KELMARIN, semasa ceramah PKR di Stadium Kajang nama Mohd Faisal Ariffin, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sungai Kantan Peringkat 3 diumumkan menyertai PKR setelah dikatakan kecewa dengan kepimpinan UMNO Bahagian Hulu Langat.
Panas Pilihan Raya Kecil Dun Kajang semakin memuncak apabila fitnah yang disebarkan oleh pihak pakatan menjadi-jadi tanpa memikirkan hati dan perasaan mangsa yang difitnah.
Mohd Faisal yang juga Bendahari Pemuda UMNO Hulu Langat itu berkata nama beliau disebut bersama 100 orang yang dikatakan akan menyertai PKR Hulu Langat dihadapan lebih 300 pengunjung tapak Karnival Rakyat di Stadium Kajang tersebut.
Betapa terdesaknya pakatan untuk meraih undi simpati kepada Jijah sehingga sanggup menabur fitnah yang keterlaluan. Betapa tertekannya jentera kempen Jijah apabila mengetahui yang jentera BN semakin hebat melangkah menghampiri tarikh pembuangan undi pada 23 Mac ini.
Mohd Faisal juga mencabar individu yang mengumumkan namanya masuk PKR supaya bersemuka dengan beliau dengan tidak berselindung kerana ini melibatkan maruahnya.
Beliau turut mengatakan yang beliau tidak akan berganjak dan keluar dari UMNO malah amat mustahil untuk beliau menyertai PKR yang ternyata menjadi medan berkumpulnya anak beranak Anwar dan penyangak politik.
awat tak saman?
ReplyDeleteX yah saman... Itu kenyataan orang terdesak yang bodoh sama seperti pemimpinnya....peliwat....
Deleteanwar ibrahim zizah barua dap macam lembu tercucuk hidung.
Deletenak saman, kena ada duit. hang ingat anwar dok saman 24 jam tu free ka? mana dia dapat duit nak bayar loyer? ada pernah fikir tak
ReplyDelete