Konco-konco ku

Friday, March 21, 2014

#PRKKAJANG SAKSI SEBUAH JANJI - BUDIMAN

ORANG tua memang cukup arif dalam hal berkaitan janji. Sebab itu wujud pepatah, ‘kalau kerbau dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada janji’. Manusia yang berjanji tetapi tidak menunaikan apa yang telah dijanjikan ialah golongan yang tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti. Golongan seperti ini sememangnya tidak layak untuk bergelar pemimpin.

Pada Januari 2011, sekumpulan 2,020 orang ibu tunggal telah memfailkan saman menuntut kerajaan pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor supaya menunaikan janji yang terkandung di dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008. Janji mereka, jika pakatan menang maka ibu-ibu tunggal di Selangor akan diberikan elaun bulanan.

Nasib mungkin menyebelahi kerajaan Selangor kerana walaupun Mahkamah Tinggi menolak permohonan kerajaan negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan saman tersebut, Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 13 Mei 2013 memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Malah dalam afidavit balasnya kerajaan pakatan Selangor menyatakan bahawa manifesto bukanlah suatu janji tetapi cuma pernyataan biasa sebuah parti politik.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Abdul Khalid supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.

Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A. Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Abdul Khalid bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang sehingga membolehkan seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya untuk menuntut penguatkuasaan manifesto tersebut. Mahkamah kemudiannya memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Abdul Khalid.

Kes di atas adalah satu daripada beberapa contoh janji-janji kerajaan pakatan Selangor yang ditabur semasa PRU-12. Namun setelah berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor, sebahagian besar daripada janji tersebut hanya tinggal janji. Selain pemberian elaun kepada BACA LAGI DI SINI

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...