Konco-konco ku

Thursday, July 30, 2015

LAGI PIMPINAN TERTINGGI DEWAN PEMUDA PAS LETAK JAWATAN!!

PIMPINAN TERTINGGI DEWAN PEMUDA PAS LEMBAH PANTAI (DPPLP) SESI 2015/ 2017 LETAK JAWATAN

Adalah dimaklumkan bahawa kami, kepimpinan tertinggi di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai telah mengambil keputusan untuk meletakkan seluruh jawatan parti yang disandang berkuatkuasa serta-merta. Keputusan perletakan jawatan ini dibuat setelah mengambilkira faktor perkembangan politik semasa serta kekecewaan kami atas krisis yang melanda kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri serta konflik dalaman yang gagal ditangani sebaiknya sehingga kini.

Bagaimanapun, pihak kami akan terus komited dan bertekad untuk meneruskan agenda perjuangan kebajikan rakyat berteraskan prinsip Islam khususnya untuk rakyat di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang dialog samada secara tertutup atau terbuka dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendirian dan keputusan terkini pihak kami ini.

Serentak dengan perletakan jawatan ini, jawatan Ketua Pemuda akan dipangku oleh Ust Mohd Fadhlullah bin Ismail dan kekosongan jawatan lain juga akan diumumkan lanjut kemudian.
Sekian.

(1) Mohd Hafiz bin Habil (Ketua Pemuda)
(2) Muhamad Fadzil bin Ahamad (Naib Ketua Pemuda)
(3) Nik Abdul Razak bin Nik Md Ridzuan (Ketua Penerangan)
(4) Mohd Zulfadhli bin Zulkifli (AJK Pemuda)
(5) Mohd Zulnazmi bin Zulkifli (AJK Pemuda)

P/S: Konflik dalam PAS sendiri nampaknya semakin teruk dengan perletakkan jawatan pemimpin tempatan yang dikatakan gagal menangani masalah yang berlaku antara PAS dan DAP/PKR. Jadi tidak mustahil selepas ini akan ramai lagi meninggalkan PAS.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...