Konco-konco ku

Friday, July 3, 2015

FITNAH! DANA 1MDB MASUK TERUS KE AKAUN PERSONAL PM!!

Merujuk kepada laporan-laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri. Untuk mengatakan sebaliknya, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa pihak media, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu percubaan yang sengaja untuk melemahkan syarikat.

Pendedahan baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa  dokumen yang ‘dibocorkan’ yang mana beberapa media tertentu, dan blog-blog online seperti Sarawak Report, telah gunakan untuk mengelirukan masyarakat dan memberikan justifikasi untuk dakwaan palsu terhadap syarikat dan kerajaan.

Berdasarkan laporan-laporan akhbar, dokumen-dokumen ini didapati telah diubah, dan telah digunakan oleh seorang individu – yang kini ini ditahan di sebuah negara asing – untuk  memeras ugut bekas majikannya.

Oleh itu kami terkejut bahawa dokumen-dokumen seperti ini, yang kewujudan dan kesahihannya belum disahkan secara terbuka, terus digunakan sebagai asas untuk membuat dakwaan tidak berasas yang baru terhadap  1MDB.

1MDB kini sedang bekerjasama dalam beberapa siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkenaan termasuk Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Bank Negara. Pihak-pihak berkuasa ini mempunyai semua maklumat berkaitan, dan kami meminta semua pihak untuk menunggu hasil penemuan mereka sebelum membuat dakwaan seterusnya dan bergegas untuk menghakimi perkara tersebut.

3 comments:

  1. hahahha...kalau dah PASTI FITNAH saman la..melalak tak henti2 macam anjing kat sini bukan boleh pertingkatkan PERSEPSI DAN KEYAKINAN RAKYAT!!TOLONG LA DESAK JIB SAMAN WSJ DAN SARAWAK REPORT CEPAT KALAU BOLEH HARI NI!! MEMALUKAN NEGARA JE!! ITU LA SEBELUM NI XNAK SAMAN!! BAIK SAMAN TAKUT BANYAK LAGI YANG TERBOGEL NANTI DAH TAK BOLEH SPIN!!jika nanti Najib dah xda..harap buang la blog ni..buat malu je..

    ReplyDelete
  2. Kesian our PM ...setuju pendapat terdahulu...patut saman jer

    ReplyDelete
  3. Akaun tak wujud nak masuk 700 juta cam mana tu..dah pi trai ke? kalau tak caya leh gi trai dengan akaun yang di siarkan oleh fitnah,,

    ReplyDelete

comment please.....