Konco-konco ku

Tuesday, December 16, 2014

DAP HARUS KELUAR PAKATAN JIKA TOLAK HUDUD PAS!!

RETAK menanti belah apabila parti dalam pakatan secara berterusan bercakaran antara satu sama lain.

Jika sebelum ini PKR terus menghentam Pas kerana tidak setuju atas pencalonan Wan Jijah sebagai MB Selangor.

Kali ini Pas sekali lagi menjadi mangsa buli apabila DAP memyarankan agar Pas keluar dari pakatan jika masih mahu meneruskan perlaksanaan hudud selepas mereka memerintah Malaysia.

Baru-baru ini pula, Pas secara tegas memberi amaran kepada DAP supaya meninggalkan pakatan jika tidak setuju dengan hudud yang ingin dilaksanakan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Nik Amar mengeluarkan kenyataan itu atas sikap DAP yang dilihat semakin biadap terhadap rakan sekutu mereka sendiri.

Kita tunggu dan lihat sahajalah permainan dan drama pakatan.

Kita lihat samada Pas berani bertindak atau hanya flip flop seperti biasa apabila disergah oleh DAP.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

comment please.....