Konco-konco ku

Tuesday, December 16, 2014

LESEN MEMANCING! MENTERI PUN TERKEJUT!

TERKEJUT! Itulah luahan kata Menteri Pertanian apabila diajukan dengan pertanyaan yang disifatkan tidak masuk akal yang sedang hebat dan viral di media sosial.

Mengikut surat yang diedarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), setiap pemancing akan dikenakan lesen memancing sebanyak RM10 seorang untuk setahun.

Para pemancing tegar sudah pasti marah dengan berita ini sebab secara tiba-tiba Pegawai LKIM mengenakan bayaran lesen untuk memancing sedangkan sebelum ini tidak pernah dibuat.

Inilah yang aku katakan dulu, pegawai kerajaan seperti inilah yang merosak dasar yang dibuat oleh kerajaan. Pegawai macam ni lah sebenarnya yang merosakkan reputasi kerajaan Malaysia.

Namun kini segalanya sudah jelas. Menteri Pertanian, DS Ismail Sabri pun dah keluarkan kenyataan di laman media sosialnya. Beliau sendiri pun tidak dimaklumkan oleh Pengarah LKIM sendiri.

Jadi, cukuplah mengviralkan perkara yang tak jelas. Menteri pun minta lesen memancing ini dibatalkan dengan serta merta.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...