Konco-konco ku

Wednesday, December 10, 2014

EXCO DAP SELANGOR BAWA SAMSENG DATANG MERU!!

MARAH betul Adun Pas Meru, Rani apabila rakyat dalam kawasan Meru marah-marah pada Adun ini kerana dikatakan ada seorang Exco Selangor yang datang dan masuk dalam kawasan Meru tidak memberitahu yang beliau nak datang.

Malah Exco yang juga Adun DAP Kota Alam Shah turut membawa segerombolan samseng bersama beliau bagi menyelesaikan masalah perobohan kuil di Meru.

V. Ganabathirau yang juga Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin & Pekerja Ladang menuduh Abdul Rani mengarahkan agar kuil yang berusia 100 tahun itu dirobohkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada PBT.

Maka, kerana itulah Exco DAP ini turun tanpa memberitahu kepada Rani bagi menyelesaikan sendiri masalah tersebut.

Nampaknya semakin hebat pergaduhan antara pakatan dalam Selangor. Secara konsisten DAP terus menggasak Pas untuk melihatkan yang Pas adalah sebuah parti yang lemah dan tidak punya kuasa dalam kerajaan negeri Selangor.

Oleh itu pelbagai strategi telah dipasang oleh DAP khususnya bagi memperlihatkan yang Pas hanya layak menjadi anjing dan tidak punya apa-apa kepentingan bersama dalam pakatan di Selangor.

No comments:

Post a Comment

comment please.....