada fasa2 pulak... umumkan 3 dan simpan 7 yang lain.... begitulah juga timbalan2nya. Apa yang lambat sangat? Kalau bukan tak seiya dan sekata. Hendak tutup lubang, ketidak tentuan kerajaan negeri si sabah dijadikan alasan.
    Bak kata Jawa bernam... kita doakan keselamatan dan kestabilan negara.... nak tak nak kiat kena tunggu 5 tahun lagi untuk mengubah sambil menonton lakonan penuh hipokrasi PH

    P/s : UMNO /BN... dan PAS bersedialah dari swkarang untuk lakukan sesuatu... kerana PAKATAN ini tersangat lemah dan caca marba.

    ReplyDelete
  2. Tungu janji manis mu tidak tertunai..org muda yg marak kan najib..naik kn ph..mereka juga akan humban ph balik
    .tungguuu

    ReplyDelete
  3. Tak perlu taksub sgt orang muda, bukan kamu sahaja yang mengundi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruan... sila selidik sratistik pru kali ini... untuk pengetahuan tuan undi warga muda adalah sekitar 45-48% dan daripada keseluruhan undi pada hari tersebut... PH hanya menguasai kurang dari 44%.... so pembangkag jika di campurkan
      .... agak2nya ????

      Delete
    2. Phoenix bangkit,

      Pd pru 13 lalu, umno @ bn tewas undi popular..! Tp still umno @ bn memerintah.. Ko rasa..????

      Maka, ulasan ko seperti analisa atas tu, aku cuma nak cakap cukup lar bro..!

      Kekalahan umno @ bn pada kali ini dgn jelas menunjukkan betapa dangkal nya kebanyakan analisis pemimpin dan cybertrooper umno @ bn lakukan selama ini..!

      Rakyat dah bsuara byk sangat.. Letih dah! Tapi pemimpin umno @ bn sentiasa berada di dalam "denial state"..! Itu mslh umno @ bn..!

      Anyway, kita akui pakatan harapan menang pun bukan 100% dari penyokong tegar mereka sendiri..! Yg atas pagar pun ada dan pendirian mereka itu mmg sentiasa berubah2! Tetapi penyokong tegar umno @ bn sendiri pun ada sokong!

      So kita terima realiti itu..!

      Dan skrg masa utk umno @ bn utk membuat pembaharuan! lakukan dgn cepat dan drastik proses pembersihan dgn menyingkirkan kesemua mereka yg didapati tdk lagi memimpin demi islam, melayu dan negara!

      Sekarang umno jgn taksub lagi pada pemimpin! Jgn taat membabi buta pd setiap masa! Umno @ bn perlu bsuara! Tetapi jgn pula setiap masa bcakaran sesama sendiri!

      Lakukan lebih kerap kenyataan minta maaf kpd rakyat malaysia..!

      Kemudian, selami hati rakyat dan terangkan kpd mereka isu2 apa yg umno @ bn nak buat utk rakyat..! Walaupun tak memerintah kerajaan pusat lg..! Khidmat bakti korang masih lagi boleh disumbangkan utk rakyat jelata!

      Pastu terangkan juga dan tunjukkan bukti yg umno akan sentiasa jd pembangkang yg baik kpd kerajaan buat masa ini demi mewakili rakyat dlm mempertahankan islam, melayu dan negara! Pd masa sama hak kaum lain tidak disisihkan!

      Pastu dgn perlahan2 dulu.. masa puasa nanti umno perlu giat aktif buat ceramah keagamaan!

      Dan masa hari raya nanti beramah mesra lah dgn penduduk..

      Org bandar susah nk bentuk.. Hati keras! Mulakan dgn penduduk kampung dulu..!

      Dan pada sama perlahan2 dan konsisten menegur kerajaan akan setiap kelemahan yg mereka telah lakukan demi pertahankan islam, melayu dan negara!! Ingat! Hak kaum lain jgn disisihkan! Tp perlu hati2, jgn terlalu membangkang! Rakyat pun tak suka.. Yg betul kita setuju, yg tak betul kita tegur!

      Umno @ bn perlu bangkit! Korang boleh! Tp jgn bongkak dan sombong dlm buat kenyataan seperti sebelum2 ni yg korang lakukan!

