Konco-konco ku

Tuesday, July 28, 2015

PAS JOHOR BAKAL HILANG KERUSI DUN SELEPAS TUBUH PAKATAN 2.0

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor akan bertanding lapan lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. 

Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim berkata, setakat ini sebanyak tiga kerusi DUN telah dikenal pasti iaitu Gambir (Parlimen Ledang), DUN Puteri Wangsa (Parlimen Tebrau) dan DUN Permas (Parlimen Pasir Gudang) 

“Ini bermakna, PKR Johor akan kekal bertanding di 12 kerusi Parlimen dan bersedia untuk bertanding sekurang-kurangnya 20 kerusi daripada 56 kerusi DUN,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin. 

Hassan berkata, kerusi yang ditandingi pada PRU13 iaitu 12 kerusi Parlimen dan 12 kerusi akan dipertahankan. 

Katanya, PKR Johor bakal menampilkan lebih ramai pimpinan muda yang mempunyai pelbagai latar belakang dan bangsa yang lebih progresif di mana mereka bersedia untuk memimpin dan membawa perubahan khususnya di negeri Johor pada PRU14. 

Dia berkata, selepas Pakatan Rakyat berkubur, PKR Johor sedia mewujudkan kerja sama politik dengan mana-mana parti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang bersedia melawan UMNO/ Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment

comment please.....