Konco-konco ku

Friday, July 31, 2015

AZMIN SOKONG PARTI HARAPAN BARU BERSAMA PR!! #GHB

MENTERI Besar Selangor, Azmin Ali baru-baru ini menegaskan yang beliau bersedia untuk menerima Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk bersama-sama dengan pakatan rakyat dalam menumbangkan UMNO/BN pada pilihanraya akan datang.

Menurut Azmin, pakatan tiada halangan untuk mana-mana parti atau NGO bersama dengan mereka (PKR,DAP) asalkan matlamat mereka selari dengan dasar yang telah dipersetujui oleh kedua-dua parti.

Manakala Pas menerusi Mursyidul Am nya, Haron Din tidak menyokong GHB kerana gerakan itu bakal merosakkan matlamat mereka bersama untuk menumbangkan UMNO di Malaysia.

Haron Din juga berkata Pas sedia untuk keluar daripada pakatan jika PKR, DAP menerima parti baru tersebut ke dalam gabungan pembangkang.

Konflik antara pembangkang semakin berkecamuk dengan penubuhan GHB yang jelas merosakkan hubungan baik antara mereka selama ini.

Dalam pada itu, ramai juga ahli Pas yang telah keluar parti samada untuk menyertai PKR, DAP atau Gerakan Harapan Baru.

Ahli Pas sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pas sedia ada kerana dilihat menjadi kuno dan terkebelakang untuk mencapai hasrat bersama.


No comments:

Post a Comment

comment please.....