Konco-konco ku

Tuesday, March 11, 2014

CHEW MEI FUN, WAN AZIZAH BERTANDING PRK DUN KAJANG!! #PRKKAJANG #KAJANGMOVE

TEKA-teki berhubung siapa calon yang bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Kajang akhirnya terurai pada hari ini apabila pagi tadi bertempat di Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi calon dari BN-MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun serta calon PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar borang pencalonan bersama pencadang dan penyokong masing-masing.

1 lawan 1

Calon-calon memasuki dewan penamaan calon tepat jam 9.00 pagi bagi pendaftaran calon dan menunggu sehingga jam 10.00 pagi sebelum diumumkan oleh pengurus SPR. Setelah menunggu hampir setengah jam, pengurus SPR mengumumkan pertandingan PRK Kajang adalah 2 penjuru sahaja.

Calon bebas yang sebelum ini mewar-warkan untuk bertanding bagi merebut kerusi Kajang sama ada Herman Tino, Nallakarupan, mahupun Zaid Ibrahim tidak muncul di dewan penamaan.

Chew Mei Fun calon BN

Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA Malaysia bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai calon BN setelah begitu lama kepimpinan tertinggi parti mendiamkan diri untuk mengumumkan nama calon. Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini mempunyai rekod yang bersih dan sangat berintegriti apabila dengan punyai pendirian yang teguh sanggup melepaskan semua jawatannya dalam MCA termasuk Ketua Wanita MCA Selangor semata-mata mahu menunjukkan protesnya kepada Presiden MCA sebelum ini atas kesnya.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR diangkat menjadi calon PKR di Kajang setelah Anwar menarik diri daripada bertanding kerana didakwa bersalah dalam kes liwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Ini secara tidak langsung menguatkan lagi tanggapan rakyat bahawa PKR adalah parti anak beranak. Jika bukan suami, pilih isteri, jika bukan isteri akan dipilihnya anak, apa yang penting adalah PKR mesti dikuasai oleh anak beranak Anwar sahaja.

Sokongan lebih kepada calon BN

Berpaksikan kepada keadaan yang ada pada pagi tadi, kita boleh simpulkan bahawa sokongan yang diterima oleh Chew Mei Fun lebih padu jika dibandingkan dengan Wan Azizah berdasarkan jumlah kehadiran penyokong BN (10,000 orang) dengan kehadiran penyokong PKR (5,000 orang) sahaja.

Umpama ada satu protes yang dilakukan oleh parti komponen sama ada dari PAS, DAP kerana hanya sebilangan penyokong parti mereka yang hadir bagi memberi sokongan. Kemanakah mereka menghilang? Adakah mereka sudah sedar permainan Anwar yang memilih Wan Azizah sebagai calon pengganti di Kajang? 

Dan yang lebih penting bagaikan sudah ada gerakan untuk menjatuhkan Wan Azizah dan legasinya di Kajang kerana sokongan kaum Cina juga agak kurang menyerlah dan tidak rasa kehangatan berbanding PRU13 yang lalu.

Sama-sama kita nantikan.

2 comments:

  1. KAH KAH KAH KAH KAH KAH... kekononnya nak boikot TV3, tapi ni ape cerita??? Yang TV3 siarkan mereka ambil dan letak dalam blog bangang mereka...

    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH


    http://greenboc.blogspot.com/2014/03/video-terbaik-mh370-hiangkembalikan.html

    http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/03/mh370-pandangan-terbaik-dari-bekas.html

    ReplyDelete
  2. Salah satu punca kejatuhan tamadun Yahudi tradisional di Jerman/Eropah ialah akibat PENGKHIANATAN Yahudi Zionis dari Empayar Zionis Illuminati paling DAJAL, Rothschild-Rockefeller - yg. menjadi semakin berkuasa setelah berkahwin dgn. pemimpin-pemimpin berkuasa Eropah/US termasuk Raja-Raja Eropah!

    Puak Illuminati ini juga disyaki diKETUAI pemimpin dan jutawan-jutawan paling berkuasa lain di Barat-Israel termasuk Soros, Adelson (yg. ingin bom dgn. nuklear ke atas Iran), Bloomberg dsbnya, serta Obama/Bush-Cameron/Blair-Sarkozi/Hollande/Fabius-Merkel-Netanyahu-House of Windsor (Queen Elizabeth juga dikenali sbg. "Ratu Israel"), yang ingin menubuhkan SATU K'jaan Dunia Syaitan mutlak di bawah New World Order (NWO), berpusat di London, di mana tuhan mereka sebenarnya ialah Syaitan (lihat di http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/, The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012: dan http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone), tapi bertopengkan agama Yahudi-Kristian Zionis.

    Musuh utama puak Zionis ini sekarang hingga ke akhir zaman, adalah Islam/umatnya kerana Dunia Islam penuh minyak-gas, termasuk Gaza di Palestin, dan ramai umat Islam yg. masih tradisonal dan kuat pegangan Islamnya, dan amat benci penjajahan Barat-Zionis.

    Dan di Tanah Melayu ini, kita juga ada Melayu Zionis, yg. menjadi ketua-ketua kaum Melayu PENGKHIANAT!

    Lihat bagaimana puak Yahudi Zionis sanggup bekerjasama dgn. Hitler dan Nazi Jerman/Eropah utk. membunuh secara beramai kaum Yahudi Eropah tradisonal, terutamanya yg. miskin – sejarah yg. tersembunyi begitu lama dan makin didedahkan oleh puak Yahudi sendiri di:

    1. http://cosmos.ucc.ie/cs1064/jabowen/IPSC/php/art.php?aid=4062 , The hidden history of Zionism, Annie Zirin, International Socialist Review, issue 24, July 2002;

    2. http://www.counterpunch.org/2011/03/04/denying-nazi-zionist-collusion/ , Denying Nazi-Zionist Collusion, by ALISON WEIR, Weekend Edition March 4-6, 2011;

    3. http://www.amazon.com/Zionism-Age-Dictators-Lenni-Brenner/dp/1556520778 , Zionism in the Age of Dictators, Lawrence Hill & Co; Revised edition (December 1983), by Lenni Brenner;

    4. http://www.truetorahjews.org/antisemitism , Zionism and Anti-Semitism, By True Torah Jews: against Zionism; dan

    5. http://dissidentvoice.org/2009/12/jews-against-zionism/, Jews Against Zionism, by Stephen Lendman, Dissident Voice, December 8th, 2009.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...