Konco-konco ku

Monday, July 6, 2015

RONNIE LIU ADAKAN PERJUMPAAN SULIT BERSAMA AHLI PAS AKAR UMBI!!

MAKLUMAT yang diperolehi oleh salah seorang sahabat di Kuala Selangor mengatakan yang Ronnie Liu, bekas Exco DAP Selangor baru-baru ini ada membuat pertemuan dengan beberapa orang ahli Pas Kuala Selangor untuk memujuk mereka supaya meninggalkan Pas dan berjuang bersama G18 yang kini sudah bersama DAP.

Turut kelihatan bersama semeja adalah Naib Ketua Dapsy Subang, Syefura Othman (Rara) dan beberapa orang anak muda Melayu yang dipercayai adalah ahli DAP.

Pertermuan Ronnie Liu kedengaran lebih terarah kepada kelangsungan hidup politik DAP dan PKR dalam menerajui Selangor agar terus berkekalan untuk mereka. Manakala Ronnie menasihatkan kepada ahli Pas ini supaya teruskan menyokong DAP walaupun sebagai ahli Pas.

Beberapa isu seperti masalah air di Selangor juga turut disebut dalam pertemuan mereka. Ronnie mendakwa kerajaan Selangor dibawah Azmin tidak dapat menyelesaikan masalah air kerana Azmin hanya pandai berjanji tapi tak pandai buat kerja.

Masalah air akan menjadi isu besar kepada Selangor dan merupakan antara penyebab PKR akan kalah teruk di Selangor pada PRU akan datang.

Ya! Memang isu air menjadi masalah kerana keegoan Azmin serta pemimpin DAP yang hanya pandai berjanji tanpa ditunaikan. Rakyat Selangor menjadi mangsa.

2 comments:

  1. Awas PAS jangan mudah tertipu dengan DAP. Lihat di Pulau Pinang, caj ari dinaikkan gila2. Rumah mampu milik x buat, pecat kakitangan PAS sesuka hati dan macam2 isu yg meminggirkan orang Melayu.

    ReplyDelete
  2. Oranng melayu mcm tu harga secawan kopi pun bole hanyut .....pas ooo pas....hanyut ko kesudahanya...

    ReplyDelete

comment please.....