      SETERUSNYA JANGAN SESEKALI LAKUKAN FITNAH! JANGAN RISAU, ALLAH AKAN SENTIASA MEMBANTU JIKA KITA BERADA PADA LANDASAN YG BETUL!!

      FOR BETTER NATION!! MALAYSIA BOLEH!!!



      Delete
  4. Umno harus dan wajib berfikir laju diluar kotak..

    Cari dan rekkrut 'budak2' baru lepasan MCKK/TKC n MRSM atau graduate2 drp Havards Oxford Camrbradge @ dari lokal2 universiti yg memiliki MERIT-IQ 1st Class tertinggi utk berubah..

    Perubahan yg trjd skrg memerlukan kekuatan MINDA yg 'terbilang' utk berhujah berdebat berstrategi mengatur rancangan yg bnar2 TEPAT HALUS EFISYEN serta bnar2 BERKESAN n bukan lg mnggunakan kekuatan samseng2 jalanan yg sado bersilat n berkuntau dgn retorika2 prajudis trhdp kaum bangsa n agama..

    Umno harus memiliki bakat2 muda yg LEBIH baik MERIT-IQ nya yg dpt menyaingi serta mengalahkan individu2 sprt Syed Sadiq n Rafizi Ramli yg kini berada n mnjd tunjang anak muda ddlm pakatan harapan..

    Jgn biarkan lg Jamal tongkol papagomo dll mnjd icon atau idola sprt yg sudah2..mrk ini SPM pangkat 3 pon mungkin tak lepas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politik kan kotor..klu clean mmg tewas..sbb org melayu mmg itu makanan dia dr azali lg..dosa pahala tidak nampak di dunia..yg akan nampak dan menyedar kan mereka bila party yg mereka sanjung sendiri akan mengabaikan mereka..dan mereka lah yg akan mengguling kn partu mereka seperti bn.

      Delete
  5. Org2 umno dan pemimpin2 umno WAJIB selalu bercakap:

    -JANGAN mark-UP projek, itu rasuah, duit negara itu duit rakyat!

    -JANGAN sesekali menipu, dunia internet ini, sgl2nya cepat trlondeh!

    -JANGAN sesekali guna isu lapuk bangsa dan agama utk ugut serta menakut2!

    -JANGAN bodek jilat pemimpin, krn pemimpin2 yg BODOH jer yg suka di make-up dan dijilat2!

    -JANGAN rasuah w.pun SATU'sen', krn sbb bermula drp SATU'sen' itu mnjd barah berbillion2 yg tak mmpu dibendung lg!!


    SEBALIKnya utk berjaya bangkit semula, bercakaplah:

    1) Soal kejujuran keikhlasan pd tahap yg tertinggi skali!

    2) Soal INTEGRITY/amanah keterbukaan telus TEMBUS/transparency to d core!

    3) Soal MERIT-IQ n bakat "terhebat" yg wajib digali dgn keluhuran yg asli!

    4) Soal berJIWA besar, bukan mcm 'budak2' yg kemaruk pangkat habuan jwtan n glamor tapi hangguk BODOH kaki tipu kuat bodek badan sado SAMSENG jalanan yg tak tau buat kerja, hu hu..


    Carilah bakat2 MERIT-IQ, d elegance-MIND yg lebih hebat drp Syed Sadiq n Rafizi Ramli utk mnjd pelapis2 baru NOW n right NOW ddlm umno skrg juga! yes! SEKARANG!!

    Insy'ALLAH umno akan berubah berjaya dan cemerlang lg dihormati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Umno perlu revamp. Org seperti Zahid, Jamal dan seangkatannya perlu di tolak tepi.
      Lantiklah undilah MT yg baru yg lebih progressif. Jangan sesekali membuat perkara yg sama apa yg dah dibuat selama 60 tahun. Ubah.Revamp.Restructure.Reform.

      Umno dibenci sekarang kerana sikap pemimpin yg sedia ada ni bongkak, sombong, rasuah, bodoh. Tidak memahami apa yg rakyat kehendaki. Pemimpin umno yg ada skrg ni lebih kepada menabur duit kpd rakyat. Mereka ini lebih berminat menjadikan rakyat sebagai peminta sedekah. Inilah kebodohan generasi pemimpin umno sekarang.

      Delete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...